akum semua...sihat? alhamdulillah kalau semua pembaca di luar sana sihat yer, cikgu di sini sihat jugak, baru balik jumpa seorang kawan yang dah lama cikgu tak jumpa tapi bertemu melalui blog ini. alhamdulillah tak sangka jumpa kawan melalui blog dan nanti cikgu publishkan detik pertemuan itu kerana ada sesuatu yang boleh kita pelajarinyer
oklah bagaimana dengan preview filem ke dua kita, iaitu firdilina, yong tau fuu dan taman dagang? apa amat mengecewakan? tak dapat lawan kiah , pelempang jepun dan ubat kah? aiyooo, tak per nyer para penonton, sebagaimana yang kita ketahui, firdilina seorang pelakon yang amat istimewa, cantik, berbakat dan banyak membintangi filem malahan juga drama, celaka rama( ambik kau) dan telenovela ( alih bahasa ). antara telenovela yang dibintangi oleh kasaandra ialah the ugly duckling yer yang mana dah 2 tahun tak abis abis ditayangkan di tibi 3 walaupun setiap minggu 5 hari , 1 jam yer, batapa panjang nyer telenovela ittew kan?
oklah kita pergi ke pencalonan ke 3 iaitu filem yang dibintangi seorang pelakon remaja yang baharu sahaja menceburi dunia perfileman, berbekalkan pakej yang ada, amylia bersedia untuk bersaing dengan nama nama gah seperti, zakiah anas karkova, firdilina kasandara, maria hulia julia mendoza, akiko thomsen, hamieko ( nama panjang saya tak ingat)dan lain lain lagi.
cerita ini mengisahkan seorang gadis punk ala ala tomboy yang tidak percaya apa itu cinta. amylia lebih suka menghabiskan masanya dengan mewarna rambut, melepak dengan gadis gadis tomboy dan mengurat awek awek di pasaraya yer,
namun , apabila satu tragedi telah berlaku, iaitu dia telah di kacau oleh beberapa orang mat rempit yang cuba mencabul kehormatannya, nasib baik pada masa itu, kehadiran seorang jejaka telah menyelamatkan maruah dan intregritinya sebagainya seorang gadis yang lemah. dari detik itulah, amylia semakin konpius, dan mula dihanyut rasa cinta yang mendalam.
amylia telah menyewa sebuah rumah flat yang berdekatan dengan rumah maria hulia julia mendoza yer, dan tinggal bersama dengan seoarang housemate yang baik iaitu amira farmila natasya rabiatul azwa( ambik kau) .amira seoarang gadis yang berambut kerinting dan berkulit hitam manis, suka bermain boling, konsep percintaaan " seks bukan perkara utama yang penting cium 2 jam sambil bibir terjongket"
marilah kita saksikan preview filem ini:
amira: nokss, bangun noksss, amboi kau, bulan puasa nie bukan main kau tido yer, kurang pahala tau
amylia: erm yerr... ap noks kau bising bising nie, dah pukul barapa nie?
amira: cik amy oiii, nie dah pukul 6 ptg nie, jom pi pasar ramdhan, maria pun nak joint sekali tau
amylia: alamak kol 6, mak malas nak mandi lah, basuh muka jer lah kaedahnya, erm nak ajak nidzam leh tak?
amira: ajaklah uolsss, mak tak kisah, kalau boleh kau ajak sekali haousemate housematenya, manalah tahu ada sapa sapa housematenya yang mak taste kan, boleh lah mak belanja karipap daging kan nanti,
amylia: tetap ada konsep speedorama nie yer, erm oklah noks , mak sms dia yer...
amylia segere mengsms nidzam sambil pose pose duyung kat tilam.
amylia: eeee geramnya jantan nie, nak bertubi tubi aku sms dia, langsung tak jawabnya.....nie yang aku malas nak bercinta nie, emo ajerrr aku nie
amira: apa noks? kau nak buat tekan tubi kah? wow noks, kau nak kasi perut kau six packs kah? mesti ramai aweks suka kan
amlia: kau pokak ko ( berbahsa negeri sembilan yer) den cakap den hantar sms bertubi tubi bukan tekan tubi lah ngoks
amira: what everlah asalkan meriah
amira dan amylia terus ke pasar ramdhan, seperti biasa amira dan amylia mengenakan pakaian ala ala ke pavilion sedangkan hakikatnya nak pergi ke pasar ramadhan, bagi mereka vogue ittew sangat penting. kelihatan 2 orang teman baik mereka, maria dan kiah menunggu mereka, begitu manis kiah pada petang itu, macam fasha sandha sangatkan..maria lite lite ajer
kiah: asalamuailakum( hah baik kan kiah, wanita muslimah sangat) apa khabar?
amylia dan amira: waalaikumusalam....( tunduk kerana insaf dan segan sebab berpakaian di luar tabiee nie)
maria: dah dah ,...jangan pulak kau nak buat buat insaf kat sini, jom pi beli makanan, kat gerai ayam golek tu ada jantan handsome, lets, nanti bersaing dengan bohsia pandanjaya, jom....
mereka berempat berjalan perlahan lahan menuju ke gerai ayam golek tersebut, tiba tiba
kiah: opocot....terkejut aku (jerit kiah apabila sebuah motosikal hampir melanggar beliau)
kelihatan seorang lelaki yang tampan membuka helmetnya
amylia: abang nidzam ( jeritnya dengan sore yang gedik, amira pula mencapai plastik lalu muntah darah dia disitu melihat housemate yang peng kid telah kembali ke jalan yang benar)
amylia: u...napa tak reply sms i tau, risau i lah u, u merajok ker, i windu dengan u lah ( saje di buat manja manja agar kenkawan lain makan hati)
kiah: erm kenkawan, i rasa nak pi beli hati ayam lah sebab i makan hati tengok drama diaorang
maria: motif kau emo kiah? wah wah, nanti balik abang kau nanti, mak tengok dah berbelit belit kau dengan abang kau, sabar lah noks, lagi satu, kau nie asyik makan hati napa noks?
amylia dan nidzam berjalan beriringan, sambil nidzam mencium pipi amylia secara curi curi, sedikit sebanyak perbuatan itu menarik perhatian ramai pengunjung bazaar ramadhan yer.berkali kali pipi amylia di cium oleh nidzam , bagaikan tidak rasa puas di hatinya
amira: noks, kau tengoklah tu kapel of the year kan? melampau sangat
maria: biarlah uolss, kubur dia kubur dia, kubur kita kubur kita
amira: bukan apa noks, mak takut nanti satu bilik dengan mak nanti kat sana
maria: molot kau ...
amira dah tak tahan lagi, perlakuan housematenyta sudah melampau
amira: uolss berdua nie pose tak? pose kan? weiii tolong lah hormati ramadhan yer, silap silap burung ababil datang terus lontar batu neraka kat kita semua gara gara perlakuan over kauorang yer, tak pun jangan pulak kau berdua naik van mayat jabatan agama islam..mak tak sanggup uolsss. tak sangguppp
maria terus pose pose beli kuih chara bersama kiah, amylia terdiam, nidzam dah menggenggam penumbuk
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
1 comments:
ya..sgtss hebat cite ini!!!
bg sy...tempat pertama adalah filem amy,nidzam,rempit dan bazaar ramadhan.kedua..kiah,pelempang jepun dan ubat.dan ketiga...filem yong tau fuu iteww...
syabas!!!
Post a Comment