akum semua apa khabar? sihat yer? alhamdulillah akak pun sihat yer, kadang kadang akak guna nama akak, kadang kadang guna cikgu , tak kisah asalkan orang yang sama yer...oklah ada masa lagi so akak taip lagi satu entry .
kisahnya tak panjang sangat tapi bagi akak boleh dijadikan teladan kepada semua pembaca yer, pernah tgk cerita gadis dari bintang yang mengarut tu, aiyooo tolong lah, akak takut sangat tengok cerita tu yer, asyik termimpi mimpi ngeri agak kalau menonton nyer.
tadi dalam pukul 10 pagi ke atas akak telah berjumpa dengan seorang kawan yang dah lama akak tak jumpa, kawan itu meminta agar akak merahsiakan namanya atas sebab sebab tertentu, dia merupakan senior akak di upm dahulu, beza umo 3 tahun yer.
kami bertemu di jaya jusco maluri sahaja kerana tempat itu sangat dekat dengan tempat tinggal akak yer, so akak pun siap siap
bila betemu mestilah gembira, berpeluk peluk lah kami berdua dia jaya jusco, dan kami pun jalan jalan dulu kerana memandangkan jaya jusco baru sahaja di buka, tak ramai pengunjung
malangnya penampilan kawan akak nie agak pelik , agak keperempuanan dan sekaligus menarik perhatian pekerja pekerja di jaya jusco, terutama perempuan, jalan ajer mesti ada mata mata memandang dan mencebik ke arah kami. yang paling tak tahan tu ada yang gelak gelak. bagi akak tak kisah, tak malu pun jalan dengan dia sebab dia kawan kita kan
kawan akak nak beli sepasang skirt ( ambik kau skirt katanya) kerana ada sale. dia pun belilah skirt dan membayar di kaunter. akak temankan dia
"hish mana datang nyer tu, geli aku tgk, " terdengar satu sore menghina kawan akak
akak buat buat tak dengar dan kawan akak pun sama
"heheheh kelakarkan, dari mana datang nyer, tak pernah aku tengok" kuatnya bercakap, tolong lah cover sikit
dari tepi kawan akak dah mengetap bibirnya, menunjukkan dia berasa sangat marah, dan agak takut pagi pagi dia dah memariekan dirinya
dia berjalan ke arah dua orang pekerja jj tu dan berkata
"amboi amboi, pagi pagi lagi hang berdua dah sibuk mengata orang yer...kau nak tahu aku datang dari mana yer..aku datang dari BINTANG ,akulah gadis dari BINTANG tak macam kau, datang dari BINATANG" bergema sorenya...
akak pose pose belek belek skirt dan pompuan itu terpaku...
moralnya..padan muka pekerja jj
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
0 comments:
Post a Comment