akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah? kalau sihat baguslah macam tu.....sekarang akak nak tulis pulak satu entry yang akak rasa elok jugak akak kupas agar anda semua pembaca diluar sana dapat terfikir dan sekaligus menilai apa yang ingin disampaikan..akak bukan lah seorang yang bijaksana, cendiakawan mahaupun seorang penjual cendawan sekali pun tapi akak orang orang biasa sahaja yer, hanya dalam usia 32 tahun nie banyak sangat yang telah ditempuhi
ini merupakan entry yang ke 3 akak taip dalam satu malam yer, gigih tak akak? jam dah menunjukkan pukul 12 30 malam , si hairul arsenal nie dah mula suka dengan games yang akak perkenalkan tu, bagus lah, bersungguh sungguh akak tengok dia membunuh orang orang jahat tau, sungguh cute mukanya sambil menekan kekunci komputer......amboiii emo pulak tu bila dah kalah, tapi tetap nak cuba, barulah nampak jantan kan ...
oklah kalau anda semua perasan akak ada mengambil sedikit entry dari blog hans, iaitu seorang penuntut uia yang berusia 20 tahun, anda blog lihat blog beliau di blog akak, klik ajer, dan anda akan lihat satu blog yang penuh dengan bahasa inggeris, sesiapa yang lemah bahasa inggeris seperti akak, digalakkan membawa kamus yer, macam akak, akak tanya pada hairul arsenal dah ler....
kalau kita amati apa yang diluahkan oleh hans, beliau sangat takut dengan perpisahan, atau dengan kata lain hans tidak dapat menerima kenyataan apabila berpisah dengan kapelnya nanti. baginya perlukah berpisah kalau masing masing saling menyayangi? itu yang selalu dikatakan kepada akak selalu, walaupun akak nasihatkan dia agar jangan terlalu obses dengan cinta .....akak tahu hans seorang yang setia dengan percintaan, itu memang akak akui. dilimpahi dengan kasih sayang, percaya 100 peratus dengan kapelnya, membuatkan akak kagum dengan kesetiaan yang ditunjukkan..jangan pulak kau pikir aku nie jalang pulak yer....
apabila termention nama shahril, terus akak teremo sikit, bukan marah dengan penulis blog nie, bukan..... hanya nak jelaskan situasi yang berlaku yer, maafkan pembaca kalau anda terpaksa dengar cerita lama akak nie, oklah, 6 tahun akak bercinta dengan seorang mamat yang bernama shahril membuat akak sangat fobia dengan cinta, mungkin ada anda di luar berkapel lebih dari akak bukan? tahniah uolsss....tapi dalam kes akak nie, selama 6 tahun akak berikan 100 peratus kepercayaan pada dia, sayang shahril bagai nak rak, ingat kat dia selalu, banyak jugak kewangan telah kuar ( jangan lah kauorang tipu, kalau duit kauorang tak pernah kuar satu sen pun kan) namun apa yang berlaku?
dalam diam diam, tanpa akak sedari, dia mula berubah, suka kepada perempuan ....dan semakin dingin dengan akak yer. akak dapat rasakan perubahan dalam dirinya, cuba kau orang bayangkan dia pergi kerja pukul 7 pagi sedangkan pasar raya tu bukak pukul 10 pagi? mana dia pergi? erm apa lagi lepak dan bersarapan dengan perempuan tu lah....ok pastu balik rumah 2 pagi? bayangkan dia pergi kerja 7 pagi pastu balik rumah 2 pagi..berapa jam dia tinggalkan akak di rumah sensorang.
disitulah bermula drama drama penipuanya iaitu konon konon ada ot katanya, dia hengat akak nie bodoh sangat ker? mana ada ot sampai 2 pagi, lepas alasan ot, dia berikan alasan ada latihan futsal pulak, tu yang kena balik pukul 2 pagi, dari satu alasan alasan diberikan kepada akak sehinggakan akak rasa macam menyesakkan kepala masa tu. kalau dulu shahril rajin sms, bertanyakan pasal akak di mana, tapi lepas tu dia langsung tak sms, bila ditanya tak berjawap. bila di tipon tak diangkat..tapi akak terus bersabar
masa akak dengan shahril, akak tak der orang lain, hanya masa tu skandal dengan acap, tak lama, hanya 3 bulan sahaja..pastu putus, pastu akak tumpukan pada shahril sahaja, kasih dan sayang pada shahril sahaja, namun ku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari, akhirnya percintaan yang kami bina 6 tahun hancur berderai
apa kesannya pada diri akak? erm ting tong uolsss...pernah satu hari lepas akak balik mengajar, akak singgah beli nasi goreng kampung untuk shahril balik balik umah panggil nama shahril , last last baru teringat kat dia yang dia dah tak ada..masa tu mengalir air mata akak tau..sebak sangat,, malam malam akak rasa lonely sangat, peluk bantal dia..cium bau badan dia di selimut sudah cukup menhilangkan rasa rindu akak pada shahril. kadang kadang, tengah lepak di ruang tamu, macam terbayang wajah shahril lepak dengan akak sambil berbaring dan mengenggamn tangan akak yer.....
belum lagi kalau kak tido, terasa macam ada orang tengah peluk akak ( bukan hantu tau) tapi hakikatnya shahril dah tak ada yer..memang dia dah tak ada disisi akak, akak sangat tertekan sehingga terpaksa balik ke kampung selama seminggu, hilangkan tension di hati kita, masa tulah ayah dan mak kasi semangat. kadang kadang kita nie bila bercinta lupa dengan keluarga gak kan? tapi tak semua lah kan?
kenapa akak ting tong sehingga terganggu emosi, pergi mengajar tak semangat, menangis ajer kerjanya? napa? sebab akak percaya shahril takkan tinggalkan akak..akak percaya yang dia akan cintakan akak sehingga sehidup semati kan? itulah salah akak...apabila bercinta langsung tak pikirkan kesudahan percintaan tersebut sebaliknya akak kena bersedia untuk menghadapinya dengan tabah yer....bukan emo tak tentu hala....
tidak dinafikan kita perlu cinta, kerana kadang kadang cinta tu semangat dalam kehidupan, namun ada ketikanya kita harus sedar dalam percintaan mesti ada penamat...hans, kita tak boleh kawin dengan kapel kita kan? betul tak? kalau boleh kawin pun, kita tak ada anak bukan? kecuali kau nak jadi jolie kan? amik anak angkat, jadi nasihat akak, lalui lah kehidupan ini dengan seadanya, cinta itu memang perlu, dalam masa yang sama kita ada lagi benda yang perlu difokuskan pada diri iaitu pelajaran u tu....akak tahu u memang pandai hans....belajar rajin rajin tau....
kalau putus janganlah u emo yer...kena tabah kan diri, dan terus bangkit dari putus cinta, kalau u takut putus cinta, baik dari awal awal u jangan bercinta kan? akak bukanlah seorang yang khianat dengan cinta, walaupun adik beradik tahu acap adalah kapel akak, kenapa akak ada mat tomyam, hairul arsenal dan lain lain sebab apa yer? jawapan nya mudah, akak memnag tak percaya dengan cinta yang diberikan oleh acap pada akak yer, sebab sekali dah kena dengan shahril sudah cukup mengajar akak lebih berhati hati...manalah tahu tup tup acap pulak ada awek , tinggalkan akak? macam mana? manakala mat tomyam dan hairul arsenal tu bukan lah apa apa pun, kawan kawan sahaja....borak borak..lepak lepak..bukan konsep kapel punnn..
mungkin disini anda akan menganggap akam ie gatal, tak sedar diri, suka mainkan perasaan orang dan sebagainya.....itu hak masing masing tapi sekarang akak dah lain, akak tak mahu jadi hamba cinta, jadi akak rasa apa yang akak buat ini adalah betul, akak teruskan ajer, akak ada bagitau pada acap yang akak ada jumpa dengan laki lain pada acap, agar dia tahu dan akak tidak menipu dia....
sebenarnya entry ini tak penting mana pun, hanya nak bagitau pada pembaca di luar sana kalau anda tak mahu dilambung ombak dalam percintaan, baik anda jangan bercinta yer..fokus pada diri sendiri cukuplah..jangan sesakkan fikiran nada dengan masalah cinta kita nie, kalua anda terus mahu bercinta, kena lah tanggung risikonya lah yer....jangan pulak nanti bila dah susah, nanti buat benda yang gila gila pulak..
pengalaman kiah mengajar akak sesuatu" disebalik kebahagiaan itu terselit penderitaan "
7 comments:
mayb i perlu stop becinte skrg kn ..
aiyooo jangan lah pulak macam tuuuuu, bukan maksud begitu yer
kalau kita rela bercinta untuk bahagia..kita mesti relakan perpisahan kalau itu boleh membuatkan dua dua pihak bahagia 'semula'..
i cant .
wow hebat betul falsafah kami tuuuuu..cikgu sujud
jgn harapakan pertemuan kalau takutkan perpisahan...
ej tetap dengan falsafah cintanya ok.....yup cikgu setuju ...
Post a Comment