akum semua...
apa khabar? sihat? alhamdiulillah..akak pulak kurang senang disini yer sebab rasa macam nak demam lite lite ajer nie, tapi demi peminat yang terchinta, akak gagahkan jua menaip ni yer...

oklah dah tgk tajuk entry akak nie? panas kah? kau sehangat api kah, ala ala lagu x factor kan, sudehhhhh, tak larat kan entry akak kali ini, pasal jantan . Tapi bagi menjernihkan suasana yang agak agak bercelaru semalam, maka akak pun menulis lah jugak.

siapa kat sini ada lover?kapel( hah ambik kau, ejaan tu yang tak tahan yer), atau kekasih gelap ku? angkat tangan, meh cikgu kire yer...erm ramai jugak nyer...oklah u olss semua sayang kat kapel uolss, memang sayang kan bukan?

dan soalan cikgu ialah...berapa lama kauorang yakin yang kauorang akan lama bercinta? 3 tahun ? 4 tahun? 5 tahun? sepanjang hayat? erm adakah kauorang ingat cinta uolss semua macam cerita taitenok( titanic)...u jump i jump kan?

Jadi, dalam dunia percintaan begini apatah dunia kita ini, kau paham paham lah kan dunia "kite" nie, mesti ada penceraian di hujung cerita, sama ada kita diceraikan atau kita menceraikan orang yang tersayang bukan?

dalam dunia kite, tiada tali ikatan yang sah untuk menunjukkan kita adalah pasangan suami ister ( aiyooo uolss yang bergelar isteri tu ada vaginakah?) Hanya dalam dunia kita tali ikatan ialah kesetiaan dan kepercayaan antara satu sama lain, bukan?

jadi apa yang cikgu ingin tekankan disini ialah, jangan terlalu taksub dengan dunia percintaan kita yer, walaupun u olss semua tengah hangit berchinta dengan kapel uolss, bukan lah bermakna cikgu cemburu dengan uolss yang bercinta, tidak yer

hanya sekali sekala, pi lah fikir sedetik, dalam kehidupan kita yang semakin singkat ini, banyak lagi yang patut di lakukan yer, selain bercinta, kita boleh tumpukan kerjaya atau apa apa sahaja perkara berfaedah yer, contohnya menternak kambing, menananm sayur sayuran, pergi ke rumah anak yatim yer, bukan itu lebih seronok. ajak kapel uolss pi sekali yer sambil menabur bakt iterus kau dapat jolokan angelina jolie...

cikgu nie dah serik kena kecewa yer, 6 tahun berchinta dengan shahril cukup memeritkan. susah nak lupakan shahril, sehingga termimpi mimpi kan dia, tapi nak wat camner kami tiada jodoh yer, dan sejak itulah cikgu terfikir, 6 tahun cikgu bercinta dengan shahril, apa yang cikgu dapat? kepuasan diri? kebahagian? dan last cikgu ting tong dan nasib baik ada kawan...

oleh itu, kawan adalah insan yang paling penting dalam kehidupan kita, contohnya cikgu kenal daylan dah 8 tahun, lebih lama kenal si sahhril. Penah cikgu clash dengan daylan?( motif kan cikgu nak clash dengan daylan) sebab cikgu tahu daylan senantiasa memberi sokongan pada cikgu bila cikgu memerlukan..itulah harta yang paling berharga...iaitu kawan

dan kalau cikgu nak bermasam muka dengan firdee kerana acap, alamak, baik cikgu bunuh diri, dalam usia cikgu yang menjangkau 32 tahun, diulangai 32 tahun, banyak yang cikgu dah buang yer, sebab apa buang? sebab dah 4 kali putus cinta. apa hasilnya? cikgu masih lagi macam biasa, berjalan kaki mengajar, berhempas pulas mencari rezeki , menyewa rumah flat ajer yang banyak tikus, laainlah kalau cikgu bercintha dapat rumah kondo ker, kereta ker, best lah kan? ini...entah lah....tak guna menyesal kan? dan jaga lupa besday cikgu setiap 5 mei tau, tolong lah kasi hadiah

bagi cikgu, firdee adalah insan yang baik dan cikgu senang keluar dan bersama dengan dia yer( hah mula kau pikir yang bukan bukan ), firdee mudah menghulurkan bantuan apabila kita memerlukan, cakap pun sopan, pandai buat lawak, dan dia memang seorang yang mudah didampingi. apatah lagi dah hampir seminggu dia akan melepak bersama sama selepas balik kerja, jadi keserasian itu telah mula terjalin. cikgu tak nafikan mungkin dia tergedik gedik macam ulat nangka atau jentik jentik yang baru dilahirkan, tapi tak palah cikgu paham mungkin dia terkena miang buluh ker, apa ker, jadi dia akan tergedik gedik. gedik gedik dia pun dia cantik nak berbanding dengan cikgu nie

jadi mana yang penting, kehilangan acap atau kehilangan firdee dalam hidup cikgu? atau dua dua sekali cikgu buang? tolong berfikir di luar kotak yer, cinta boleh datang bila bila masa, tak perlu dicari kerana semakin di cari semakin dia akan menjauhi, tapi carilah cinta dan kasih seorang sahabat, kerana kasih dan sayang seoarang sahabat tiada nilainya...tidak akan pudar sekiranya kita pandai menjaganya...dan apada acap, menang cikgu sayang ok, sebagaimana acap sayang cikgu, hanya perlu di ingatkan acap, tarikh luput percintaan kita , tidak dapat dijangka yer, jadi bersedia untuk menghadapinya dengan hati terbuka.

jangan kau jadi macam kiah, dah berlaki terus lupakan kawan kawan baiknya, erm sekarang kau bahagialah kiah yer, nanti kau nak bercerai berai, muka dah macam pontianak, anak berderet deret, naik bas intrakota ke mahkamah syariah, memakai cermin mata gelap yang kau beli kat downtown,pastu pose pose masuk bersama mu tibi tiga baru nak cari kawan kan?

motif cikgu babitkan kiah kan? tak bersalah kiah tu kan, dia tengah hangit dilamun chintya dan baru berbulan madu di melaka u olsss, tak pe kiah, tak per..nanti aku kerja kuat kuat, tak main lah melaka, cikgu akan pi sungai gabai ajer bercuti, itu ajer yang cikgu mampu

sebelum cikgu menghabiskan coretan ini, kepada mr firdee, tiada apa yang selain cikgu nak bagitau, tak sangka perkara gurauan kita sedikit sebanyak telah mencalarkan persahabatan kita, dan jangan pulak di dalam hati tersimpan dendam kesumat. apa yang cikgu gurau malam semalam , iaitu ingin mencuba mendekati am, erm tak mungkin lah, am memang milik u, dan percintaan u dengan am memang agung dalam epik ramayana ( betul ke aku eja nie) dan tersimpan dalam arkib pepondan,membaca semula detik percintaan u sehingga tertutup tirai percintaan, cikgu dapat rasakan betapa agungnya cinta firdee kepada am kan? kepada kawan baik akak, daylan@akiko thomsen, terima kasih atas nasihat u ols yer, sesunguhnya nilai persahatan itu hadiah yang paling berharga dalam hidup kita.......

yang ikhlas

maria hulia julia mendoza( ambik kau 4 nama yer)