akum semua.....
apa khabar? sihat ? alhamdulilah sihat yer? bagus bagus ...sekarang nie cikgu akan taip lagi satu entry yang cikgu rasa elok jugak kita baca dan renungkan secara bersama ok? mungkin entry ini dapat mengubah sedikit sebanyak pendirian kita bukan? dan menjadikan kita seorang yang berfikir di luar kotak kan?
sebagaimana yang cikgu dah ceritakan , cikgu telah berjumpa dengan seorang kawan lama di jaya jusco pagi tadi, dan dia telah memariekan diri sambil menghina pekerja jj yang dianggap binatang padanya...
selepas dia memariekan diri, cepat cepat akak tarik dia pergi keluar dari jj dan ajak makan di tempat lain. dia menyarankan kami lepak sahaja di starbuck yang terdapat di luar jaya jusco. kami melabuhkan punggung dan kawan cikgu pi order air dan makanan
kawan: erm lama kita tak jumpa kan? dah berapa tahun ek?
cikgu: erm rasanya dalam 6 tahun gak kot, atau lebih....
kawan: yup, nasib baik aku jumpa blog kau noks..heheh nie pun kawan kawan yang bagitau ....
cikgu: ( terharu) : ye ker....hehehehe ala biasa biasa ajer, minat, lagipun aku selalu paksa orang baca blog aku tau ...siap sms yer
kawan: aku selalu baca entry kau, kisah kisah kau, ada yang kelakar, ada yang mengarut gak, apa pa pun kalau aku tak wat apa apa aku pi baca blog kau lah ...
cikgu: (tersenyum) hehehehe
kawan: ramai ker kenkwan baru sekarang? wah jadi mak hayam yer sekarang..
cikgu: alamak mana ada...erm kenkawan lama daylan ajerlah yang baru tu adalah sikit, tapi tu kawan biasa bukan lagi kawan kawan rapat atau sahabat yer.....tapi ada yang baik gak, macam kita dulu dulukan
kawan: yup baguslah, kalau kau ada kawan kan, sebab lepas kes kau dengan zul dulu, kau menghilangkan diri lah, tup tup aku dengar kau kat cheras, ada yang kata kau jual tembikai kat tepi lebuh raya
cikgu: alamak, bila pulak aku jual tembikai, dan aku tak mahu ingat kes aku dengan zul dulu
kawan: yup bagus lah, erm kau betul ker gaduh dengan kawan kau nama sapa tu ek? di? firdi? entah tak ingat namanya?
cikgu: mr firdi namanya motif? gaduh ker? no lah . kami salah faham ajer, dan tak sangka perkara macam tu diperbesarkan pulak, sekarang ok, dia baiklah uolss, baik sangat
kawan: bagus lah uolss kalau macam tu, hanya mak nak nasihat ajer kat kau, jangan pulak kau hilang kawan sebab jantan yer, benda tu perkara bodoh sahaja kan?sekarang umo kau berapa noks?
cikgu: erm 32 tahun napa
kawan: kau bercinta dengan berapa orang sekarang dah nie, termasuk yang terlatest?
cikgu: erm jap. ermmm 5 orang, harry gunik, abang lan, zul, shahril dan last acap
kawan: mula kau bercinta? umo berapa tahun?
cikgu:aku mula suka harry masa first year degree , erm masa tu 20 tahun lah
kawan: ok sekarang umo dah 32 , mula bercinta atau minat laki 20 tahun, cuba tolak
cikgu: erm mudah jer, 12 tahun
kawan: apa yang kau dapat dalam 12 tahun? cinta? bahagia? atau kau dapat derita?
cikgu amat terasa, namun simpan sahaja sebab dia adalah kawan baik cikgu, cikgu hanya menghela nafas
kawan: napa diam? kau terasa ker noks? sorry lah , hanya mak nak tanya dan kongsi ajer dengan uolsss
cikgu memerhatikan kawan cikgu, ada sesuatu yang ingin disampaikan, cikgu perhatikan kawan dengan pandangan penuh minat
kawan: ok leh mak teruskan yer? kau sayang diaorang kan? tapi diaorang sayang tak kat uolss rasanya? ada diaorang cuba carik uols balik tak? atau diaorang heppi dengan hidup diaorang sekarang? ( bertubi tubi soalan ditanya )
cikgu: ermm , mak akui ..entah lah uolsss, 12 tahun mak rasa macam tak der apa apa pun perubahan dalam hidup mak , statik ajer lah, tapi mak heppi dengan diri mak
kawan: kau tak boleh hidup dengan cinta ker? tak boleh ada laki dalam hidup kau? perlu ker lelaki dalam hidup kau?
cikgu: kadang kadang memang aku perlukan lelaki ok..
kawan: kalau kau bercinta apa harapan kau? bahagia? sehingga ke akhir hayat? ke anak cucu? sehidup semati? ( seakan akan melaser cikgu)
cikgu: erm tak lah macam tu, kan cinta kita macam nie mesti ada penghujung kan
kawan: good, kalau dah tahu ada penghujung nya, kenapa kau ambik risiko nak bercinta, seperti kau mencari masalah kan, membiarkan diri kau merana di akhir cerita bukan?
cikgu: erm yup aku tahu, tapi takkkan aku nak hidup sensorang ajer, bukan ker manusia perlukan kasih sayang?
kawan: napa tak tumpahkan kasih sayang pada orang yang benar sayang kat kau
cikgu: contoh?
kawan: family kau lah, bukan kah family kau orang yang paling utama dalam hidup kau, sorry , i ada baca dalam blog yang kau ada masalah dengan family kau kan? napa jadi macam tu? kawan kawan kan ada? napa perlu jantan
cikgu: dah setel dah dengan family ..semuanya ok....
kawan: jangan marah yer, aku hanya tanya sajer...perlukan ker cinta , pastu kau emo, kau tulis dalam blog yang kau sayang kat dia, tapi pernah kau tanya pada dia, adakah dia sanggup buat apa sahaja untuk kau? menjaga kau sehingga akhir hayat? kalau kau tak sayang kat dia, dia emo tak?
cikgu: entah terus kan ..aku nak dengar apa kau cakap
kawan: kau marah ker apa yang aku cakap nie? kita nie dah tua, kau 32, aku 35 tahun kan? so apa yang perlu kita kejar cinta itu, bukan kah kita perlu lihat balik dalam diri kita, apa yang telah kita buang selama ini, dimana kita sekarang? sudah kah kita mencapai impian kita? sebab i tgk banyak golongan kita tewas dengan cinta..tewas dengan jantan, buang masa depan kerana lelaki.... yang pasti akan meninggalkan kita
cikgu hanya diam, terpaku....memandang terus ke matanya
kawan: aku emosi nie sebab aku dah terkena uolsss, mak dah terkena...teruk jugak aku kena dengan penangan cinta nie, dan sejak hari itu aku mula terfikir, napa aku jadi macam nie? aku tak marah tgk orang lain berkapel...itu hak masing masing yer, ada yang bahagia dan berjaya...kalau kenkawan kau nak kapel, biarlah meraka dah pilih hidup macam tu, lagipun diaorang masih muda lagi kan. biar mereka kutip pengalaman, kita yang dah tua nie, masih perlu kah nak mengutip pengalaman?
cikgu diam sahaja, cuba memahami lebih mendalam
kawan: mesti masa dan tenaga kau banyak habis dengan jantan, belum lagi wang ringgitkan? bukan? so pikirlah balik, dalam dunia nie, wang adalah segala galanya yer, cinta? sekarang nie cinta memang berlandaskan wang ringgit, kadang kadang cinta boleh di beli dengan wang bukan? mana nak jumpa cinta sejati dalam dunia kita nie kan?
cikgu: betul aku setuju...
kawan: erm maafkan mak kalau terlebih cakap , sebab entah lah tiba tiba mak bukak topik nie pada uolsss, sedangkan nak bergembira dengan uolss sebenarnya, harap kau dapat berfikir dengan lebih matang yer, jangan ambik hati, tarik nafas, dan fikir kan apa kata kata mak nie. kalau kau rasa nak kahwin, kahwin lah, mungkin isteri kau tu merupakan cinta yang sejati yer...anak anak kau nanti....
cikgu mengalir air mata, tak tahu napa
kawan: jangan pulak kau ceraikan acap sebab kau dengar nasihat mak ni yer, mak langsung tak jeles dengan kau yer, hanya pengalaman mak mengajar mak lebih berhati hati dan memilih jalan hidup begini, walaupun mak dah drag , tpi mak tetap yakin keluarga mak sayang kat mak ....dan mak tak percaya dengan cinta jantan lagi ....cukuplah, mak nak bina hidup baru...dan kau pulak jangan pulak terus berubah, ubah perlahan lahan yer.....amik masa ok, fikir
cikgu: berubah? jadi laki kah?
kawan: aiyooo, nama ajer cikgu...heheheh, ubah sikit pandangan hidup tu, jangan jadikan cinta dengan lelaki menjadi paksi dalam kehidupan uolss tu, bina masa depan, kerja kuat kuat, fokus diri sendiri, simpan duit, kembangkan business, dan pi buat baik dengan orang yang perlukan yer, itu ajer ..nasihat mak..dan kalau nak joint mak kat umah anak anak yatim, contact mak yer ( menghulurkan name card). dan aku minta maaf sebab tadi memaki pekerja jj tadi, aku dah tak tahan
cikgu terkesima lalu menghirup air. kami sama sama berdiam diri sahaja
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
2 comments:
makin rancak entri2 baru mengalir ya... thx lar... wajib dibaca iney...
hiiiiiiiiiiii
Cikgu, bila nak jumpe????
Post a Comment