akum semua ...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping keluarga dan teman yang tersayang yer..akak disini pun sihat sahaja tapi agak mengantuk sedikit sebab hujan katanya sekarang nie..so dengan menggunakan masa rehat 1 jam , pukul 7 hingga 8 malam, akak terus gagah meredah hujan untuk membaca blog orang lain sambil pulak menulis blog katanya..ala ala 2 in 1 katanya...






namun keceriaan akak hari ini dikejutkan dengan blog kak farah , kak lang yang tersayang....apabila mebaca satu demi satu bait perkataan yang tertera di skrin komputer, akak rasa amat terkejut sekali yer, sambil mengerut ngerutkan dahi membaca blog kak farah ittew...kes bukan lah besar sangat bagi akak, namun kalau tak ditangani dengan baik sudah pasti akan menjadi semakin komplikated katanya..apatah lagi perkara yang sama baru sahaja berlaku dalam hidup akak, sama ajer, yang terbalik nya ialah acap menjadi watak kak farah, manakala hans pulak menjadi watak akak pulak yer..mari kita tengok sedutan blog kak farahyer....


dan baru2 nie, aku telah diberitahu yg aku kene gi Jepun untuk menghadiri meeting bersama org2 dari Nippon Steel dan jugak Petronas. well, frankly mmg aku happy. iye la, dapat balik kg... sure la happy kan! so, perkabaran nie aku sampaikan kat Hans, dengan harapan dia pun tumpang hapy sama. tapi lain pulak yg jadi. Hans terus diam n termenung panjang. puas aku pujuk, sampaikan terpaksa buat lawak bodo lagik. tapi dia tetap camtu gak. dok termenung jer. last2 dengan kuat dia menumbuk dashboard kete wira aku (nasib baik tak kemek..tau jer la quality wira nie..). terkejut aku!
pastu terus dia kata, " U pilih I ker, atau pilih keje U? coz I tak leh terima keadaan camnie... mula2 seminggu, pastu nanti sebulan lak... carik keje lain jer la", luahan hati Hans. aku terdiam. geram ada, sedih ada, terkejut pun ada. iye la, patutnye dia lebih supportive toward kerjaya aku. ni tak, dia pulak suruh aku buat pilihan. mana boleh aku pilih 2 benda yg berbeza. its unfair!
aku sayangkan kerje aku skrg, sbb nie adalah turning point dlm kerjaya aku dan life aku. aku tak tau berapa lama aku akan keje kat sini, coz aku anggap keje sekarang sebagai batu loncatan utk aku menapak lebih "jauh" lagik. banyak lagik yg aku belum capai dalam hidup nie...dan pastinye jugak aku sygkan Hans. iye la, dah bertahun menjanda, akhirnye aku dipertemukan dengan seorng lelaki yg menyayangi aku seadanye (mude pulak tu..oppss!). dan aku mengharapkan agar hubungan aku kali nie akan kekal selama mungkin...


apa yang berlaku sekarang ini akak farah tersepit di tengah tengah yer...demi mengejar cita citanya dan jugak kerjaya di samping mengejar cinta..teringat lagi kata kata cikgu di sekolah menengah dulu iaitu "cinta dan cita cita adalah dua perkara yang berbeza...jadi, kamu pelajar pelajar yang cikgu sayangi pilihlah mana yang terbaik, kalau kamu dapat seimbangkan kedua dua amatlah bertuah ....

tujuan cikgu akak cakap masa tu sebab kebanyakkan kami ( semasa tu form 5 yer) bercinta ..ala ala cinta monyet, jadi cikgu kelas pun nasihatkan kami kerana masa tu kami masa muda lagi, hala tuju pun tak ada, tup tup nak bercinta pulak...lain pulak kes dengan kak farah, kak farah dah menjangkau 30 tahun, bukan 17 tahun, dan hans pun dah menjangkau 21 tahun yer...masing masing berada era yang berbeza...kak farah sudah pasti fokus utamanya ialah kerjaya bukan? sebab orang yang berkerjaya kena fokus kerjaya yang ada, namun tidak boleh menolak cinta secara total..diulangi tidak boleh menolak cinta secara total.....

manakala hans pulak masih lagi menuntut, sudah pasti memerlukan seseorang yang boleh menyokongnya sehingga tamat di peringkat ijazah, dah golongan yang usianya begini sudah pasti jugak tidak boleh menolak cinta secara total...namun dalam kehidupan ini konsep kos lepas ( wah ekonomi gittew kan) memang sentiasa ada....jadi kita harus berfikir panjang sebelum membuat sesuatu keputusan....membuang cinta demi satu kejayaan mungkin satu pengorbanan yang besar...bagi kak farah dan hans, cuba dengar lagu anuar zain "mungkin" yer....cubalah cari....mungkin tak ada berkaitan kot..tapi cubalah ek...






dalam kes akak pulak pulak, kehilangan acap secara mengejut selama 2 minggu amat menghairankan akak, satu demi satu alasan yang diberikan oleh acap setiap kali akak bertanya bila ingin bersua..sehinggalah akak dah mula muak dsan jemu dengan alasan "busy" tersebut..jangan kaitkan kes akak dengan kak farah secara total yer...namun konsep busy dan tidak memahami antara satu sama lain antara isu yang boleh dikaitkan.....tidak dinafikan kesibukkkan yang dialami mungkin salah satu masalah jugak, namun pikir secara logik, tak lah sibuk sangat sehingga tak boleh jumpa sekejap pun..semua orang diberikan 24 jam, maka kita gunakanlah dengan baik....

apa yang akak pelajari kebanyakkan kita akan memberi alasan busy untuk menyelematkan diri daripada diasak dengan pelbagai soalan..itu yang paling mudah..bila ditanya , jawapan busy merupakan jawapan yang selalu diberikan bukan? so akhirnya dengan tabahnya akak meminta agar perhubungan ini ditamat..bukan lah bermaksud menghasut hans agar mengambil tindakan yang sama seperti akak yer, jangan buat macam tu hans...tapi di pihak hans, haruslah memahami kesibukkan kak farah dalam kerjaya..dia bukan macam orang lain atau adik beradik yang lain yer.,...yang kerjaya vogue seperti hamie, ejay, akiko, firdee memang layak lah mereka sangat sibuk, kalau setakat akak, kak nor, amy dan am mungkin lite lite ajer kot ( maafkan akak kalau tersalah yer)..namun bila kita terjun dalam bidang kerja hans, tidak dinafikan mungkin busy yer.......

bagi kak farah pulak..mungkin kesibukkan itu menjadi satu batu penghalang , namun akak percaya kak farah mempu memberi sedikit ruang dan waktu buat hans..jangan mengharapkan sms sebagai pengikat tali kasih sayang sahaja, sebaik mungkin pergilah bersua walaupun sekejap kerana itulah ubat yang paling mujarab, jangan jadi macam akak dan my baby, kalau rindu sms....tak sampai 10 sms masing masing diam....jumpa langsung tak der..sakit hati jugak...akak faham yang acap final year..dan busy dengan persiapan final, tapi tak pernah nak bagitau pun. bila di sms , dia kata ok..ok kepala hangguk kau...opssss terlahar pulak..

oklah oleh kerana akak tak mahu lagi emo sambil menekan kekunci komputer dengan muka yang beremo ini..so akak tamatkan entry akak nie yer...mengharapkan adik beradik lain yang mempunyai blog memberi pendapat, sudah pasti akak menantikan entry dari firdee dan ejay yang mempunyai pandangan dan nasihat yang berbeda namun berguna untuk kita, kalau nak nasihat secara lisan, boleh lah berjumpa dengan akiko thomsen sunade....