akum semua, apa khabar? sihat? alhamdulillah sihat yer, bagus lah kalau macam tu, akak pun sihat gak kat sini hanya nak sambung lagi satu entry sebab nanti sabtu dan ahad agak bz sedikit, alang alang akak free nie so akak menghabiskan masa dengan menaip blog tercinta akak ni yer

oklah kali ini akak nak cerita tentang pengalaman akak semalam semasa mengajar seorang anak murid akak yang berusia 7 tahun, lelaki dan namanya agak sedap di dengar. muaz sufi hamsyari, wow hebat bukan kan yer. muaz nie budak lelaki yang sangat aktif bila tuisyen dan agak sukar di kawal kalau dia buat perangai. kadang kadang tak nak tuisyen, menangis masa tuisyen tanpa sebab dan kalau ok tu pulak tak terlayan cikgu dibuatnya yer,

semalam cikgu mengajr muaz mathematics, bagi muaz subjek itu yang paling di benci oleh nya sedangkan ayahnya seorang pengurus bank berkelulusan luar negara yer, jadi terpaksalah cikgu berhempas pulas menegajar dan menarik minat muaz agar dia mencintai math dan sekaligus mencintai cikgu nyer itu , siapa lagi kalau bukan akak lah hehehhee

muaz nie suka sangat main telefon bimbit cikgu yang berjenama amoi sajork yer, so dia akan picit picit , tekan tekan butang sesuka hatinya,dan yang paling takut kalau sms masuk, silap silap dibacanya sms kita nanti , kuat kuat pulak

nak dijadikan cerita , firdee menghantar 1 sms yang berbunyi "puan maria, jadi ker kita bermain boling?" ambik kau, puan maria katanya

masa tu cikgu nak ketandas, dalam tandas lagi cikgu dengar amoi cikgu menyanyi lagu korea menunjukkan satu sms telah masuk ke dalam hanset, cepat cepat cikgu bersihkan diri, dan keluar dari tandas, malangnya

"cikgu..cikgu..ada sms...puan mariaaa , jadiii ke kita bermainnn booolinggg...muaz membaca secara perlahan lawan

"siapa maria tu cikgu? nama cikgu maria ker? hahaha cikgu pondan yer?"berdentum cikgu dengar kata kata muaz

sebagai seorang pendidik, kita jangan panik yer, sebaliknya tenang menghadapi situasi begitu dan perlu melontarkan senyuman

"awak yang salah baca kot, mari cikgu tengok...." segera akak capai hanset amoi tu, tertera nama firdee yer

" oh mesej nie berbunyi, puan, marilah kita bermain boling malam nie? " akak segera menukar bunyi sms nyer itu

"oh ye ker, saya salah baca, meh saya tengok lagi" muaz tak puas hati

"muaz, jangan usik barang barang cikgu tau, belajar ..." jerit mak muaz menyelamatkan keadaan.

tolong lah firdeeee.........