akum semua...apa khabar? alhamdulillah kalau semuanya sihat sahaja, akak disini piun sihat, sekarang jam menunjukkan pukul 2 19 petang, akak di rumah kak tam 1 dan kak tam 2 di bandar tasik selatan yer. tumpang tidor umah diaorang semalam....

hari ini hari raya umat islam akan menyambut hari raya korban, akak pulak hanya korbankan masa akak dengan tido sahaja di ruang tamu umah diaorang. hujan masih lagi tak berhenti, tak silap dari pukul 3 pagi semalam sehingga lah pukul 2 petang, lama skals, sangat sejok, itu yang menyebabkan akak bangun sangat lewat yer.

semalam tido pukul 3 pagi, masa tu hujan dah turun, tup tup bangun kul 11 pagi, ya allah lamanya tido, dalam handset banyak kol dan sms yer, sebenarnya nak pi umah uncle kat kampung pandan, tapi dah terlajak tido, so akan pergi ke rumah uncle petang sikit, tak pun malam lah.....

hari nie tak der planning apa apa pun, abiskan cuti dengan melepak sahaja di rumah orang tak pun kemas kemas bilik sendiri, sekarang nie alhamdulillah dah boleh rasa tentang sikit , tak fikir pasal duit hilang tersebut. tambahan pulak semalam abang zakiah anas atau lebih tepat bekas suaminya telah cuba menjejaki kiah hingga ke kampung kluang yer....nie akak tengah nantikan berita terkini mengenai kiah ....

akak sekarang nie teringat dengan my baby dan naratiwat lah...asyik teringat diaorang berdua....my baby ada kat kedah, balik kampung, tak tahulah balik biler pulak, sama ada hari ini atau esok, dan narathiwat akan balik khamis atau jumaat nanti....

oklah tak tahu nak tulis apa lagi...tengah blur blur...rasa lapar + sejok, nak mandi dulu lah....pas nie nak ajak pi makan..lapar giler