akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah...baguslah kalau macam tu, sekarang akak terus ke entry ke 2 iaitu tentang azam yer. sekarang jam dah menunjukkan pukul 11 53 malam, akak masih lagi di cc taman miharja dekat dengan boling ue3 yer, manakala teman tapi mesra akak iaitu mr hairul arsenal masih lagi mencuba memahami games yang baru akak perkenalkan, nama games tu dynasty wariors kot, entah lah akak pun dah lupa, terkial kila mamat sekor nie main, asyik hangin ajer katanya
last last dia kata nak main games bola, tak larat, dah ler tgk bola, pastu nak main games bola pulak.....tolonglah main games lain....memang dah tak larat tau......akak terus taip entry yang berikutnya sebab dah 6 hari tak update blog katanya...wah lama sangat tu kan?
oklah cuba lihat apakah azam anda nanti? sekarang dan nak masuk 4 haribulan december? mesti ada yang mencebik atau buat muka bila tanya pasal azam kan...yup, sebab apa? sebab azam tahun ini pun tak tertunai lagi, bukan tak tertunai, tak buat langsung kan? berazam macam nak rak, pastu tak buat, biasalah kita kan......mari kita lihat apa azam yang biasa di hajat oleh pepondan pada malam 31 disember setiap tahun
azam yang biasa di dengar
1) tidak mahu bercinta dengan jantan dengan harapan ingin menumpukan perhatian kerjaya dan diri sendiri
huraian: wow hebat tul azam nie kan? akak memang sujud dan tabik spring biler dengar kalau pepondan berazam tak mahu bercinta dengan jantan semata nak fokus pada diri sendiri dan kerjaya. baguslah noks macam tu kan..akak sokong 100 peratus, tapi akak nak ingatkan , jangan pulak tak sampai seminggu kau merintih sepi lah....lonely lah......gersanglah...sendiri lah..... pastu meroyan, yang paling taklut dicarasnya suami kawan kawan, apa dia pedulik, asalkan puas.....jangan buat macam tu noksss tak baik
2) menjaga hubungan cinta agar berpanjangan
huraian: wow ini pun bagus. ia hanya kepada orang orang yang sedang hangat berkapel kan? mestilah best dan berharap tahun depan adalah lebih indah dan bahagia berbanding tahun ini kan? mulalah merancang percutian bersama dengan orang yang tersayang kan....mesti best...tapi dinggatkan, kita mesti setia dik ooiiiii, tak guna cakap sayang depan sumai tapi dalam masa yang sama ada orang lain, betul tak kak maria kan?
3)menurunkan berat badan
huraian: bukan ajer pepondan berazam , malahan jantan jantan dan pompuan pompuan diluar pun sangat bersungguh sungguh dalam memastikan badan mereka berbentuk kerengga tau....apatah lagi pepondan kan? samggup buat apa sahaja asalkan berat badan semakin menurun yer.....bagus azam macam tu,. akak pun selalu berazam macam tu, tapi alhamdulillah, sekarang nie dah turun 10 kg..yup memang tak sangka, dulu 85 kg, diulangi....85 kg, malu sangatlah dengan kenkawan yang berbadan model. last last bila ting tong kejap, turun 75 sekarang nie nak ke 70 kg.
4)menyimpan duit banyak banyak
huraian: tidak dapat dinafikan 70 % masalah kita adalah berlandaskan kewangan yer, kita memang ada masalah kewangan yang sangat terukkan, ini masing masing bersemangat nak simpan duit, untuk masa depan dan di hari tua, tapi malangnya pepondan nie tak boleh tgk sale kat pasar raya tau, nampak ajer sale, terus tak hengat dunia, habis diborongnya walaupun barang tu tak penting kan, belum lagi nak beli revlon ....uolss elok guna revlon uolsss..tak pecah lubang, tetap promote tau....itu baru beli barang, belum lagi makan uolsss, pepondan nie lain sikit, sekali dia meroyan 6 kali makan sehari pun tak per, tapi kenkawan akak semuanya makan lite lite ajer
sebenarnya banyak lagi azam azam yang bakal kita dengar nanti, bagaimana pulak dengan anda ? sudah kan anda berazam untuk tahun depan? erm akak pulak, belum lagi pasang azam...nanti nanti lah kan...kalau dah nak dekat 1 jan nanti barulah kita boleh buat azam kita bersama sama
takper, biar orang gelakkan azam kita, at least kita ada jugak azam walaupun kita tak buat kan...teruskan azam anda .....
0 comments:
Post a Comment