akum semua
apa khabar? sihat? alhamdulillah..cikgu disini oklah, tapi rasa nak demam lite lite sebab semalam gagah meredah hujan semasa lepak dengan puteri puteri umno yer di kedai kak hah yer sambil membincangkan pemilihan parti yang akan dijalankan tak lama lagi, cikgu sedang melobi pengundian untuk bertanding nie, dah tempah baju dan kain yang bercorak umno yer.. lagu umno akak dah hafal dengan versi akustik yang tersendiri yer, mikropon pun dah beli, manalah tahu pak lah suruh akak nyanyi life masa perhimpunan umno kan? nie lah risau, demam demam , tak perlah nanti akak masuk kelas vokal dan mantapkan sore akak nie yer

oklah panjangnya introduction cikgu yer, bukan apa tengah meroyan menaip nie, best pulak menaip blog di pagi pagi ni yer,

apa yang cikgu nak cerita yer , erm pengalaman semalam mengajar budak budak tuisyen, semalam selasa 14 okt akak pi mengajar buat kali pertamanya, rasa berdebar dan rindu dengan anak anak murid, masing masing terasa heppi bila cikgu datang mengajar, terus cikgu pose pose sedih melihat anak anak murid yang bersalam dan mencium tangan cikgu sambil berkata "selamat hari raya dan maaf zahir batin cikgu"

begitu mulia hati anak anak murid, dan cikgu pulak pose pose memaafkan kesalahan mereka. semalam memang seronok mengajar dan kenyang yer, mana tak nya, dari satu rumah ke satu rumah ada ajer menu yer, mi kari lah, mi gorenglah, kuih raya lah yang penting ada buat kuih khas untuk cikgu, amat terharu. memang sampai nak muak makan yer

dan semalam jugak fikiran dan fokus cikgu terganggu sebab salah faham antara akak dan mr firdee( ya allah tak abis abis lagi kah) jadi akak tak dapat fokus .

"ok, bila kamu spm?" tanya cikgu sambil tangan bz menaip sms kepada firdee dan akiko thomsen

"11 nov cikgu, "jawab anak murid akak lelaki

"kita belajar math ok? ingat lagi tak persamaan serentak nie?" pose akak sambil mengeluarkan kertas soalan

"saya cuba cikgu boleh?"

"hah bagus lah, cuba dulu," kesempatan ini cikgu ambik untuk menaip sms lagi yer. tolonglah cikgu, cikgu dibayar untuk mengajar bukan ber sms yer

tiba tiba hari hujan, lebat, dan cikgu termenung di luar, pose pose manja macam ella.

"dah tuwer aku kan, 32 tahun kan? erm kahwin pun tak?" getus akak di hati sambil memandang keluar.

"erm cikgu tak dapat lah jawab," anak murid macam dah give up

"jap, cikgu nak tanya, cikgu nie nampak tua tak?" saja nak meminta anak murid memuji diri walaupun akak tak chantik dan body tak menggiurkan

"apa maksud cikgu? cikgu tua? tak arr macam biasa sahaja saya tgk" jelas anak murid akak, dah keluar topik dah nie

"tapi cikgu dah berusia 32 tahun lah, rasa macam dah tua ajer, tapi belum kahwin dan anak" motif kau tanya macam tu kat anak murid, kau hengat anak murid tu kenkawan kau kah cikgu?

"tak ader jodoh kot cikgu, tapi yang penting..."

"apa yang penting ?"

"macam mana kalau nak kahwin dan ada anak kalau cikgu....."

, guruh di langit memancar dan di ikuti dentuman kilat yang maha kuat...

terus cikgu pose pose mengajar dan apa agaknya yang ingin disampaokan oleh anak murid sekiranya tak ada ganguan tadi yer...fikir fikir lah