akum semua...dan salam satu malaysia buat semua peminat blog akak nie yer...oklah sekarang ini akak berada di kedai mamak al safira...uiii pepagi lagi dah online, jam menunjukkan pukul 8 44 pagi...erm pagi yang sangat indah dan cerah.....ramai juga orang yang sedang sarapan pagi..akak pulak busy busy menaip blog ....

eh nampak sunyi pulak kedai nie, biasanya ada bebudak kolej yang ramai lepak sini, oh abru akak teringat yang sekarang nie cuti semester, dan sekaligus cuti sekolah pun menjelang...kepada pembaca blog akak yang mempunyai anak anak yang bersekolah, akak nak bertanya lah kan? apa perancangan anda untuk anak anda dalam masa cuti sekolah nie kan? lainlah macam akak nie, masih lagi belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata, maklumlah masih lagi proses mengenal hati budi ( matielah mak....lamanya kenal hati budi)

dalam entry kali ini akak menyarankan beberapa kaedah yang sesuweiii untuk anda praktikkan kepada anak anak anda bagi mengisi masa lapang mereka ..diantaranya ialah...

hantar ke kampung halaman

bagi anak anak yang dibesarkan di kota, inilah masa yang sesuai untuk mereka pulang ke kampung halaman duduk bersama dengan datuk dan nenek , untuk merasai kehidupan di kampung kan? jadi anak anak anda boleh lah "dipos" kan ke kampung halaman, disamping dapat menjimatkan belanja bulanan anda.opsss mereka juga dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung..malahan boleh mengenal jenis jenis pokok yang tidak pernah mereka nampak di kota, dan juga haiwan haiwan yang ada.....budak budak zaman sekarang nie bukan leh percaya...bila tanya pernah tengok haiwan nie tak? pernah katanya...bila tanya kat mana? kat tibi lah..kat zoo lah yang paling sedih tengok gambar ajer.....sian kan?

ajak mereka memancing ikan , pi bendang , pi kutip telor ayam atau masuk ke hutan ajar mereka aktiviti yang lasak, supaya yang jantan akan menjadi lebih jantan....yang pompuan pulak tak payah lah buat aktiviti lasak lah..nak jadi pangkuda pengkudud ( apa tu tataw...tanya kat hamie lah uols) lainlah akak nie, dah ler women, di paksa buat kerja women seperti menyapu sampah, lipat kain , masak lah ...tanam bunga lah bagai..tak larat uols......

biasakan mereka dengan mandi di sungai bagai...jangan pulak mandi kat sungai tapi pose pose berkemban, pastu syampu kan rambut sampai berbuih buih satu sunga itu kan satu ..siap menyanyi lagu ulik mayang...ajarkan mereka dengan cara hidup kampung bukan? memang seronok kalau dok kampung....sunyi sepi...yang jantan tu suruh panjat pokok, pi main bola dengan budak budak kampung,

penuhkan aktiviti mereka...

bagi yang tidak betah dok kat kampung dengan alasan takut anak anak akan bercampur dengan bdak budak yang tidak elok dikampung, tidak mengapa, anak anak anda masih boleh duduk di kota , namun isikan masa lapang mereka dengan aktivi yang berfaedah, jangan kasi rehat pun kan, sebagai contoh ,pagi pagi suruh mereka bangun pagi, mandi pagi pagi , jangan malas, pastu suruh mereka berjogging ker, tak pun hantar anak anda kat padang padang perumahan yang ada kaum cina buat taichi, suruh diaorang ikut cina cina wat taichi bagai...elok apa..sihat pun sihat

balik dari taichi, suruh mandi lagi ,pastu suruh diaorang pi kelas tuisyen untuk tahun depan, jangan kasi rehat pun , jangan kasi diaorang tengok tibi ,jangan kasi mereka tengok kartun, lailah masa zaman akak dulu, masa kecik ,pagi pagi buta dah terconggok kat depan tibi, tengok cite jam , cite gaban, tengok cite moero atack,citer tom and jerry, ultraman lah......ish buang masa sahajalah....paksa diaorang pi tuisyen...

balik ajer tuisyen terus makan tengah hari, sambung lagi dengan kelas piano , kelas mengaji , kelas melukis ker apa apa lah, bagi keluarga yang kurang mampu, ajar anak anda menjahit ker, mengait apa apa lah....kalau nak anak glamer, masuk kelas vokal, pastu bila ada audition , pi hantar anak tu masuk akademi fantasia..manalah tahu jadi penyanyi terkenal..tak pun suruh anak masuk kelas balet ker , ahai..........

bercuti

erm kalau bab bercuti nie kan, budak budak sekarang nie, ish untung betul, parents ada duit, so bila time naik sekolah masing masing bukak cerita" hey, mak kita kan..bawak kitakan..pi london kan....( motif banyak sangat kan?) tapi konsep tak mahu kalah tetap ada.."alah mak kita lagi lah best, bawak kita pi paris..jalan jalan ...." namun elok jawab macam nie "mak kitakan bawak kita pi umrah lah....." terus terdiam yang lain kan?

apa kata bawak mereka bercuti di tempat tempat yang lain dari yang lain lah....contoh tempat yang pernah berlaku peristiwa yang menyayatkan hati... .contohnya di tempat tanah runtuh ker, jadi masa tu anda ceritakan apa yang berlaku di situ, terangkan tempat nie pernah berlak tanah runtuh , pasti akan timbul unsur unsur bersyukur dalam diri anak anda...kalau tak mahu juga, bawak mereka bercuti di sekitar kuala lumpur, bawak mereka naik kenderaan awam, lrt ker apa aker....seronok apa?

apa apa pun aktiviti di cuti sekolah nie, bergantung kepada anda semua....anak anak tak tahu apa apa...mereka ikut sahaja..kitalah yang perlu mencorakkan.....selamat bercuti yer...

*entry ini ditaip dengan keadaan yang mengantok*