akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat. dan tak lama lagi kita akan menyambut hari raya korban atau lebih dikenali hari raya haji yer, ini bukanlah bermakna orang yang telah pergi haji aje yang boleh raya yer, maklumlah ramai anak anak murid akak yang konpius dengan konsep hari raya haji
oklah, uols dah tengok tajuk entry akak kali ini..wow mesti uols terkejut bukan, baiklah baik akak cerita secara detail yer, kronologinya begini
pada pulul 9 30 malam, akak telah keluar pi makan dengan seorang perempuan yer, diulamgi dengan seorang perempuan yang bekerja di kedai dobi yang berdekatan dengan rumah akak. sajer ajer akak pi makan dengan budak perempuan tu, bukan ada niat apa apa pun, sebab budak perempuan tu sangat baik. setiap kali akak hantar baju ke kedai dobi, dia akan mencuci baju itu bersungguh sungguh dan bersih, tambahan pula budak perempuan tu buat kerja dengan cepat
jadi akak pun pergi makan sama sama dengan budak perempuan tu, natasya, berusia 20 tahun, kami makan di kedai tomyam pandanjaya. so masa tu,tak fikir apa apa pun . akak pun makan dalam masa 1 jam sahaja. sambil makan akak buat signal kat mat tomyam, dan akak tegor mat tomyam, dan tanya bila dia balik ke thailand.
akak cadang nak ke downtown, nak beli sesuatu untuk parents yer, balik ajer umah, akak terpandang bekas tabung akak macam dah tak ada di atas almari . akak memang terpandang ke arah almari tu, masa tu tak gabra, mungkin beranggapan akak salah letak tabung duit tersebut. akak cari lagi tabung duit tu, masih tak jumpa, masa tu dah pula panik, napa panik yer?
dalam tabung tu ada duit ringgit rm 800 dan kad pengenalan , bayangkan duit tunai hilang begitu sahaja dan kad pengenalan sekali. memang sangat panik masa tu uolsss. terus pi kol daylan dulu, daylan macam tak percaya sangat masa tu tu. dia mintak akak tenang terlebih dahulu, pastu terus kol ery dan hans, dua dua tak angkat tipon masa tu, tak lama kemudian, ery kol balik semula, terus akak cerita benda yang sama. tak lama kemudian datang kol dari amy, rupanya ery yang bagitau,
akak pun terus keluarkan semua barang barang dalam bilik, mencari tabung, memang tak percaya tabung tu boleh hilang begitu sahaja, siapa pulak yang curik, terbayang ada 2 orang yang mencuri iaitu bekas housemate iaitu zakiah anas dan abangnyer kerana mereka ada kunci rumah lagi, kesilapan akak ialah tidak menukar kunci rumah masa mereka keluar rumah, walaupun telah dinasihati oleh daylan agar menukarkan kunci tersebut, tapi akak degil. malahan hans telah menasihati akak agar menyimpan duit tu baik baik, tetap akak tak endahkan....
yang akak heran tu mengapa pencuri tu tidak mencuri laptop ? kan ala ala kau curi duit cash akak, terus ajer kau curik lap top sekali, pastu kau jual laptop tu sambil kau pose pose kaya di hari raya haji kan? kami terus ke balai polis untuk membuat repoet, sekali lagi di landa masalah, bila kami semua tak tahu kat mana balai polis pulak .....sian ery, bersungguh sungguh cari balai polis uolss. dan akhirnya kami jumpa balai polis cheras yang agak tersorok sikit, itupun kakak yang bagitau
bila dah buat report, kami kena pi ke balai polis pandan indah pulak, sebab pandanjaya di bawah kawasan jagaan pandan indah yer, so kami pergi sana, sian pulak dengan adik beradik iaitu kak lang dan suami , kak chik dan kak su yer yang sanggup menolong kak long bila kesusahan melanda ..opss kk pun ada jugak, lupak nak bagitau... diaorang berbual kat luar dengan sore yang sangat kuat skals....sampai dengar lah kat dalam balai polis.....
akak pulak kena tunggu sarjan yaakob, so nak tak nak kena tunggu jugak lah, rasa bosan, si hairul pulak sesat jalan , dia tak pandai nak carik jalan ke pandan indah, so akak mintak tunggu dia tunggu di area kawasan rumah akak. tak lama kemudian, sarjan tu kol kat balai polis pandan indah dan meminta akak tunggu kejap. dalam 15 minit, sarjan datang dan menyoal siasat akak yer...
bila dah setel, barulah akak dilepaskan pulang. amy dah tido di dalam keta kk ,manakala kk tunggu diluar balai polis. kami balik ke pandanjaya, fikiran akak sangat buntu masa tu dan sangat sakit hati. tuhan ajer yang tahu....
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
3 comments:
lahai.. kesiannya kak long. kalo ejay ada bley la tlg bawakan ke balai... sbb ejay mmg kenal ngan sarjan anas kat balai polis pdn indah tu. ada la kisah silam dulu...
owh ye ker ej, tak perlah, lagi pun kak lang dah bantu kak long nie
tunggu punye tunggu.... sampai 3 pagi, tak dapat gak kami jumpa lelaki bernama Hairul tu...
Post a Comment