akum semua....
apa khabar? sihat? alhamdulillah, akak pun sihat tapi ada batuk batuk kokol sikit nier. dah baca entry pasal kursus kahwin? sekarang akak nak cerita pasal pengalaman semalam akak yer.
oklah sebab akak dah rasa mengantok, maka akak akan pendekkan ceritanya yer yer....
2 ptg di lrt pandanjaya
akak tengah pose pose manja di bangku di lrt bersama dengan my baby, masa tu cuaca tak panas sangat, maklumlah hari mendung ajer kan? so akak tengah berangan berangan , tetiba seorang uncle yang berbangsa india menghampiri tempat duduk akak dan pose disebelah.
oleh kerana akak nie dikurniakan genetik yang peramah dan berbudi bahasa, maka akak pun pose pose senyum kat uncle tu, dan uncle tu pun senyum balik
"mahu peg mana kechik?" tanya uncle tu. motif kau panggil aku kecik? butakah uncle tu ? badan macam saiz anak gajah pun masih kechik kah? tapi terasa bahagia lah bile orang tgk kita kechik kan
"mahu pergi isetan lah uncle...jalan jalan" terang akak sambil melemparkan senyuman paling manis dan menarik yer sekali. kalah kajol tau
"oh sama lah kita kechik, mahu pergi jalan jalan. mahu beli itu baju depavali" terang uncle tu sambil memagang bahu akak. opssss sesautu kah
my baby masa tu buat cool ajer, dia pun senyum kat uncle
"kechik pergi dengan sapa? kechik sorang ka?" tanya uncle tu
"aha saya pi sorang ajer , napa uncle? " bohong akak, my baby dah mula ketawa sembunyi sembunyi
"kechik marilah temankan saya jalan jalan yer, nanti saya belikan baju untuk kechik" wow offer yang menarik yer.
"tak apa lah uncle, tak mahu lah, saya takut lah uncle,"
"tarak apa kechik, saya orang baik, kechik jangan risau, kita makan di kedai mamak ?" wow ada offer makan lagi nie
my baby nak kasi signal supaya akak stopkan perbualan tu, air muka pun nampak berubah dah nie.
lrt pun sampai
"sorry lah uncle, saya tak dapat pergi temankan uncle, lagi pun...
"apa kechik, napa tak mahu kechik?"
"lagipun saya tak sanggup pakai sari dan mandi bijan di awal subuh depevali nanti," jelas akak sambil berlari lari manja ke gerabak yang paling hujung.....
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
2 comments:
klaka la sundelll..!!!
ni betul2 kejadian ke atau hanya cerita rekaan hadek2 yg suka berfantasi?? hehe
sorry yer ej semua ini adalah cerita yang benar melainkan tiada yang tidak benar
Post a Comment