hormon akak dah bergulung yer...


akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping keluarga yang tersayang, teman teman atau sesiapa sahajalah yer..akak disini kurang sihat sikitlah, demam lite lite, tapi masih gagah untuk menaip entry katanyakan...oklah akak tak mahu cakap panjang panjang lagi, dah tengok tajuk entry kali ini ?


oklah sekarang ini akak menghadapi satu masalah atau yang lebih tepat dikenali dengan kekeliruan identiti yer, begini, semenjak dua menjak nie akak terasa nak berkapel dengan chekki yer..ada sesiapa pembaca yang diluar sana sana yang sanggup berkapel dengan akak?


entah lah,bukan bermaksud nak menunjuk nunjuk yang akak dah berubah ker, nak jadi lelaki straight ker..apa ker..bukan uolss..tapi tak tahu kenapalah..pernah meluahkan perasaan tu pada firdee, akiko dan juga adik beradik yang lain....nie bukan main main yer..tapi..takut nanti bila dah kapel dengan chekki, tapi hati masih suka dengan kaum sejenis macam mana tu olsss kan?


semalam akak bertemu dengan peminat chekki yer, chantek chantek mereka yer.. rasa lain pulak bila lepak dengan chekki yer...tapi akak tak kisah....masalahnya sekarang, kat mana akak nak dapatkan aweks uolss? ( motif masih menggunakan perkataan akak sedangkan nak cari awek nie...) dan macam mana rasanya berkapel dengan chekki..ada ker chekki nak kan akak nie? yang berjalan selanggang kangkung, mengalahkan chekki itu berjalan...entah..kita tengoklah nanti..


kalau akak dapat chekki nanti akak kenalkan, kalau akak dapat chektan pun akak akan kenalkan jugak...biasanya..bila dah 33 nie, hormon akak bergulung gulung yer.....

zaman sekarang laki pun bawak handbag...


akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang...akak disini pun agak sihat lite lite sahaja nie, nie baru pulang dari dinamis, rasa macam nak demam terus pi klinik idzham...ambik ubat sahaja. akak beli ajer ubat demam kat klinik tu, dan mintak ubat selsema serta sakit tekak. takut melarat. kalau tak ok jugak, kenalah pi check takut denggi uolss kan...


lepas akak pi klinik, akak pi lah lepak kedai kak lahar yer...tak ramai orang sangat, dan akak menjadi badut kat situ yer, aiyooo kalau lepak sensorang agak mencabar bukan...mesti ada orang yang memandang..motif memandangkan..selepas akak order air, seperti biasa bos kedai kak lahar , encik mat datang berbual dengan akak. akak on ajer..memang best gak layan cerita bos kak lahar nie


tetiba dia ajak pi maybank, nak minta tolong masukkan duit , oh kesian pulak kat encik mat nie...dia memang baik uolsss, soa akan pun setuju, selepas makan sikit, terus kami ke maybank yer...akak seperti baisa catwalk ..hish sian pulak kat encik mat, nanti dia difitnah berskandal dengan akak nie pulak kan..so akak pun maintan jantan lah jalan..cayer kah jantan ? selepas masukkan duit kat maybank, kami balik semula ke kedai ..encik mat akak busy sikit, so akak mengambil keputusan untuk balik ajer kat umah..


tup tup rasa nak taip entry pulak kan..dok umah mesti tido kan, lagipun dah masuk magrib nie. orang tua tua kata tak elok tido masa maghrib uolss. nanti mimpi hantu katanya..pernah jugak akak test tido maghrib uols..kadang kadang akak mimpi ngeri, kadang kadang akak mimpi bertemu dengan jantan uolsss, motifkan..itulah bila akak mimpi jantan, esoknya akak akan paksa tidur masa maghrib agar bertemu dengan jantan yang akak mimpi semalam uolss...hazab tak akak? sedih tak idup akak nie..sanggup paksa diri tido masa maghrib untuk bertemu dengan jantan..aiyoo apa ayang akak dah merepek nie...


dah tengok tajuk entry kali ini? yup uolss inilah kisah benar yang berlaku baru baru nie yer, sebenarnya dah lama akak nak post kan cerita ini didalam blog, namun kesibukkan akak sehingga tak der masa nak updated blog atau cerita ini yer....oklah akak mulakan dengan...


pada 24 januari 2009, bersamaan dengan hari sabtu, pagi pagi lagi akak dah hantar sms untuk menjemput adik beradik 69 datang ke rumah uncle di kampung pandan . uncle akan mengadakan kenduri kesyukuran dan cukur jambul . malangnya tak ramai yang respon pun..hanya yang confirm nak pergi ialah ej, shah , hans dan kak farah yer..oklah tak kisahlah asalakan kami semua tak jadi dayak yer...


so dalam pukul 4 petrang kami pulak dikejutkan dengan berita yang si am, miss egypt telah ditahan wad kerana di suspek demam dengi yer, apa lagi , masa tu akiko, hamie, akak, ej, shah, hans dan kak farah pun bergegas melawat am yang ditahan di wad hukm, samapi disana, am kelihatan lemah, tetapi macam terkejut dan terharu dengan kedatangan kami ketika ittew..


lepas tu kami semua berpecah, sebab nak siap siap ke majlis kenduri tersebut yer, kak farah lepak umah akak , manakala ej dan shah balik ke lumayan, dalam pukul 8 30 kami berlima bergerak ke rumah uncle, sampai sahaja di rumah uncle, punyalah terkejut bila akak tengok takder orang pun kat ruang tamu, hanya yang ada sepupu sepapat akak, dan jugak saudara mara serta mak shahril dan ain sahaja, kami bersalaman, dan terus masuk ke rumah...


oleh kerana tak tahu nak buat apa, kami semua lepak kat luar rumah yang ada dipasang khemah, uncle rupanya dah tempah khemah untuk majlis tersebut, makanan pun dari catering katanya..seperti biasa kami semua mendapat layanan istimewa dari keluarga uncle. Si Ain sibuk menghidangkan air dan jugak kuih untuk kami yer..kelas tak? orang lain tak makan lagi, kami semua dah dapat makanan yer..diingatkan kami bukannya lapar yer, tapi bila dah makanan depan mata, kami pun makan dengan sopan sekali..


tup tup hujan lah pulak. kami terpaksa tukar port pulak, berangkutlah kami dengan makanan dan minuman itu sekali...ain pulak offer nak buat teh tarik..pergh elok sangatlah tu, sekarang kan ujan, kena pulak teh tarik panas, yummy, bukan sahaja teh tarik yang dihidangkan, malahan dengan kuih tambahan yer...aiyoo ain..malaulah akak macam nie. sedang kami berbual bual, datang lah beberapa rombongan pakcik pakcik dari masjid, oleh kerana bilangan tetamu sangat ramai,. maka ada yang terpaksa duduk di luar yer..dinilah pakcik pakcik tu memandang kami berlima, yang pakai baju melayu masa tu akak dan shah sahaja, yang lain ala ala nak pi parti besday ajer lagaknya....amponnn..


"eh napa diaorang dapat makan yer ?" tanya seorang pakcik tua yang tiada gigi. dari tadi pakcik ittew memang memasang hasad dengkinya dalam hatinya yer..asyik memandang dengan jaki ajer...kami mendengar apa yang dicakapkan oleh pakcik ittew yer, tapi buat buat bodoh ajer, malas nak memariekan diri...


memang betul lah, pakcik tu memang tak puas hati asyik memandangg kami dan kadang kadang dia berbisik dengan groupnya, mungkin komplen pasal pakaian pulak kot, akak pulak rasa serba salah sebab tak masuk ke dalam rumah sebab majlis bermula, akhirnya akak mengambil keptusan untuk masuk dan menyertai majlis tersebut, hampeh, bila semua tempat dah penoh, terpaksalah akak keluar semula....


pakcik pakcik tu masih ada lagi, uncle pulak bz sampai takder masa nak tegor akak nie, tak per akak paham.... selepas majlis tu dah setel, kami pun pi ambik makanan yer, maklumlah meja kami sangat dekat dengan tempat makanan, kami mendahului para jemputan lain, disini lah pakcik itu mula melaser nya..


buat pengetahuan pembaca, geng geng akak nie ada membeli handbag ala ala datin datin gittew, tapi jangan salah anggap handbag mereka bukan jenis makcik makcik yer, diulangi bukan macam makcik makcik, nampak smart bila mereka pakai..... yang penting berjenama yer, ada macam macam warna yer, yang penting senang bawak handbag boleh letak macam macam yer. orang yang menjadi perintis handbag ini ialah mr firdee yer, dialah yang memulakan segalanya..dan akhirnya berjangkit kepada adik beradik yang lain yer...


so kak farah dan ej nie nak pi ambik makanan, tak kan nak tinggalkan handbag itteww sahaja di atas mejakan sebab kami berlima sekaligus ambik makanan yer...so ej dan kak farah mengepit handbag itteww di ketiak mereka, ala ala women gitewwkan..akak tak dengar apa yang pakcik tu laser, sebaik sahaja kami sampai dimeja makan, dan makan, si ej dan kak farah membuka cerita


" uuuuu ( tarik panjang macam kak farah cakap yer ) dengar tak pakcik yang takder gigi tu cakap? "zaman sekarang nie bukan ajer pompuan bawak handbag, lelaki pun bawak handbag..berkali kali pakcik tu cakap..ingat kan dia nak sound sapa, tapi rasanya kita berdua sahaja yang bawak handbang kan......" terang kak farah dengan panjang lebar sambil mengunyah makanan yer..sangat women kak farah masa ittewww


akak bukan main terkejut lagi, ej pun mengiyakan kenyataan kak farah itteww yer...hish hish....tak sangka pakcik itteww masih berdendam yer..sangat hanjing yer....sampai ke tempat makan tu pun melaser lagi katanya..maklumlah kami nie group group chantek, diaorang group group miss miss yang tak akan menang, nak jejak top 10 tak akan yer.....opsss berangan pulak..


dan kes handbag ini telah menjadi buah mulut dimajlis ittew, namun pakcik akak telah membidas kenyataan kenyataan yang berunsur fitnah ittew yer...nantikan ....dan yang penting kak farah dan ej sangat glamer malam itu, mengalahkan baby yang cukur jambul yer...tahniah uolsss

lawatan dari peminat katanya...cayer ker peminat

akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping keluarga , teman dan orang yang tersayang yer....akak disini sahaja sihat ...dan bergembira disamping dengan teman teman yang tersayang..sekarang nie hari hari nampak ujan sahajakan....so sejuk sangat..mood mengantuk pun datang katanya....

dalam pukul 8 malam , tak ingat sangat waktunya, akak dapat terima panggilan dari ej yang bertanyakan lokasi akak masa ittew, dan akak masa itu dalam kereta adik menuju ke leissure mall untuk membayar bil talipon. pastu ej ada sms bagitau ada peminat nak jumpa akak katanya..dan dalam masa yang sama akak ada berjanji dengan firdee untuk makan jugak.

akak tak dapat memenuhi undangan tersebut, dan akak mencadangkan supaya kami berpecah dua group. ej makan dengan hans dan kawan kawan, akak akan makan dengan firdee serta akiko..tapi ej memang pandai memujuk, dengan nada yang sayu, ej terus memujuk akak yer...itulah kelemahan akak, apabila mudah cair dengan suara ej itteww..kelas kan ej kan...mesti si shah lemas dengan sore itteww kan..

so apabila nak dekat sampai, firdee pulak bertanya lokasi akak pulak yer, so akak pun bagitau nak dekat sampai. adik akak pun hantar depan lumayan, tengah tengah catwalk ada sebuah kereta yang agak laju cuba melanggar akak yer..wah wah..kelas kereta ittewkan..rupa rupanya akiko yer...sentap akak ..heheheh cuba melanggar kak maria katanya..akak pun naik keta , dan pose pose pi parking kat tempat letak keta...

kami naik ke atas rumah firdee dan ej, ketuk punya ketuk, tak bukak jugak...last last kami nampaklah peminat katanya..chantek chantek mereka, ada 3 orang katanya..tapi lupa nak tanya nama pulak. honestly mereka sangat chantek...baik pulak..dan tak segan segan dengan kami semua...sempat jugak akak berborak dengan mereka, dan mereka jugak sempat berkenalan dengan akiko dan juga firdee.. mereka memuji muka firdee yang comel ittew..wah wah wah...

kami terus planning nak pi kedai kak lahar, akak terus kol kak misha omar agar bergerak ke sana, akak pulak dan daylan menuju ke leissure mall, ej , hans dan firdee pulak menuju ke kedai kak lahar, selepas sahaja akak membayar bil , terus ke kedai kak lahar. diaorang tengah borak borak...akak duduk sebelah akiko dan salah sorang peminat katanya...seperti biasa meja kami menjadi tumpuan yer..maklumlah kali ini ada perempuan pulak katanya...so motif memandang...ikut cara firdee cakap yer...

akak jugak sempat bergurau dengan pekerja tomyam dengan mengatakan bahawa salah seorang dari mereka tu bakal tunang akak yer, apa lagi, kak lahar mestilah menyampaikan berita tersebut, ala ala internet bergerak gittewkan...kami makan sambil berbual bual yer...sempat jugak diaorang tunjukkan gambar mereka mandi air terjun yer...akak tengok lah gambar tersebut sambil melahar rina diaorang nie

mereka terpaksa balik awal yer..so mereka bergerak terlebih dahulu..so tinggallah akak, kak misha, daylan, ej dan firdee sahaja, tak ada apa apa yang kami bualkan ...tak der idea langsung nak berbual yer...masa nak balik tu, si apis pulak datang..last minute yer...

oklah kepada para peminat tersebut, terima kasih kerana datang dari u mana yer? erm entah lah lupa...tapi u yang hebat jugak tu kan... jangan malu malu nak datang lagi, kalau nak datang, bagitau awal awal supaya akak dapat membuat lawak lawk banggang kepada uols yer..hari ini akak sangat penat yer.....yang penting anda semua sangat sangat chantek yer..terus kan belaajar sehingga graduat yer..insya allah....

tagged of firdee katanya.....


akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping keluarga, teman dan orang yang tersayang yer....akak disini pun sihat sahaja, alhamdulillah, rasa penat dan mengantok sikit nie.tapi demi blog yang terchenta, akak gagahkan untuk menaipnya yer..tambahan pula hari dah semakin gelap. so akak pun tak mahu keluar awal dari cc dan taip entry nie...


akak telah ditagged oleh kawan akak iaitu mr firdee yer, firdee lah orang yang pertama mengajar dan memperkenalkan akak di dalam dunia blog, masa tu tahun lepas , dalam bulan febuari rasanya, dia mengajar akak secara online untuk membuat blog katanya...alhamdulillah atas tunjuk ajar beliau, akhirnya akak berjaya mempunyai blog yang amat akak sayangi yer...mengenali diri firdee ini agak sukar untuk ditafsirkan secara luaran kerana firdee ini kadang kadang ok, kadang kadang dia suka melahar akak , namun dah kenal siapa dia, akak ok sahaja...dah lama jugak kami berkawan dan sekarang ini akak sedang mengusahakan pusat tuisyen yang di buka oleh firdee. mendoakan agar pusat tuisyen atau lebih dikenali institut dinamis menjadi satu percubaan pertama firdee untuk melangkah dalam dunia perniagaan, dan dia mengamanahkan akak untuk menjalankanya.....terima kasih firdee...tak perlulah bercerita secara panjang lebar mengenai firdee, baca sahaja entry entry lama , mesti anda mengetahui sedikit sebanyak mengenai firdee nie..


berbalik semula pada tugasan yang diberikan, akak akan menceritakan pasal diri ini


1. seorang yang sangat suka buat lawak..selalu menjadi pengacara di dalam keluarga 69 dan selalu menjadi pelawak walaupun ketika ituu melawat am di hospital yer..tetap melawak


2.dulu seorang yang panas baran yer..suka sangat bergadoh, pukul orang, pukul pondan, sekarang alhamdulillah,selepas menjadi seorang guru dan pendidik bangsa, panas baran tu dah ok sedikit, lebih bersifat penyayang lah konon kononnya..


3. sangat suka dengan budak budak lah..yup. tak nafikan suka dengan budak budak terutama baby . ada seorang baby yang comel di kedai jaya tomyam yang sangat comel, akak sangat sayang. kalau mengajar tuisyen lebih suka mengajar budak sekolah rendah daripada menengah...tapi kalau yang menengah tu handsome, boleh ajer


4.tidak percaya dengan cinta sejati sebab pernah putus cinta setelah bercinta 6 tahun, masih lagi mengharap menemui cinta yang akan kekal ..atleast bertahun tahun lah..tak reti sangat bercinta kejap kejap..yang terpaling cepat, dengan my baby, 4 bulan ..sangat kelas...


5.sekarang ada adik beradik 69 yang banyak membantu diantara satu sama lain..sangat sayang dengan adik beradik ini walaupun bukan sedarah sedaging katanya..ketulusan hati uolss semua amat dihargai yer...


6.sangat takut dengan kucing, tapi baru baru nie sayang pulak dengan snowie dan buffy yer..erm oklah, rasa macam nak bela kucing pulak nanti..nantilah kalau dah berani, boleh lah bela, masa kecik kecik dulu pernah kena cakar kat muka,sejak tu memang sangat takut dengan kucing ok


7.kalau firdee tak suka orang memandang, akak suka memandang orang yer terutama yang chantek atau yang handsome..sangat suka memandang sampaikan sangat obvious perbuatan akak itu, selalu ditegur oleh kenkawan yer...tapi nak buat macam mana, suka memandang pada naratiwat terutamanya....


8.suka main boling..yup..kalau baca dalam blog semua orang dah tahu yer..


9.terasa nak bercinta dengan pompuan pulak...pewittttt( hanya firdee yang tahu , sebab kes ini dalam kete dia) entah lah kadang kadang terdetik dalam hati nak bercinta dengan pompuan..entah macam mana rasanyakan....nak coba lah dulu..katanya...walaupun melenggang sebatu dari jauh.


10.suka bercakap dan suka mengajar...dulu cita cita nak jadi peguam katanya..tapi sejarah adusss hancur c 6 katanya dalam spm..so kuburkan sahaja niat tu, sekarang nie jadi cikgu tuisyen pun ok gak, asalkan dapat bercakap ......


itu sahaja lah yang akak nak tulis kan..tapi masalahnya...tak tahu nak tasg sapa pulak sebab semuanya telah di tagged oleh firdee..aiyooo mateilah akak, tak leh buat business mlm katanya..sebab tak pandai cari tapak katanya..paham kah?

semua dah setel


akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua sihat dan bergembira disamping keluarga , teman dan orang yang tersayang .....akak disini sihat sahaja...alhamdulillah tapi agak penat..bukan penat sikit, penat sangat lah...nie sekarang kat umah firdee...ada kak misha sekali nie... kami tengok miss asia..yang pernah firdee masok...

oklah sekarang nie akak nak cerita pasal majlis pertunangan antara adik akak iaitu aboy dan bakal isterinya mimi. kami balik ke kampung pukul 9 .30 malam , mula mula ada 2 kereta yang pi, pastu tup tup tambah lagi 2 kereta, jadi ada 4 kereta yang konvoi pi seremban...yang penting kawan kawan adik aku nie ala ala set aku jugak yer....oleh kerana ramai antara kenkawan adik aku tak tahu jalan nak pi seremban, so aku pun tumpang dengan seorang kawan adik aku, erm not bad..memang aku dah aim kereta kawan adik aku tu. gulp gulp...

selepas adik aku datang amik aku di kedai kak lahar, kami terus ke rumah kakak di flat sri melaka , apabila semua dah setel kami pun ke seremban, kami pun konvoi ramai ramai ke seremban yer..dalam 1 jam kemudian kami sampai di dalam perjalanan aku sempat berbual dengan kawan adik aku yang namanya sham yer... .... kami tak jadi balik kampung di batu kikir katanya.... dah penat pastu lapar pulak tu...sampai sampai ajer makan dan ayah serta pakcik pakcik lain dah ada yer...kami makan sampai tak ingat dunia..sangat lapura laupun yer... best betul masakan mak ...lepas makan rupa rupanya ada hantaran yang tak siap lagi yer...lor, kami semua pun bertungkus lumus buat hantaran tu...


kawan kawan adik yang lain dah mula nak tidur, tapi bila mendengar kami adik beradik berbual, terus diaorang bangun, dan masuk borak sekali. setelah ditegur oleh ayah agar semua orang tidur sebab kami akan bertolak awal dalam pukul 8 pagi, so kami pun masuk tidur, aku tak lah tido sangat lah sebab teringat kat narathiwat katanya...


tup tup, pagi tu aku terdengar sore bising di dapur, semua orang dah bangun dan dah mandi yer, aku sorang ajer yang belum mandi lagi. so aku cepat cepat mandi, pakai baju melayu warna hijau , dan bunga di poket paling atas yer....tak lupa juga dengan calitan revlon di muka..apabila dah rasa sangat chantek , aku pun pose pose kat luar..masa tu dah dekat pukul 8 pagi..ayah bagitau ada bacaan doa selamat untuk adik aku.oh ingatkan terus gerak, ayah tak jemput ramai lah..


dalam pukul 8 15 pagi, imam pun datang untuk bacaan doa, sebelum tu sempat berbual dengan ayah aku..


"yang mana satu yang akan bertunang nie ?" tanya pak imam tu kepada ayah


"hah..oh nie hah..anak bujang ese" terang ayah sambil menunjukkan ke arah adik aku yang tengah pose pose malu gitteww...


"oh yang tu pulak sapa?" tanya imam itu kepada ayah aku . masa tu akak tengah pose pose buat air nescafe..ngantok lah uolsss..


"tu abang dia..belum kahwin lagi, umo dah 33 tahun.." terang ayah sambil tersenyum. kesian ayah ..setiap kali orang menagajukan soalan kahwin, dia lah akan memberi alasan....


"oh nie dah kira langkah bendul lah nie ek..eh bukan, langkah tiang lah nie heheheh" buat lawak pulak imam ittew yer....


akak hanya mendiamkan diri sahaja, sentap sikit ajer, ayah segera menunjukkan isyarat kat akak supaya duduk disebelahnya untuk memulakan bacaan doa ittew. selepas membaca doa, sedikit jamuan diberikan kepada para tetamu, lepas siap kemas kemas, kami pun segera bertolak ke shah alam ...


perjalanan konvoi 5 buah kereta ini ke shah alam satu pengalaman yang menyeronokkan, sampai sahaja tol senawang, 2 buah kereta uncle aku pun sampai, wah sekarang nie dah menjadi 7 buah kereta, semakin membiak kereta kereta yer..membiak katanya....kami berhenti sekejap untuk buang air, dan meneruskan perjalanan...


dalam pukul 12 00 tengahari, kami sampai ke rumah tunang adik aku, nampaknya ada 3 pasang khemah berdiri megah di hadapan jalan raya, tema khemah pink putih, kami pulak tema hantaran hijau putih yer....kami beratur dan bersiap untuk berarak masuk ke rumah, dimulai oleh ayah dan mak aku serta pakcik pakcik yang lain, orang orang muda dibelakang la ek....


kami disambut dengan mesra oleh pihak tuan rumah, bersalaman dan berpelukkan antara satu sama lain, mata aku dah mula nak scan , manalah tahu ada tetamu yang melatops katanya kan..tapi sedihhhhh..nan ado lah..takperlah tujuan aku pun nak pi hantar adik pi tunang gittewkan....kami semua duduk di ruang tamu, tuan rumah memulakan majlis dengan bacaan doa, pastu mulakan adat majlis pertunangan..tapi agak simple sahaja.


apabila semuanya dah setel, tarikh perkahwinan , wang hantaran dan mas kahwin , alhamdulilah, kami semua di jemput makan di khemah.. lauk nya manis manis belaka, so kami orang negeri sembilan nie rasa pelik sikit, maklumlah orang kelantan nie lauk manis manis belaka lah ...sebab lapar punya pasal, kami sental ajer...dalam pukul 1 30 petang, rombongan dari negeri sembilan nak beransur pulang..


disini akak agak sentap, sebab pada mulanya adik dan kakak dah berjanji nak hantar terus ke pandanjaya, so tak perlah, tup tup planning dah kena tukar pulak katanya...sakitlah hati, diaorang pujuk balik ke seremban balik, hish aku malas nak balik seremban, aku cadang nak balik ke pandan jaya. so aku cadangkan diaorang hantar aku balik ke komuter seremban, erm nak buat macam mana , terpaksa patah balik lah nampaknya..dalam kereta aku pun pose pose muka sentap ....


sampai sahaja di seremban, ya allah ramai pulak orangnya..yang penting bukan warga malaysia yer, warga asing katanya.....aku beratur dan beli tiket, selepas 3 train terlepas, akhirnya train yang keempat aku berjaya naik walaupun terpaksa berdiri dari seremban ke bandar tasik selatan..apa apa pun semuanya dah setel ..alhamdulillah....tapi ada lagi yer, kemungkinan besar adik lelaki yang bongsu pulak akan bertunang bulan depan..aiyooooooo













jaya tomyam


akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping keluarga, teman dan orang yang tersayang yer..akak disini sihat sahaja yer..sekarang nak taip entry kali ke 2..maklumlah takut nanti busy pulak kan..so baik taip terus banyak banyak kan...


oklah dah tengok tajuk entry kita kali ini...sekarang ini akak nak cerita pasal satu port makan yang terdapat di pandanjaya, memandangkan akak nie ala ala kak maria, pengacara jalan jalan cari makan, so akak nak kenalkan satu tempat makan yang popular lah jugak kat pandanjaya.


Jaya tomyam merupakan port adik adik, golongan haluan kiri, atau gaguxion dan akak akak yer, bukan itu sahaja malahan lelaki str8 dan chekki pun ada makan di kawasan itu, Jaya tomyam terletak di depan sekolah saloon rambut iaitu pivot katanya..Jaya tomyam juga terletak ditengah tengah deretan kedai ..sangat startegik sekali.....


Jaya tomyam dimiliki oleh seorang lelaki yang bernama Encik Mat yer, akak memang sangat rapat dengan cik Mat nie, dan mempunyai seorang isteri yang cantik tapi nampak garang dengan pekerja...cik mat dan isterinya dikurniakan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 orang perempuan, keempat empat anak cik mat ini pun boleh lah ngam dengan akak.


jaya tomyam menawarkan pelbagai makanan ala ala thai, tukang masak yang paling popular ialah kak pah katanya..kalau geng geng akak pi makan, kami akan order begini.."erm satu nasik goreng kampung kak pah " hah begitulah bunyi ordernya iaitu menunjukkan kami meminta agar kak pah yang masak..tak kiralah apa apa pun order makanan, mesti dihujngnya ialah kak pah..kak pah memang masak sedap uolsss..best sangat..


lagi satu tukang masak, lelaki namaya lah..tapi dia baru lagi kat jaya tomyam, maka akak tak leh terang pasal dia banyak banyak lah yer, namun lah nie sudah berumahtangga , dia nie pendiam sangat, tak banyak cakap, kadang kadang bila akak lepak umah diorang kat atas, si lah hanya suka mendengar sahaja...


seorang lagi namanya ialah "ya"..muda lagi 19 tahun rasanya...tugas dia "baca bil" katanya..dengan kata lain, setiap orang yang order akan dibaca oleh "ya "di dapur, dan menjadi tugas tukang masak untuk masak apa yang "ya" baca tadi, "ya" nie ting tong gak, kadang kadang buat muka dengan geng geng kami, macam pandang slack ajer..kadang kadang bukan main baik dengan kita, berambut panjang...muka boleh lah...stok geli geli ajer kot....tapi ada jugak dengar dengar pondan minat dengan dia kot


ok..selepas itu ada seoarang wanita yang kami panggil kak lahar..yup napa namaya lahar sebab dia suka melahar pepondan yer..kalau dia tintong kadang kadang dia tak tahu apa yang dia cakap uolss..di laharnya semua ok dapat?..itu yang kami takut, lagi satu perangai dia ialah, bila ajer pepondan nie bercerita, tup tup ada ajer kak lahar memasang telinga gitteww kan..sambil mendengar pondan mengumpat yer..bahayakan...heheheheh..kaka lahar nie paling glamer dikalangan pondan..ramai pondan baik dengan dia yer...dengan kata lain rahsia pepondan banyak ditangan dia ...


kita masuk ke bahagian ambik order yer..nie ada ramai, ada pian, rahim , ramli dan din, semua nya lelaki yang ambik order. antara 4 orang tu yang paling popular ialah pian yer..boleh lah tahan, dengar dengar ramai pondan menaruh hati katanya..takut jugak akak dengar...sebab pian nie diorang kata comel..ye ker..akak tengok boleh lah tahan, comel lagi si rahim ms kot...ramli nie pendiam sangat..kat kedai diam, kat umah pun diam. si rahim pulak, dah berkahwin, badan nampak ok..baik..selalu kasi akak diskaun yer...si din pulak ting tong. suka dengan si am katanya...tapi diaorang nie kalau ramai customer lembab sikit yer


dan yang terakhir, orang paling lama di jaya tomyam iaitu mat..lebih dikenali sebagai mat tomyam yer, membuat western katanya,,selalu memakai baju berwarna hitam, merah atau kuning, dengan kata lain warna baju yang terang terang yer...paling glamer dan malatops..maklumlah ada rupa sikit diantara yang lain ...kadang kadang berangan handsome..pose pose kat tempat memotong buah tu katanya....


itulah serba sedikit pasal jaya tomyam yer...kalau ada masa datang lah ke sana yer....

bersalahkah aku.....


akum semua...? sihat? alhamdulillah kalau semuaorang sihat disamping keluarga, teman dan insan yang tersayang ....akak disini pun sihat jugak lah...alhamdulillah ...hanya penat dan tak cukup tido sahaja yer..


oklah dah tengok tajuk entry kali ini...hehehe oklah akak nak cerita sedikit pasal apa yang berlaku pada tengahari tadi..mula mula nak cerita dengan firdee dan akiko masa makan kat taman dagang tadi, sebab rasa malu so pendamkan sahaja dan nak tulis dalam blog sahajalah....


latar tempat : food court jaya jusco

latar masa: 12 00 tengah hari


masa tu akak baru sahaja sampai di food court, rasanya nak makan sahaja disini sahaja...masa tu ramai jugak orang tengah menjamu selera....akak pun ambik makanan yang lite lite ajerlah..berpinar pinar mata mencari tempat kosong yer..tup tup ternampak 4 orang budak lelaki memandang ke arah akak dan melambai lambai...erm memang tak berapa cam sangat, bila seorang dari mereka bangun dan melambai lagi..oh rupa rupanya kenkawan my baby ( ex kapel ) akak yer..akak memang kenal dengan diaorang sejak diaorang sekolah menengah lagi..itulah team team ragbi, bola sepak dan bola baling my ex baby...so dengan langkah yang longlai akak menuju ke meja mereka


diaorang bersungguh sungguh mengajak akak lepak dengan diaorang sebab ada 2 kerusi lagi yang kosong..akak pulak keberatan sebab takut terserempak dengan my ex katanya..namun, bila ditanya mana si ex, diaorang kata my ex pi kuliah ..ada test kitchen katanya ..entah la


si A : abang..mana acap..dah lama kami tak tak nampak....sejak 18 hari bulan lagi..dia mendiamkan diri...


akak: mana abang tahu..kan kamu semua kawan rapat dia kan....


si B: abang gaduh dengan dia ke...dia nampak macam tak ok ajer sejak akhir akhir nie....


akak: mana lah abang tahu....napa pulak dia tak ok..dia tak cerita ker....


si A: biasanya bang..si acap tu kalau dia sms dengan abang ker..kalau tak ok, kami tahu dia tak ok..dia senyap ajer..muka pun nampak lain..kalau ok dengan abang dia happy lah bang..


akak: ye ker..ohh( malas nak ambik tahu)


si c: alah tak rocklah bang gaduh gaduh, kitaorang tahu hubungan abang dengan acap tu....tak payah sorok..cincin pun abang masih pakai lagikan ....


akak: eh mana ada ( sambil tersenyum malu malu dan mneyorokkan cincin ditangan kanan)


si d: kitaorang selalu bahan bahan kan dia bang..dia kalau tengok pompuan ..macam tak ok ajer..tengok jantan..mak aiiii..tengok tengok dia dengan abang..dia tak pernah citer, hanya kami bukan budak budak lagilah, masa kami jumpa dengan abang hari tu, kami tahu abang kapel dengan dia..kami no hal lah bang...


akak: ye ker...kami tak der pe pe lah ....dah putus dah pun


keeempat kenkwan tu pandang ke arah akak


si b: napa bang? napa....


akak: dia kata asyik busy ajer...abang tak percayalah..mesti ada awek lain..tak pun skandal dengan orang lain kot


si c:bang..mana ada ..dia memang sibuk lah bang, saya satu kolej dengan dia, hanya hari nie dia ada test kitchen, saya dah lepas, kami memang sibuk dengan projek final year kami bang..kami bukan ambik kursus lain bang..nie kitchen arr..banyak sangat projek, dia pun macam tak larat nak ulang alik dari cheras ke shah alam....


akak: ye lah tu...kau memang nak backing dia kan...hehehehe


si c: mana ada bang..betul betul dia busy arr bang....tapi dia sms abang tak?


akak: ada lah sms, tapi itu pun abang yang mulakan dulu..nak harapkan dia ..ermmm


si a: oklah tu..dia balas kan...


akak: ada lah jugak...


si b: dia tu keras hati bang..kalau dah jadi macam nie, mesti dia tak reply sms dan jawab kol kan


akak: yup..tapi lantak dia lah....


si d: dia selalu citer pasal abang kat kami, dia macam sayang kat abang lah....


akak: oh ye ker...dah arr borak pasal lain ok?


perbualan pasal my ex terhenti disitu...kami berbincang pasal benda lain, apatah lagi pukul 2 mesti berada di pusat tuisyen yer....dalam hati akak terus bertanya..bersalah aku sebab tidak memahami kesibukkan my ex..entah lah....nasi dah jadi bubur


soalan dan jawapan.....


akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping keluaraga , teman dan orang yang tersayang yer..akak pun sihat sahaja..alhamdulillah . tapi agak penat sedikit dengan tuisyen sebab kena ganti kelas sempena tahun baru cina yer..hehehe nie baru ajer balik makan dengan kak farah , hans, akiko dan firdee yer....dan terus ke kedai kak hah untuk menolong kak hah masukkan duit dalam akaun bank....


tup tup sampai sana, terjumpa dengan mat, ya, kak pah dan kak hah, ramli begitu gigih membasuh kedai katanya..heheheh terus kak hah ajak pi bank...pastu terus kol kak misha omar kita yer..katanya nak ke "spa"..haruslah malam malam ke "spa" kan kak misha? dapat? mestilah dapat kan?heheheheh


oklah mari kita tengok beberapa soalan yang telah diajukan oleh beberapa pembaca budiman yang ditulis melalui email yer....kelaskan pembaca meng"email" akak ..terima kasih yer kepada yang sudi membuang masa untuk mengemail akak..tanpa membuang masa kita mula akan dengan soalan yeng pertama


soalan :"akum kak maria @ cikgu irfan, saya merupakan pembaca blog akak nie..sangat teruja dengan apa yang ditulis oleh akak...saya merupakan pembaca blog akak yang setia ( mekacih yer )..soalan saya ialah..mengapa akak suka dengan kaum sejenis ( mulut kau ) dan tak mahu berubah ker ....itu sahaja, sekian terima kasih...tut tut tut ( panggilan terputus pulak yer ) motif tadi kau kata peminat kau tulis email, pastu ada bunyi talipon putus napa pulak kak maria oiiii(peminat dari seri serdang katanya )


jawapan: erm terima kasih yer soalan yang diberikan? eh dari mana datang pemanggil itu yer..opsss dari seri serdang yer..oklah terima kasih baca blog akak yang tak seberapa ini, lite lite ajer katanya...menjurus kepada soalan tadi...( sambil berwajah serius dan membetulkan tudung dan juga tali bra yang terselit tadi) ermmm saya suka dengan kaum sejenis..wah wah wah...mulut kau..sah sah aku nie akak kan..women lah aku nie, mestilah suka lelaki uolss oiii..opss sorry lah, erm sebenarnya itu adalah perasaan sahaja, kalau boleh aku pun tak mahu dilahirkan suka lelaki kan...tapi dah ada feeling macam mana ...lagipun aku pun jalan ala ala catwalk..nak ker pompuan dengan aku nie...yang berjalan catwalk..untunglah jugak aku suka lelaki, kalau aku suka binatang? cam no? pasal nak berubah tu..nantilah..aklau nak berubah jadi lelaki betul tu tak der masalah, sebab aku memang laki pun, hanya perasaan dan cara berjalan sahaja yang pelik...insya allah, kalau dah berubah nanti saya email atau kol awak yer...


soalan ke 2: akum akak maria ...apa khabar? saya nak tanya kak maria pasal cinta lah...macam mana kak maria menjalani kehidupan selepas bercerai dengan suami kak maria...adakah kak maria tingtong? atau kak maria tabah? boleh tak kasi tips tips yang berguna untuk menjalani kehidupan selepas putus cinta.....(dari ipoh perak)


jawapan: wasalam yer dik...sebelum nie nak tanyalah ..adik nie laki ker pompuan..atau khunsa opsss terlahar pulak dik oiiii..akak dah konpius sebab nama adik ala ala women gitteww(maaf yer, email tak leh dinyatakan dalam blog nie yer) oklah , akak anggap adik nie macam golongan obor obor jugak lah ek....erm nak tips ker uols? erm rasanya akak nie bukan doktor cinta lah..sebab kalau akak putus cinta, akak pun rujuk kat kenkawan ajer kan..tapi kalau kita putus cinta tipulah kita tak sedihkan dik kan? biasalah mesti sedih...bergantung tahap cinta adik pada dia lah..kalau sangat sayang mungkin kita jadi ting tong yang teramat kan....bagi akak macam nielah..sebelum adik nak clash atau di clashkan..adik mesti ada spare part yer..so lepas clash ajer, terus pose pose dengan orang baru tu..so taklah sedih sangat kot..itu lah yang akak mampu cakap lah ....


soalan ke 3: nak pendapat akak yer..macam mana kita nak pikat laki yer kak? macam susah nak dapat ajer sekarang lah kak ...tolonglah saya kak..saya dah ger ger nie.....uhuk (peminat misteri dari pandan indah )


jawapan: amboi tak kasi salam ker dik oii? adakah adik nie bukan islam..opsss sensitif nie..oklah mungkin adik nak cepat kan taip ek..oklah cara nak pikat laki, sebelum nak tanya , adik nie suka laki yang macam mana ek, sebab laki nie banyak kategori, golongan macam kita pun boleh dikategorikan lelaki jugak, adakah adik suka dengan lelaki str8 ek..oklah kalau nak laki str8 nie, banyak cara yang adik gunakan..tengok lah laki yang suka dengan pondan ker....atau laki yang suka dengan laki lembut yang macam akak nie ker...tengok jenis lah dik..atau suka gay yang keras ker..bergantung dik oii..kalau adik suka laki str8, apa kata pi farmasi, beli ajer pil hormon dik, makan sebiji sehari tau, jangan kau bantai 4 biji sehari....pastu kalau dah women, jangan risau dik, ramai jantan carik adik, tengok ajer kawan akak, kak msiha omar, malam malam adik konsert percuma...pastu adik kena berlakon jadi lady diana depan jantan yer dik..buat buat baik lah depan jantan tu, kalau nampak kucing nak kena langgar, cepat cepat stopkan kete itu, pose ambik kucing dan letak ke tepi sambil membelai kucing tu, mesti jantan tu terkeseima dengan adik yang sanggup mengorbankan diri semata mata nak selamatkan kucing iteww..tapi mesti diingati, perbuatan itu mesti depan jantan yer....


oklah nanti akak akan taipkan lagi lah yer...cc nie nak tutop pulak hanjing tul..masa aku dapat idea yang mencurah curah nie lah cc nie nak tutup katanya..boleh? oklah nanti akan publish lagi soalan soalan yer.....nantikan

tolonglah akak

akum semua..apa khabar?sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping keluarga yang tersayang mahupun teman teman yang tersayang..semoga hidup anda senantiasa ceria selalu...

anda happy hari ini? apa yang membuatkan anda happy atau gembira? baguslah pada yang happy dan gembira pada hari ini ..namun yang tak happy jangan risau..insya allah anda akan happy jugak satu hari nanti yer....

saya nak tanya para pembaca satu beberapa soalan yer....dan sama ada anda nak jawab atau tidak bergantung kepada anda sendiri yer....boleh jawab melalui komen yer..harap sangat anda semua memberi jawapan yang bernas..baik lah cuba lihat satu senario ini

senario A:

andaikan seoarang mamat yang saya boleh namakan si A telah meminati seorang lalki yang saya boleh namakan si B. pada mulanya perhubungan mereka sebagai kawan, alam lam si a mula meminati si B. Si A nie tak pasti sama ada si B suka atau tidak dengan dia..so dia pun berangan lah dengan si B tiap tiap hari. entah mengapa si B macam berubah hati....bila berjumpa tak nak bercakap...nak tegur lagi..membuatkan si A berasa bersalah dan tak senang nak duduk yer..si A pulak takut nak bertanya pada si B , punca mengapa si B berbuat demikian..so perhubungan mereka menjadi semakin renggang..si A dah berbuat macam macam pada si B untuk mengambil hati si B, namun macam tak berbaloi...apa yang patut si A buat sekarang..adakah si A terus bertahan? atau si A melupakan ajer si B ? atau si A mesti bertemu dengan si B dan bertanyakan apa silapnya..tolonglah saya..

oklah..itu sahaja yang akak nak tulis dan minta pendapat anda semua..tata......

andai itu yang kau mahu


pandangan dari sudut hatiku







akum semua ...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping keluarga dan teman yang tersayang yer..akak disini pun sihat sahaja tapi agak mengantuk sedikit sebab hujan katanya sekarang nie..so dengan menggunakan masa rehat 1 jam , pukul 7 hingga 8 malam, akak terus gagah meredah hujan untuk membaca blog orang lain sambil pulak menulis blog katanya..ala ala 2 in 1 katanya...






namun keceriaan akak hari ini dikejutkan dengan blog kak farah , kak lang yang tersayang....apabila mebaca satu demi satu bait perkataan yang tertera di skrin komputer, akak rasa amat terkejut sekali yer, sambil mengerut ngerutkan dahi membaca blog kak farah ittew...kes bukan lah besar sangat bagi akak, namun kalau tak ditangani dengan baik sudah pasti akan menjadi semakin komplikated katanya..apatah lagi perkara yang sama baru sahaja berlaku dalam hidup akak, sama ajer, yang terbalik nya ialah acap menjadi watak kak farah, manakala hans pulak menjadi watak akak pulak yer..mari kita tengok sedutan blog kak farahyer....


dan baru2 nie, aku telah diberitahu yg aku kene gi Jepun untuk menghadiri meeting bersama org2 dari Nippon Steel dan jugak Petronas. well, frankly mmg aku happy. iye la, dapat balik kg... sure la happy kan! so, perkabaran nie aku sampaikan kat Hans, dengan harapan dia pun tumpang hapy sama. tapi lain pulak yg jadi. Hans terus diam n termenung panjang. puas aku pujuk, sampaikan terpaksa buat lawak bodo lagik. tapi dia tetap camtu gak. dok termenung jer. last2 dengan kuat dia menumbuk dashboard kete wira aku (nasib baik tak kemek..tau jer la quality wira nie..). terkejut aku!
pastu terus dia kata, " U pilih I ker, atau pilih keje U? coz I tak leh terima keadaan camnie... mula2 seminggu, pastu nanti sebulan lak... carik keje lain jer la", luahan hati Hans. aku terdiam. geram ada, sedih ada, terkejut pun ada. iye la, patutnye dia lebih supportive toward kerjaya aku. ni tak, dia pulak suruh aku buat pilihan. mana boleh aku pilih 2 benda yg berbeza. its unfair!
aku sayangkan kerje aku skrg, sbb nie adalah turning point dlm kerjaya aku dan life aku. aku tak tau berapa lama aku akan keje kat sini, coz aku anggap keje sekarang sebagai batu loncatan utk aku menapak lebih "jauh" lagik. banyak lagik yg aku belum capai dalam hidup nie...dan pastinye jugak aku sygkan Hans. iye la, dah bertahun menjanda, akhirnye aku dipertemukan dengan seorng lelaki yg menyayangi aku seadanye (mude pulak tu..oppss!). dan aku mengharapkan agar hubungan aku kali nie akan kekal selama mungkin...


apa yang berlaku sekarang ini akak farah tersepit di tengah tengah yer...demi mengejar cita citanya dan jugak kerjaya di samping mengejar cinta..teringat lagi kata kata cikgu di sekolah menengah dulu iaitu "cinta dan cita cita adalah dua perkara yang berbeza...jadi, kamu pelajar pelajar yang cikgu sayangi pilihlah mana yang terbaik, kalau kamu dapat seimbangkan kedua dua amatlah bertuah ....

tujuan cikgu akak cakap masa tu sebab kebanyakkan kami ( semasa tu form 5 yer) bercinta ..ala ala cinta monyet, jadi cikgu kelas pun nasihatkan kami kerana masa tu kami masa muda lagi, hala tuju pun tak ada, tup tup nak bercinta pulak...lain pulak kes dengan kak farah, kak farah dah menjangkau 30 tahun, bukan 17 tahun, dan hans pun dah menjangkau 21 tahun yer...masing masing berada era yang berbeza...kak farah sudah pasti fokus utamanya ialah kerjaya bukan? sebab orang yang berkerjaya kena fokus kerjaya yang ada, namun tidak boleh menolak cinta secara total..diulangi tidak boleh menolak cinta secara total.....

manakala hans pulak masih lagi menuntut, sudah pasti memerlukan seseorang yang boleh menyokongnya sehingga tamat di peringkat ijazah, dah golongan yang usianya begini sudah pasti jugak tidak boleh menolak cinta secara total...namun dalam kehidupan ini konsep kos lepas ( wah ekonomi gittew kan) memang sentiasa ada....jadi kita harus berfikir panjang sebelum membuat sesuatu keputusan....membuang cinta demi satu kejayaan mungkin satu pengorbanan yang besar...bagi kak farah dan hans, cuba dengar lagu anuar zain "mungkin" yer....cubalah cari....mungkin tak ada berkaitan kot..tapi cubalah ek...






dalam kes akak pulak pulak, kehilangan acap secara mengejut selama 2 minggu amat menghairankan akak, satu demi satu alasan yang diberikan oleh acap setiap kali akak bertanya bila ingin bersua..sehinggalah akak dah mula muak dsan jemu dengan alasan "busy" tersebut..jangan kaitkan kes akak dengan kak farah secara total yer...namun konsep busy dan tidak memahami antara satu sama lain antara isu yang boleh dikaitkan.....tidak dinafikan kesibukkkan yang dialami mungkin salah satu masalah jugak, namun pikir secara logik, tak lah sibuk sangat sehingga tak boleh jumpa sekejap pun..semua orang diberikan 24 jam, maka kita gunakanlah dengan baik....

apa yang akak pelajari kebanyakkan kita akan memberi alasan busy untuk menyelematkan diri daripada diasak dengan pelbagai soalan..itu yang paling mudah..bila ditanya , jawapan busy merupakan jawapan yang selalu diberikan bukan? so akhirnya dengan tabahnya akak meminta agar perhubungan ini ditamat..bukan lah bermaksud menghasut hans agar mengambil tindakan yang sama seperti akak yer, jangan buat macam tu hans...tapi di pihak hans, haruslah memahami kesibukkan kak farah dalam kerjaya..dia bukan macam orang lain atau adik beradik yang lain yer.,...yang kerjaya vogue seperti hamie, ejay, akiko, firdee memang layak lah mereka sangat sibuk, kalau setakat akak, kak nor, amy dan am mungkin lite lite ajer kot ( maafkan akak kalau tersalah yer)..namun bila kita terjun dalam bidang kerja hans, tidak dinafikan mungkin busy yer.......

bagi kak farah pulak..mungkin kesibukkan itu menjadi satu batu penghalang , namun akak percaya kak farah mempu memberi sedikit ruang dan waktu buat hans..jangan mengharapkan sms sebagai pengikat tali kasih sayang sahaja, sebaik mungkin pergilah bersua walaupun sekejap kerana itulah ubat yang paling mujarab, jangan jadi macam akak dan my baby, kalau rindu sms....tak sampai 10 sms masing masing diam....jumpa langsung tak der..sakit hati jugak...akak faham yang acap final year..dan busy dengan persiapan final, tapi tak pernah nak bagitau pun. bila di sms , dia kata ok..ok kepala hangguk kau...opssss terlahar pulak..

oklah oleh kerana akak tak mahu lagi emo sambil menekan kekunci komputer dengan muka yang beremo ini..so akak tamatkan entry akak nie yer...mengharapkan adik beradik lain yang mempunyai blog memberi pendapat, sudah pasti akak menantikan entry dari firdee dan ejay yang mempunyai pandangan dan nasihat yang berbeda namun berguna untuk kita, kalau nak nasihat secara lisan, boleh lah berjumpa dengan akiko thomsen sunade....

bermulanya disini




akum semuanya...apa khabar?sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan ceria disamping keluarga, teman dan oarang yang disayangi yer..akak disni pun sihat sahaja...tapi semasa menaip entry ini rasa tekak pun dah mula sakit sakit, seperti nak demam katanya...kepala pulak berdenyut denyut pulak..namun tak sabar sabar nak publish entry ini maka akak gagahkan jugak menaiprina yer...




oklah dah tengok tajuk entry kali ini..ianya bermula dengan sms yang diterima sebntar tadi




" haieeee...selamat malam ...u kat mana? sihat ? dah makan? sorry tadi tak dapat ambik u kat pusat tuisyen sebab jalan jam giler.....u kat mana sekarang ?" hairul arsenal 11 20 pm




akak terus membalas sms yang diberikan oleh hairul arsenal tadi sambil menerangkan yang firdee dah ambik akak di pusat tuisyen. akak jugak menerangkan yang akak berada di kedai makan tomyam




"eh betul ker yang u tulis dalam blog? u dah clash dengan my baby u tu ker? mengapa? u dah pikir masak masak ker apa yang u buat? atau u sajer ajer nak buat gegar dalam blog?


heheheh




pertanyaan si hairul ini membuatkan akak merasa tersinggung pulak...napa nak buat gegar dalam blog..apa motifnya kan? hanya nak berkongsi dengan kenkawan apa yang berlaku ..itu sahaja......tak ada guna nak mencanang benda yang tak pasti yer......




"kalau macam tu...adalah peluang aku pulak ek kan.......gurau ajer lah ek...si mat tomyam pulak macam mana? macam kau syok dengan dia ajer...hehehehe..tiap tiap harilah kau pergi sana? "




kali ini akak terkedu..opss yup..akak selalu menceritakan kisah akak dengan mat tomyam di dalam blog..dan akak lupa si hairul membaca,...sah sah pas nie etry ni akan dibaca oleh hairul kan...




"apa apa pun..kau buatlah keputusan yang terbaik dalam hidup kau yer....nanti aku singgah umah kau ...chaowww"




itulah sms yang terakhir dari hairul kepada akak yer..apatah lagi amoi nie susah sangat nak menangkap sms yer.....kepada hairul, aku memang suka kat kau dari dulu lagi (opsss sambil menutup muka dengan kedua dua telapak tangan..pondan sangat kan) dan apa apa pun kalau kita dah sedia ..kita kena jumpa adik beradik 69 ..minta restu diaorang...dan jugak kena jumpa dengan artis jemputan kita kak misha omar yer....dan pada kak misha jangan pulak kau caras laki mak yer..kau tak perlu percaya sangat kan...depan aku sehidup semati ini...belakang aku kau caras laki mak yer...nasib abik si acap tak jumpa kau kan..kalau tak, nampak tahi lalat kau kat dada iteww kan..kau memang mak esah kan...tahi lalat mak esah tukan....


ke[pada adik beradik 69, sabarlah ek..kak long nie masih lagi konpius...kak long tak sechantek adik adik lain...yang ada kawan katanya..tapi kawan muka malatops katanya..sujud....pastu ajak kawan pi downtown...pastu temankan beli rokok..kawan lah sangat kan..ops..gulp gulp..kalau macam tu apa kata kita ramai ramai cari "kawan" ?

lawatan muhibbah dan perhimpunan gaguxion


akum semua..apa khabar? sihat?alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping teman , keluarga dan orang yang tersayang...so macam mana dengan kerja hari ini? maklumlah hari inikan hari isnin, so pasti semua orang macam malas malas nak pi kerja kan?


oklah dah tengok tajuk entry kali ini? yup kali ini akak nak cerita pasal lawatan muhibbah dari kenkawan yang dah lama tak datang dan tak jumpa iaitu nas dan alem...ceritanya begini yer, dalam pukul 8 lebih firdee menghantar sms dan memberitahu yang dia akan datang ke pusat tuisyen, pada awalnya dia tak dapat datang sebab ada hal..tup tup dia hantar sms nak datang..akak pun tak kisah lah kalau dia nak datang...


lagi 10 minit kelas nak abis, dia antar sms yang berbunyi " kalau budak dah turun, tolong tipon yer " so sebaik sahaja anak anak murid turun dari lif, teruis akak kol firdee ...sambil tu pose pose kemas barang di atas meja lah.....tup tup bila pintu pusat tuisyen dikuak, terpacul 3 orang insan yang dah lama akak tak jumpa iaitu ej, nas dan alem yer...punyalah terkejut sangat...si nas siap dsalam ala ala cium tangan katanya...punyalah heppi dan terkejut beruk akak masa ittewww


rupa rupanya firdee berpakaian santai sahaja, patutlah dia tak mahu naik semasa anak anak murid ada tadi, akak paham..kenalah jaga statusnya bukan ? tiba tiba ada seorang anak murid yang parents belum datang lagi, namanya amin khalili, so amin tu naik semula ke pusat tuisyen , sepanjang amin menunggu ayahnya, maka di interview oleh si nas dan alem. apatah lagi si amin tu sangat handsome dan cute lah....


akak pun menghantar amin turun ke bawah, ayahnya dah sampai ....cupp... sebelum hantar amin ke bawah, akak terserempak dengan hans dan kak farah di muka lif..wah ramai sangat lawatan muhibbah kali ini..ala lala mengejut kan...semoga pusat tuisyen firdee ini menempa kejayaan pada hari yang mendatang yer.....akak pun kemas kemas lah meja dan bersiap untuk pulang. apabila air cond dah ditutup, lampu dah semua di tutup jugak, akak pun menguncilah pusat tuisyen, agak mencabar sebab pusat tuisyen tu banyak sangat pintu keselamatannya....


sambil tu si nas dan alem melahar beg kerja akak...ala ala makcik katanya..wah wah wah....tak perlah tak kisah..dalam lif pulak ....akak dapat call dari si azrun yer...tapi takleh cakap lama lama sangat sebab bz berbual dengan kawan kawan. kami decide nak makan kat pandanjaya tempat biasa, apatah lagi kak misha dan amy serta am dah menunggu di situ yer.....dalam keta, akak sempat bertanya pasal ketiak nas dan alem yang senada warnanya..adalah mereka memakai produk untuk mencantikkan ketiak mereka yer? erm emtah lah...hanya mereka sahaja yang ketawa sahaja....meriah dalam kereta tersebut jugak pasal isu warna ketiak yang senada ittew yer.....


sampai sahaja di pandanjaya, kelihatan, am , amy, kak misha dan erry sedang makan disitu yer..akak agak sentap sebab diaorang tak nak sambung meja..tup tup satu meja sahaja...sedangkan ramai sangat yang makan yer....last last si nas yang gagah itteww dan si rahim (pekerja tomyam) angkat meja dan gabungkan...kami pun order..akak sangat tak puas hati dengan layanan diaorang malam nie..servis sangat lembab yer....bila order tu lambat sangat sampainya..sampai 2 atau 3 kali repeat order tersebut...


bila dah sampai makanan, kami pun makan sambil melahar lahar...tak cukup lengkap kalau pepondan kalau tak berjumpa tak melahar ..macam macam lah laharnya..antaranya ialah kak misha melahar akak supaya minum susu anelene ( opss ejaan tak sure) sekiranya ingin mendaki gunung katanya....sebutan akak salah ditapa sejadah " sebenarnya ditepi sejadah", pasal kak farah yang selalu cakap salah iaitu "masuk ke dalam gunung katanya" , dan macam macam lagi lah....ada masa kami tergelak..ada masa kami mendiam kan diri..tapi topik jantan tetap menjadi hidangan yer


kak misha jugak menceritakan pengalaman dia menjadi pondan kepada kami semua...sambil menunjukkan gambar jantannya kepada kami......kami terpegun dengan perubahan yang berlaku pada kak misha yer..sangat hebat perubahan tersebut bukan? bukan itu sahaja, isu beg tangan kak farah, kak ej dan kak firdee ( ala ala set datin datin) pun menjadi buah mulut yer..masing masing mempunyai kelebihan sendiri bukan....


diaorang jugak menegur akak yang selalu bertanya soalan yang berulang ulang apatah lagi akak farah macam tak suka bila akak tanya pasal tempoh hubungan dia dengan si hans......rasa macam dah lama mereka berkapel..tup tup baru 4 bulan sahaja...sempat jugak akak bertanya kepada si hans sama ada memberi kebenaran pada kak farah menyertai pertandingan supermodel nanti..nampaknya hans tak mahu memberi kata putus...


akak jugak sempat menerangkan mengenai pelanggan yang datang pada malam ittew yer..semuanya muka muka yang lama sahaja..dan akak sangat kenal dengan pelanggan yang datang..maklumlah kami ini datang 2 atau 3 kali ke kedai tersebut yer....oleh kerana ramai esok kerja pagi, kami pun bersurai..terasa rindu dengan nas dan alem yer..maklumlah mereka ini sangat jarang nak jumpa dengan akak....selepas salam salam kami pun bersurai


buat nas dan alem..akak sangat terkejut bila uolss datang secara mengejut yer..terima kasih kerana datang melawat pusat tuisyen kami yer....dan kepada ej pulak, napa sedih ajer nie...tak best lah ej tak ceria tau..selalu ceria ..hari nie macam tak ok...biasalah akak paham sangat yer..kepada hans dan kak farah...semoga ceria selalu...tolong lah update blog yer......

teman...sahabat...kekasih..dan musuh......


akum semua...apa khabar? sihat alhamdulillah yer, kalau semua orang sihat dan bergembira disamping teman, sahabat malahan keluarga yang tersayang..akak disini sihat sahaja. alhamdulilah sekarang tengah rehat dari mengajar, so bosan bosan larik kejap ke cyber cafe yang terletak dekat dengan pusat tuiyen....


so macamana kerja hari ini? biasalah hari isnin, kita akan rasa macam malas nak pi kerja, maklumlah semalam kan mesti ramai yang tertonggok depan tibi tengok anugerah juara lagu ...best tak? bagi akak best jugak lah terutama penyanyi tahun nie nampak bersungguh sungguh lah..vokal pun mantap jugak kan terutama faizal tahir...gittewwkan?yang paling tak paham ialah konsep farah wahida...ala ala nak sambut tahun baru cina katanya kan...tup tup menang kategori etnik kreatif ..mesti sentap kak ani kan....


opss terlajak pulak akak katanya...dah tengok tajuk entry..alah takkan konsep cinta lagi..bosan lah...buatlah kisah kisah lawak ker..baru best......pada sesiapa nak kisah lawak, boleh terus jumpa akak terus ...face to face pastu akak ajak lagi sorang adik adik.... namanya erry malik, housemate baru am....memang lawak giler minah tu..pastu kau ketawalah macam nak pecah perut..belum lagi artis undangan kita kak misha omar katanya.....


sorrylah pembaca yang dihormati...blog nie dah jadi blog kisah kisah cinta giteew...nantilah mungkin musim berduka sedang melanda akak yer..tunggulah bila akak dah ok..baru akak akan menulis semula kisah kisah kelakar atau lawak lawak banggang akak yer.....insya allah yer...


malam semalam, seperti biasa teman "lesbian" opssss sorry gurau ajer, kak misha menghatar sms untuk berjumpa di kedai makan katanya..lapar katanya..so akak pun dengan gagahnya pi lah kedai makan nak jumpa kak misha omar...lagipun nak tgk muka mat tomyam..opsssss..tiap tiap hari akak mesti lepak kedai mat tomyam semata mata nak tengok mat tomyam bekerja..dapat? dapat tak? ( kak misha selalu cakap macam tu )..so terkeluarlah cerita pasal akak dah clash dengan my baby..


kak misha macam tak terkejut sangat sebab dia tahu akak nie cinta lite lite dengan my baby sebab akak selalu mengadu pada kak misha agar memberi sedikit ruang lelaki lekai yang selalu kak msiha dapat kepada akak nie opssss..maklumlah kak misha kan chantek..selalu sangat pelawaan buat konsert dirumahnya....akak pun menerangkan pada kak misha faktor faktor dan punca punca serta sebab sebab mengapa penceraian itu berlaku katanya.....


akak misha nampak bersetuju dengan keputusan yang akak ambil...dan akak pun terus menerangkan konsep berkawan...begini yer..akak berharap akak dan acap akan dapat jadi kawan semula...tapi bukan kekasih..dan akak selalu menyuarakan ketidakpuasan hati akak mengapa kalau seseorang itu telah putus..maka kita akan automatik menjadi musuh kepadanya..itulah selalu yang akak selalu katakan.......


kak misha perlahan lahan menghirup air soya sambil memakan pil hormon ( opssss kak misha )dan berkata " kak maria..mana boleh kapel kita jadi kawan kita pulak..sah sah apa yang kita lalui bersama akan terpahat dalam ingatan ok( kelas kan kak misha omar..menggunakan bahasa novel..ala ala kasandra gitteww..) kalau dia jadi kawan kak maria boleh, tapi kak maria sanggup kah melihat dia bermanja manja dengan kawan kawan kak maria ? sanggup ? dapat? dapat tak? ( tetap dengan konsep dapat tak ittew)..kak maria tak cemburu kah tengok dia bawak chekki ker..tak pun skandal dengan pondan lain...sanggup kah kak maria ? sanggup? dapat?


akak hanya mendiamkan diri sahaja...tertampar dengan kata kata yang diberikan ittew membuatkan akak terdiam seketika yer.....tak tahu nak cakap apa lagi..kalau di kelas, akak akan cuba membidas apa yang diperkatakan oleh anak anak muird ( dengan cara yang baiklah) tapi kali ini akan diam sahaja..tetiba teringat wajah ej yang putih dan munggil akibat dari campuran nastaha @natasya ittew katanya..


"cikgu...kalau seseorang itu masih lagi tak mahu menjadi kawan kita, bermaksud dalam hatinya masih sayang kat kita lagi...sekiranya dah habis atau dah hilang sayangnya kat kita, mungkin dia boleh menerima kita sebagai kawan kita semula.." kata kata ej sambil memegang tongkat ala ala miss komet katanya...( ala cerita jepun yang lama lama lah kan? tak hengat ker?)


akak hanya diam sahaja sambil kak misha meneguk air soya nya..wah wah,,,air soya menjadi kawan baik kak misha katanya..meneguk air soya tu macam ala ala minum arak katanya kan opsss kak misha.....akak melahar lagi katanya......


"biasanya pondan nie akan putus sebab 3 faktor iaitu 1. lelaki tadi menyusahkan hidup kita...kak maria faham maksudnya..mungkin dari aspek kewangan ker...2. sebab lelaki itu menyakiti hati kita, maka kita akan minta cerai kan...maksudnya, walaupun kita sayang kat dia bagai nak rak, tapi sebab ada perbuatan dia yang menyakitkan hati maka kita akan rasa tak mampu nak tahan dan bersabar 3. sebab laki tersebut tak mampu nak berikan apa yang kita hendak sebab pondan nie selalu meminta lebih dari apa yang diberikan oleh lelaki"


kelas kak misha kita berhujah, ala ala memberi kuliah kepada 1000 orang pelajar yang mengambil kurus cinta..walaupun kak misha masih lagi muda 23 tahun beranding dengan akak yang usia 33 tahun sahaja, namun setiap kata katanya akak telan satu persatu yer...


"so apa yang cikgu buat itu mungkin yang terbaik buat cikgu, hanya misha harap jangan pulak berpatah semula sebab biasanya pepondan nie mula mula semangat tun fatimah tu kuat sangat..pastu sehari dua merayu bagai kat jantan..so cikgu jangan pandang belakang ( ala ala cerita hantu gitteww kan) teruskan kehidupan cikgu, mungkin ada cinta yang lain..yang terbaik buat cikgu "


kata kata kak misha memang menusuk kalbu..ketika ittewlah akak memandang pada mat tomyam yang dari tadi memandang ke arah akak yer ( berangan sangat ) sah sah mat tomyam duduk depan meja kitaorang yer....so kami pun memberi signal antara satu sama lain...akak dah pesan jangan menghantar memo lagi yer....tolong sms atau signal ajer....


jadi apa yang akak pelajari ialah mungkin agak susah seeeorang yang pernah kita kasihi menjadi kawan kita semula, mungkin kedua dua pihak akan merasa tidak selesa bukan..so apa pendapat pembaca sekalian...silalah hantar komen anda..komen yang terbaik akan menjadi tajuk blog aka k nanti..gitewww ( tgk tgk takder sapa yang nak komen)

akhirnya cinta itu bukan milik ku lagi


akum semua ..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua sihat dan bergembira dengan teman dan orang yang tersayang...akak disini sihat sahaja. alhamdulillah....baru ajer bangun tido nie..lepas membersihkan diri terus pi cc untuk menaip entry khas ini...


dah tajuk entry kali ini...ala ala bunyinya macam tajuk lagu yer...tak laratkan bunyi tajuk entry ini, tapi itulah kenyataan...apabila cinta yang akak jaga selama ini akhirnya bukan menjadi milik akak lagi....dengan nekadnya akak mengambil keputusan untuk tidak meneruskan percintaan ini kerana akak yakin dan percaya itulah keputusan yang terbaik bagi diri akak yer...


setelah lama tidak bersua muka dengan alasan busy, membuat akak semakin tertekan dan meronta ronta agar percintaan itu harus ditamatkan dengan segera...setelah lama bersabar dengan karenah dan pelbagai alasan yang diberikan ditambah pula dengan ketidakpercyaan yang bersarang dihati ..... , akak dengan "berani mati "konsepnya telah mengsms dan meminta agar perhubungan cinta kami berhenti setakat itu sahaja. dan yang peliknya tarikh keramat 18 haribulan menjadi pilihan akak, apabila akak menghantar sms dan meminta cerai..kelas kan wanita wanita sekarang, bercerai melalui sms


tertekan dengan penceraian itu? opss setakat ini tidak lah sangat sebab akak merasakan cinta kami semakin di penghujungnya....biasanya.... akak lah manusia yang paling emosi apabila kisah cinta kami putus ditengah jalan....tapi kali ini lain pulak...emosi stabil...tak menangis pun..ok ajer bak kata kak nor.hanya kadang kadang itu teringat ingat itu biasalah sebab untuk kita melupakan seseorang bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita lakukan yer....


apatah lagi akak sering berfikir, adakah itu cinta akak sedangkan dalam masa yang sama dalam hati akak diasak dengan cinta yang lain...so macam mana tu? orang yang akak cinta seolah olah tidak menghargai cinta yang akak berikan, dan orang yang mencintai akak semakin mendesak agar akak menerima cintanya? bukanlah niat untuk mendabik dada...berangan seolah olah menjadi erra fazira ker..bukan yer..kerana cinta itu semakin komplikated yer.....


apa yang menjadikan akak tabah? sudah pasti pengalaman lah yang mengajar kita agar menjadi seorang yang tabah dengan apa yang berlaku...kehidupan mesti diteruskan dan jangan sesekali berpatah semula..sebab apa yang kita putuskan adalah dari hati kita sendiri....mencari yang baru? erm no lah.....buat sementara ini biarlah akak dengan diri akak...selesaikan masalah akak dahulu ...teringat kata kata dari firdee" kita mestilah sayangi diri kita dulu yer cikgu......"


inilah percintaan yang paling singkat yang pernah akak alami dalam hidup akak yer....dan sangat fobia untuk menerima cinta itu lagi.....tapi kalau ia hadir...akak sedia untuk menerima? entah lah......

komen dari kak misha omar kita


Cinta seorg nyah memg xkn bertahan lama walaupn kita mengharap sinar tetapi semuanya akn berakhir dengan perpisahan...Keindahan didunia adalah sementara, walau dicerca, walau dihina tetapi itu lah kehidupan kita sebagai mahluk yg lemah.. Cinta yg kita puja xsemestinya berbalas dengan kegembiraan tp akan berbalas lara duka.. Harap kak Maria dapat menerima kepergianya dengan.. Biarkn ia berlalu.. Apa yg penting sekarg kak Maria kena meneruskn hidup seperti biasa.. Kak maria kena rehda menghadapinya kerana ada sinar yg akan menanti. Kak maria adalah wanita dan bukan boneka yg boleh dipergunakn.. Misha faham dalam jiwa Kak Maria penuh dengan rasa cinta kepada Mat tp cinta itu akan membunuh perasaan Kak Maria.. Tp percayalah pd diri Kak Maria yg akan ada kudrat dan sinar yg akan menanti... Misha faham perasaan Kak maria.. Misha akan tetap memberikn semangt kpd Kak Maria sbg sorg kawan.. Hidup Kak Maria and enjoy ur life
January 15, 2009 9:55 AM


akum semua ...apa khabar semua...sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping keluarga yang tersayang serta teman teman yer...akak disni sihat sahaja...


tak mahu intro panjang panjang yer..tengah tengah menaip entry tetiba kak misha menegur akak yang dia telah menghantar komen kepada akak yer..terkejut jugak...wah wah wah kau nyah sempat menghantar komen kepada akak melalui blog..ya allah panjang nya komen kau kak misha...memang layak mendapat komen terpanjang dan terbaik tahun 2009


melalui komen kak misha ini, akak mendapati bahawa kak misha mengharapkan akak melupakan mat sahaja dan fokus kepada kehidupan...namun di sudut hati kak maria..apakah punca dan faktor kak misha meminta kak maria melupakan mat? adakah kak misha ingin mencaras mat dari kak maria? napa kak misha? napa ? ( sambil pose pose tangan diudara )


terima kasih atas nasihat kak misha dan kak maria pun sedar yang percintaan antara kak maria dengan mat mungkin satu cinta yang tidak akan berpanjangan bukan ?..apatah lagi pada mulanya ramai yang tak percaya..maklumlah kak maria taklah chantek macam kak misha..tup tup ada skandal dengan mat..namun kak misha apa yang kak maria lalui dengan mat adalah rahsia kami berdua....


perasaan kami mungkin berbeza....masing masing cuba menyorokkan kisah kami berdua...namun kecekapan akiko tomsen yang dapat menghidu perhubungan kami berdua membuatkan akak menjadi takut dan gentar.. berhubung melalui sms di kedai makan merupakan alat yang digunakan untuk bertegur sapa...itu belum lagi bahasa bahasa isyarat ....namun akiko pandai menyimpan rahsia.... semuanya terbongkar apabila gambar kami di laptop di lihat oleh adik beardik 69....yang pertama lihat ialah amy....


rantai pemberian mat kepada kak maria sebagai tanda perpisahan pada awalnya membuatkan kak maria semakin menyayangi si mat tu yer kak misha...rantai itu diberi sebagai tanda ingatan sahaja....sebab masa tu akak dah ada si acap...so dalam satu jiwa mana ada 2 cinta bukan..namun terus terang...mat lah yang paling sukar akak lupakan..adalah rantai itu telah dibomohkan..opss tetap ada unsur unsur mistik yer....


kadang kala dipihak kak maria terasa malu sangat bila kenkawan usik pasal mat..seolah olah mat tu dah jadi milik kekal akak maria yer..sedangkan mat buat buat biasa sahaja....pekerja tomyam pun tahu yang akak selalu datang sebab nak tgk mat...diaorang pun perasan yang mat akan pandang pandang kat meja kak maria duduk..bila ditanya oleh pekerja tomyam pasal akak pada mat, dia kata tak ada apa apa lah hanya kawan sahaja..namun setiap kali dia menghilangkan diri, pekerja tomyam tahu yang mat datang tidor dan lepak rumah akak yer....


sorrylah pembaca ...maafkan akak sebab sekali lagi terangkan pasal mat nie...sebab dialah punca akak menjadi tingtong yer....dan selagi akak tak ok..selagi itulah akak rasa akak akan tulis pasal
mat yer....apa apa pun terima kasih atas nasihat yang diberikan oleh kak misha kepada saya ......love u kak misha.....