akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan esok kita akan menyambut hari raya haji ...ada yang balik kampung? erm akak tak balik kampung sebab akak rasa malas nak balik satu hari jer, so baik akak stay kat pandanjaya, apatah lagi, akak terpaksa berjimat cermat sikit , walaupun ada kadik beradik yang menghulurkan bantuan kewangan , terima kasih banyak banyak terutama kak lang(ery) dan kak teh ( firdee) yang sudi membantu, jasa baik kalian tidak akan dilupakan...
masih ingat lagi pasal kes duit hilang tersebut? yup mesti anda dah baca kan? kalau duit anda hilang , anda semua sakit hati tak? oh yes mestilah kan. bukan amount yang sikit, banyak giler tu, dalam rm 800 ringgit tau, memang sakit hati, kalau hilang dalam rm 20 oklah kan, tapi rm 800. Demi allah sampai sekarang akak sangat terkilan dengan kehilangan duit tersebut, rasa tak percaya dan marah pun ada...apa yang akak buat?
pertama terus kol parents yang ada di kampung, pagi pagi lagi akak kol mak di kampung dan mintak tolong tengokkkan sape yang mencuri duit akak tu, mak kata ok jer, tapi lepas sembahyang jumaat. bukan sahaja mak yang akak kol, uncle akak yang berketurunan minang pun akak kol, uncle tinggal di kampung pandan sahaja, dekat, uncle cakap, no hal nanti dia akan tolong tengok tengok kan.
dalam kes begini, akak terpaksa menggunakan cara tradisonal yer untuk mendapat sdikit petunjuk, kalau nak harapkan polis ..erm tak tahulah..... sebab tak ada petunjuk langsung, lagipun rumah tu macam tak dirompak langsung, hanya orang yang ada kunci sahaja yang boleh masuk dan ambik duit tu dalam bilik
lepas sembahyang jumaat, mak dari kampung kol, setelah diberikan sedikit maklumat, akak mula berfikir suspeknya, tak lain tak bukan bekas housemate, zakiah anas, tapi sangat sedih uolss kalau dia buat macam tu...masa nak masuk umah akak merayu bagai kat akak nie, akak pulak sian kat dia tau, mula mula memang sangat berat hati nak terima si kiah nie....tapi tak leh tudoh kiah jugak kan, sebab tak clear lagi...
kemudian uncle kol, dan berikan lagi sedikit maklumat, akak dah boleh teka sapa kan..tapi tak mahu buat kesimpulan lagi sebab nak minta tolong kat kak chik pulak , sebab kak chik cakap, di kampungnya ada orang boleh tolong tengok tengok kan....jadi kita tunggu pulak maklumat dari terengganu yer sebab parents kak chik dok ganu
pengajaran yang akak dapati dari kes kecurian ini sangat banyak yer, antaranya kita nampak orang tu macam baik tapi dalam hati macam bangkai ajer ...sial betol..sapa yang curik tu, akak kasi 2 peluang sahaja, kau nak aku buat cara baik ker atau cara jahat? itu sahaja, jangan sampai kau busung sampai keluar ulat atau kau nak muntah darah ? ( emo kan akak nie ) hehehehhehe....
memang akak akui, duit kita boleh carik, tapi cuba anda fikirkan, akak baru ajer dapat gaji dari firdee ( kerja dalam 8 hari dan campur sikit dengan duit tuisyen bulan 11 ) itulah duit nak guna untuk hidup, tup tup hilang dalam sekelip mata, dengan kad pengenalan pun dia ambik sekali kan? hebat orang tu.... tak per tak per......
kan masa tu adik beradik 69 lah yang banyak kasi semangat dan bantuan kewangan kepada akak, terima kasih ery dan firdee yer.....firdee yang paling banyak kasi, tapi jumlahnya akak rahsia kan ajer lah sebab firdee tak suka akak cakap jumlahnya....
kepada am atau kak chik yang baik hati membelanja akak main boling malam tu, terima kasih banyak banyak , tujuan dia ikhlas, nak hiburkan hati katanya, dia tak mahu kak long sedih sedih dan tertekan yer, terima kasih pada hamie, daylan,am, amy ,ery dan hans yang cuba menghiburkan akak walaupun dilanda kegelisahan....
masa susah lah kenkawan sangat penting, mana jantan jantan? erm semua buat macam biasa ajer, ada yang tak kol langsung, buat macam biasa ajer..takper...nantilah cerai sorang demi sorangkan?tak guna jugak kalau ada jantan, tapi tak leh tolong kan?........( emo lagi)
oklah para pembaca di luar sana, hati hati bila anda berkawan yer, pintu bilik tu tolonglah kunci yer, kecuali anda dah kenal lama dengan housemate anda yer, jaga barang barang berharga anda dengan baik.....
4 comments:
tak mintak tlg kak ngah ke? dia ada kwn yg bley tlg scan also...
anyway, nnti apa2 kak long update ye. jgn la fikir2 sgt, buat sakit hati aje. setiap musibah tu pasti ada hikmah...
selamat hari raya aidiladha.
kak long dah mintak tolong pada kak ngah, nanti nantilah dia akan bagitau, bila balik ke kl nie?
esok pg gerak blk KL, ptg nak gi tgk2 umah sewa. kami nak pindah...
owh esok cuti ker ej? erm apa apa pun kalau nak mintak tolong bagitau lah pada kak long...nak angkat barang ker apa ....
Post a Comment