akum semua apa khabar? sihat ? alhamdulillah..kalau semua sihat baguslah kalau begitukan, sekarang dah hari ahad, mungkin anda semua akan menghabiskan cuti nie dengan aktiviti yang berfaedah, dan bagi yang malas nak melakukan apa apa aktiviti, baik sahaja anda lepak sahaja di rumah dan pose pose kat katil ajer..bagi akak pulak lepas nie nak kemas rumah , lepas tu ada tournament kat sunway..tak tahu lagi nak pi ke tak....

oklah kali ini akak nak cerita satu pengalaman yang seronok semasa bermain boling dengan kawan kawan. sepertimana yang anda semua tahu, kami memang suka bermain boling yer, kalau boleh setiap minggu mesti ada perjumpaan untuk bermain boling....saja saja nak happy yer..

setelah semua orang berpakat dan bersetuju untuk bermain , maka kami semua ambil keputusan untuk berkumpul di ampang point pukul 11 malam. maklumlah masa tu ada tournament kat situ, so kitaorang kena tunggu lah sampai pukul 11 malam, kali ini 6 orang ajer yer yang nak bermain boling , akak, am, daylan, hami, erry dan hans sahaja. akan tetapi kedatangan kak nor dan firdee di saat akhir telah menceriakan keadaan.

malam tu sangat ramai orang, sampai naik pening akak yer..dengan budak budak yang terlalu aktif...wah wah wah coti sekolah, masing masing bergumbira yer...yang parents pulak tak mahu jaga anak anak masing masing, yang suami sibuk main boling, yang isteri pose pose tengok laki masing masing, takut dicaras kot

tunggu punya tunggu, tup tup kul 12 30 kami baru dapat main boling, tapi konsepnya amat berbeza, bukan konsep miss universe, konsep ikut kawasan atau lebih tempat lagi tempat tinggal . jadi mari kita lihata kawasan yang terlibat

pandan jaya: akak dan am

cheras : erry dan hans

bdr tasik selatan : hamie dan daylan

ampang: firdee dan kak nor

kemudian timbul pulak nak letak nama sekolah pulak, akak telah meletakkan nama sekolah convent bukit nanas yer...cbn katanya..walaupun cbn tak ada di kawasan pandanjaya, namun akak memang suka dengan cbn yer...bak kata kak nor, kami cbn cawangan pandanjaya.

seperti biasa kami bermain mestilah bising uolss. tak heranlah kalau orang mula dah fokus kat lane kami iaitu lane 21 dan lane 22 yer, sessi lahar melahar bermula , walaupun masa tu firdee di landa masalah, tapi kami cuba menceriakan suasana ....masing masing memasang startegi untuk menang ketika itu terutama komplot dari bandar tasik selatan

mari kita lihat keputusan pertandingan

game pertama

pandanjaya 1 (am) : 83 pandanjaya 2 (cikgu) : 170 total : 253

cheras 1( ery) : 144 cheras 2 (hans) : 82 total : 226

bdr tasik sel 1 (hamie) : 111 bdar tasik sel 2 ( daylan) : 113 total :224

ampang 1( kak nor) : 99 ampang 2 (firdee) : 113 total :212

dari keputusan diatas, kita dapati gandingan double pandanjaya di bawah nama sekolah convent bukit nanas mengungguli game pertama dengan jarak mata yang tidak begitu jauh yer, sebab saingan mereka ialah sekolah menengah sains cheras yer.....manakala sekolah bts pulak hanya ketinggalan 2 pin sahaja di belakang cheras..erm sikit lagi uolssss....yang ampang pun apa kurang hebatnya.....mari kita lihat game ke 2 pulak

game kedua

pandanjaya 1 : 135 pandanjaya 2 : 169 total : 304

cheras 1: 129 cehars 2 : 77 total: 206

bdr tasik sel 1 : 118 bandar tasik sel 2: 97 total : 215

ampang 1 : 116 ampang 2 : 155 total : 271

dari analisis diatas, kita mendapati 2 pasukan yang meningkat dengan mendadak iaitu pasukan pandanjaya yang telah berjaya memeperolehi 304 pin, wow....gandingan yang semakin mantap dari pandanjaya, dan kita beri tepukan gemuruh pada pasukan ampang yang bangkit dari kekalahan games pertama dengan memperolehi 271 jatuhan pin, kebangkita firdee secara mendadak amat menakutkan yer.....bandar tasik selatan jatuh ke tangga ke 3 dan cheras yang terakhir

game ke 3

pandanjaya 1 : 134 pandanjaya 2 : 137 total : 271

cheras 1 : 113 cheras 2 : 59 total : 172

bdr tasik selatan 1: 110 bandar tasik selatan 2 : 133 total : 243

ampang 1 : 89 ampang 2 : 82 total : 171

pada games yang terakhir ini, pandanjaya terus unggul didepan, walaupun cuba diberi saingan oleh pasukan bandar tasik selatan. manakala cheras di tempat ke 3 meninggalkan ampang dengan 1 jatuhan pin sahaja.

memang seronok dan berdebar debar masa nak baling nie, masing masing memberi sokongan kepada pasukan masing masing, beberapa orang penonton mula fokus ke lane kami ( nie bukan berangan yer ) termasuk beberapa orang lelaki yang berbadan kekar yer....gulppppp

last, kami pun abis main dalam pukul 3 pagi dan terus lepak kat pelita sehingga pukul 4 pagi..fuhhh memang penat.....nantilah penganjur akan mengadakan pertandingan boling mengikut kawasan lagi....tak pun ikut nama sekolah ok......