hai...salam satu malaysia...apa kabar uols semua? sihat kah? oklah akak sekarang nie tengah semangat nak taip lagi satu entry untuk tatapan semua peminat setia...wah? ada kah yang membaca blog akak nie? upsss mestilah ada kot sebab kat kulai, satu satu bengkel tu gigih membaca blog akak yer, kepada semua pekerja bengkel...hola....maria ucapkan kepada semua....

oklah sekarang nie akak nak cerita pasal permainan semasa kecil yer....rasanya permainan tersebut dah tak der masa sekarang nie kan? kalau dulu , akak sanggup beli ding dang, tora, dan apa sahaja makanan yng berbungkus demi untuk mendapat barang permainan yang ada di dalamnya. masa tu tak silap akak, harga mungkin tidak mencecah rm 1.00 kot, erm entah lah tak berapa ingat sangat, tapi masa tu lah kan, harga rm 1.00.sangat mahal yer....

mari kita bermain....

pukul berapa datok harimau

oklah ...so pernah tak main permainan ini ek? erm masa kecik kecik dulu...oklah akak akan terangkan bagaiman cara untuk bermain..so anda boleh praktikkan sendiri nanti...namun, kalau ada salah atau silap dalam penceritaan akak nie, tolong komen, sebab akak ingat lite lite ajer lah permainan ini...sebab apa akak nak cerita pasal permainan ini? sebab akak mimpi harimau tadi, terus terbangun dari tido...mandi dan pose pose ke mamak al safira buat kali ke 4 dalam sehari....dah mula akak tersasul kan...

oklah untuk permainan yang tidak berfaedah ini, kita memerlukan seseorang yang dilantik sebagai "datok harimau" tak kisah lah sapa yang kau nak lantik dalam kumpulan kau, opss terlupa kalau nak main, mestilah ramona rahman ( ramai katanya ) jangan pulak kau bermain berdua, tak happening nanti, kau ajak lah dalam 10 orang kawan kau ek....lainlah kalau kau nak mengedik dengan jantan, kau main dua orang ajer..pose pose jantan tu nak kejar kau, nak tangkap kau lah kan......kau pulak pose pose kijang yang manja lah...lari manja manja.kalau akak , akan jadi kanggaroo tau...*teringat kat maison*

kalau nak pilih datok harimau nie pulak, bergantung kepada uols jugak, kalau uols tak mahu kena tangkap awal awal ,maka pilih orang yang tak boleh lari laju ..so uols selamat lah...so pilih yang paling lemah dalam kumpulan uols tu kan....so selepas memilih datok harimau tadi, maka uols terpaksa menyanyi atau membaca "mantera" ish bahaya uols bila kita baca mantera nya, takut malam nanti tak boleh tidor, tak pun akan dicakar oleh harimau jadian nanti pulak kan?

ok macam mana bunyi mantera tersebut nyer...."begini yer adik adik ."pukul berapa datok harimau ?" yup begitulah bunyinya...dan dia ada lenggok yang tersendiri bila uols nak nyanyi yer...sore kena kepit tau.........merdu sikit, kalau boleh bawak microphone uols sekali....nyanyi ramai ramai ..bukan solo...in macam koir...selepas datok harimau mendengar anak anak buah menyanyi, maka datok harimau pun kenalah menyumbangkan suaranya....dan akan menjawab " pukul 10 " tak kisahlah pukul berapa uols nak mula...pukul 3 petang ker .... 3 pagi ker, nak ikut sisitem 24 jam ker..tak kisah uols...asalkan kenkawan paham yer...

tapi tak perlulah datok harimau cakap begini " pukul 3 45 minit " itu memang nak kena hempok lah kepala datok harimau tu kan...motif ada minit bagai..apa kau ingat diaorang tanya betul betul kah? tak payah lah uols....kasi masa tepat...contoh pukul 5 petang....akak masa ingat lagi, masa tu kan akak main dengan kawan kawan...tiba tiba datok harimau tu cakap pukul 5 petang, tup tup salah seorang kawan akak nak balik...kami semua hairan..motif kau nak balik..sebab dia teringat pukul 5 petang nanti ada citer "oltromen" sentap kitaorang tau.....

oklah selepas datok harimau cakap pukul 10 pagi misalnya, kita nyanyi lagi.lagu yang sama yer.....dan datok harimau akan cakap pukul 11 pulak.....yelah , lepas pukul 10 mestilah pukul 11 kan? jangan pulak kau hentam pukul 3 .....motif tak tahu .....oklah sampailah satu masa, datok harimau bagitau dia nak makan kita kat belakang.......masa tu kita kena follow datok harimau tu sehingga dia cakap dia nak makan kita kan...kalau kau dapat atok harimau yang jenis catwalk..pergh ....kau feweett kan ajer datok harimau tu..mesti dia berangankan?

lepas datok harimau kata nak makan kita, apa lagi, gunalah hikmat g shanti..lari kuat kuat...jangan kau larik balik umah, minum air pastu tengok tibi....larik sekeliling sudah...sambil pose pose jerit kuat kuat ......kalau kau rasa datok harimau tu handsome...kau janganlah lari kuat kuat..buat buat lemah gemalai..buat pose pose lari pakai bikini kat tepi pantai sambil melibas libas rambut...voleyy dik? voleyyy ajer......tak pun , kalau taste dengan datok harimau tu, apa kata kau pulak kejar datok haimau pulak.......

yang kena tangkap akan jadi datok harimau pulak, so begitulah seterusnya sampai kau rasa dah penat kau berkejar kejaran di padang dengan kawan kawan...akak selalu main ini sebab keluarga akak ada bela harimau, kadang kadang kami adik beradik main dengan harimau jadian kami ajer kat tepi busut ...kan kak farah?* hanya farah ajer yang nampak busut kat tepi tangga rumah yang terbakar iteew..selamat mencuba uols.....