salam semua...hai apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer....oklah akak di rumah sekarang ...tengah taip blog nie hah, mula mula rasa macam mengantok pulak, nak tido, tak leh plak tido rasanya...so nak buangkan masa, taip ajerlah...

sebenarnya tak tahu nak cerita apa pun dalam blog nie, otak beku, sejok pulak tu, tapi memandangkan pagi ini kena pi pejabat pendaftaran negara, kat maluri awal awal pagi nanti, akak pun cubalah membusykan diri....tak mahu tidur, nak pi awal awal lah, pastu boleh balik tidur semula kan? heheheh...so nak cerita apa ek....

oklah sebenarnya dah lama nak cerita pasal benda nie, namun takut pulak nanti pembaca ingat akak nak promote kawan kawan ...yang adik beradik 69 atau sepupu pulak janganlah fikir yang bukan bukan yer, semua orang akak sayang, hanya kali ini akak nak rakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada 2 orang yang sangat baik ...yup....iaitu daylan dan firdee

oklah akak mulakan dengan

daylan

mengenali anak muda sarawak ini ( muda kah?) erm amat memberi makna yang sangat mendalam dalam hidup ini, mengenali daylan di upm pada tahun 1999, dan pernah tinggal bersama dengannya di rumah bbmb di serdang, kami masa itu boleh dikatakan sangat rapat juga, malahan kami mempunyai hobi yang sama iaitu berkaraoke dan juga bermain boling. si daylan ini boleh dikatakan sangat pendiam dalam adik beradik 69, kalau berkumpul dia akan buat halnya sendiri, main games di i phonelah...tak pun busy busy dengar lagu...namun itu hak dia, asalkan tidak menyakitkan hati orang lain...

akak pernah menumpang di rumah kakaknya di batu 9 cheras, dalam masa 3 bulan juga lah, masa tu cuti semester, dengan zul.... selepas itu kami terputus hubungan sekitar tahun 2002 semasa akak mula berkhidmat di sekolah, namun kami berjumpa semula selepas kakak daylan, diana pun berkhidmat sebagai guru sandaran di sekolah yang sama...

kini, akak dab daykan sering berjumpa. apatah lagi apabila ada aktiviti keluarga 69 yer, kadang kadang selepas akak mengajar di dinamis, dia akan singgah di dinamis, tak pun akak akan pergi ke tempat kerjanya....lepak lepak dengan kawan sekerja daylan yang gila gila memang menyeronokkan..daylan untung bila dapat kawan yang boleh memahami dirinya, dia tak cover cover dengan kawan sekerjanya..itu lah daylan.....

daylan juga tak penah berbohong atau pun menipu, dia lebih suka berterus terang, tapi jangan tak tahu, dia sangat tegas dengan keputusannya. kalau dia tak suka, dia memang tak suka....dia tetap dengan apa yang difikirnya...itu yang akak respek dengannya..banyak jugak akak belajar dengan daylan.....

dia seorang yang kita nampak pendiam, tak yer...kalau time dia ting tong, dia akan ting tong betul betul...heheh hanya akak sahaja yang tahu kalau dia ting tong....lain ajer perangainya...dia selalu melahar akak jugak, kadang kadang dia usik, namun tak pernah nak amik hati dengan apa yang di cakapnya...tak ambik hati pun..kadan kadang dia kelakar tau...tergelak gelak kami berdua..macam orang giler...dia selalu buat lawak dengan akak...

masa akak sakit hari itu, masa demam campak, dialah yang selalu datang ke rumah akak, masa tu time puasa....time time hari bawak makanan untuk akak, untuk makan bersama dalam pukul 5 petang..awalkan kami berbuka puasa kan ? heheheheh.....tapi kami tetap berbuka puasa di kedai kak lahar dalam pukul 7 malam pulak, kelas kan? jangan marah yer daylan...

kepada daylan, terima kasih menjadi sahabat, kawan dan sahabat yang terbaik dalam hidup akak nie, segala pertolongan tidak kiralah dari aspek apa pun amat amat akak hargai....setiap kenangan yang pernah kita lalui, akak tetap ingat dalam hidup ini...memang ebruntung siapa yang dapat mendekati dan memahami daylan nie..dia tidak sombong...dia tidak misteri..hanya dia menjadi dirinya sendiri..itulah istimewanya daylan....

kepada firdee, nanti akak taipkan entry untuk anda..anda seorang yang sangat pemurah dan baik hati.......ishhhhh tak tahu nak cakap apa lah..nanti la akak cerita tentang firdee..kepada adik beradik 69 yang tersayang, kak farah, kak nor, hamieko, amy dan am...bukan lah bermakna anda semua tidak baik atau tidak penting, semuanya BAIK DAN PENTING , dan tdak lupa kepada sepupu ku tersayang, nas dan aleem serta rihanna....anda juga terbaik..hanya kita mengambil masa untuk mengenali hati budi semua......kepada adik beradik 69, nantilah akak taipkan entry untuk anda juger.....nantikan lah..( tahun depan kot )