akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua sihat dan bergembira disamping keluarga , teman dan orang yang tersayang .....akak disini sihat sahaja...alhamdulillah tapi agak penat..bukan penat sikit, penat sangat lah...nie sekarang kat umah firdee...ada kak misha sekali nie... kami tengok miss asia..yang pernah firdee masok...
oklah sekarang nie akak nak cerita pasal majlis pertunangan antara adik akak iaitu aboy dan bakal isterinya mimi. kami balik ke kampung pukul 9 .30 malam , mula mula ada 2 kereta yang pi, pastu tup tup tambah lagi 2 kereta, jadi ada 4 kereta yang konvoi pi seremban...yang penting kawan kawan adik aku nie ala ala set aku jugak yer....oleh kerana ramai antara kenkawan adik aku tak tahu jalan nak pi seremban, so aku pun tumpang dengan seorang kawan adik aku, erm not bad..memang aku dah aim kereta kawan adik aku tu. gulp gulp...
selepas adik aku datang amik aku di kedai kak lahar, kami terus ke rumah kakak di flat sri melaka , apabila semua dah setel kami pun ke seremban, kami pun konvoi ramai ramai ke seremban yer..dalam 1 jam kemudian kami sampai di dalam perjalanan aku sempat berbual dengan kawan adik aku yang namanya sham yer... .... kami tak jadi balik kampung di batu kikir katanya.... dah penat pastu lapar pulak tu...sampai sampai ajer makan dan ayah serta pakcik pakcik lain dah ada yer...kami makan sampai tak ingat dunia..sangat lapura laupun yer... best betul masakan mak ...lepas makan rupa rupanya ada hantaran yang tak siap lagi yer...lor, kami semua pun bertungkus lumus buat hantaran tu...

kawan kawan adik yang lain dah mula nak tidur, tapi bila mendengar kami adik beradik berbual, terus diaorang bangun, dan masuk borak sekali. setelah ditegur oleh ayah agar semua orang tidur sebab kami akan bertolak awal dalam pukul 8 pagi, so kami pun masuk tidur, aku tak lah tido sangat lah sebab teringat kat narathiwat katanya...
tup tup, pagi tu aku terdengar sore bising di dapur, semua orang dah bangun dan dah mandi yer, aku sorang ajer yang belum mandi lagi. so aku cepat cepat mandi, pakai baju melayu warna hijau , dan bunga di poket paling atas yer....tak lupa juga dengan calitan revlon di muka..apabila dah rasa sangat chantek , aku pun pose pose kat luar..masa tu dah dekat pukul 8 pagi..ayah bagitau ada bacaan doa selamat untuk adik aku.oh ingatkan terus gerak, ayah tak jemput ramai lah..
dalam pukul 8 15 pagi, imam pun datang untuk bacaan doa, sebelum tu sempat berbual dengan ayah aku..
"yang mana satu yang akan bertunang nie ?" tanya pak imam tu kepada ayah
"hah..oh nie hah..anak bujang ese" terang ayah sambil menunjukkan ke arah adik aku yang tengah pose pose malu gitteww...
"oh yang tu pulak sapa?" tanya imam itu kepada ayah aku . masa tu akak tengah pose pose buat air nescafe..ngantok lah uolsss..
"tu abang dia..belum kahwin lagi, umo dah 33 tahun.." terang ayah sambil tersenyum. kesian ayah ..setiap kali orang menagajukan soalan kahwin, dia lah akan memberi alasan....
"oh nie dah kira langkah bendul lah nie ek..eh bukan, langkah tiang lah nie heheheh" buat lawak pulak imam ittew yer....
akak hanya mendiamkan diri sahaja, sentap sikit ajer, ayah segera menunjukkan isyarat kat akak supaya duduk disebelahnya untuk memulakan bacaan doa ittew. selepas membaca doa, sedikit jamuan diberikan kepada para tetamu, lepas siap kemas kemas, kami pun segera bertolak ke shah alam ...
perjalanan konvoi 5 buah kereta ini ke shah alam satu pengalaman yang menyeronokkan, sampai sahaja tol senawang, 2 buah kereta uncle aku pun sampai, wah sekarang nie dah menjadi 7 buah kereta, semakin membiak kereta kereta yer..membiak katanya....kami berhenti sekejap untuk buang air, dan meneruskan perjalanan...
dalam pukul 12 00 tengahari, kami sampai ke rumah tunang adik aku, nampaknya ada 3 pasang khemah berdiri megah di hadapan jalan raya, tema khemah pink putih, kami pulak tema hantaran hijau putih yer....kami beratur dan bersiap untuk berarak masuk ke rumah, dimulai oleh ayah dan mak aku serta pakcik pakcik yang lain, orang orang muda dibelakang la ek....
kami disambut dengan mesra oleh pihak tuan rumah, bersalaman dan berpelukkan antara satu sama lain, mata aku dah mula nak scan , manalah tahu ada tetamu yang melatops katanya kan..tapi sedihhhhh..nan ado lah..takperlah tujuan aku pun nak pi hantar adik pi tunang gittewkan....kami semua duduk di ruang tamu, tuan rumah memulakan majlis dengan bacaan doa, pastu mulakan adat majlis pertunangan..tapi agak simple sahaja.
apabila semuanya dah setel, tarikh perkahwinan , wang hantaran dan mas kahwin , alhamdulilah, kami semua di jemput makan di khemah.. lauk nya manis manis belaka, so kami orang negeri sembilan nie rasa pelik sikit, maklumlah orang kelantan nie lauk manis manis belaka lah ...sebab lapar punya pasal, kami sental ajer...dalam pukul 1 30 petang, rombongan dari negeri sembilan nak beransur pulang..
disini akak agak sentap, sebab pada mulanya adik dan kakak dah berjanji nak hantar terus ke pandanjaya, so tak perlah, tup tup planning dah kena tukar pulak katanya...sakitlah hati, diaorang pujuk balik ke seremban balik, hish aku malas nak balik seremban, aku cadang nak balik ke pandan jaya. so aku cadangkan diaorang hantar aku balik ke komuter seremban, erm nak buat macam mana , terpaksa patah balik lah nampaknya..dalam kereta aku pun pose pose muka sentap ....
sampai sahaja di seremban, ya allah ramai pulak orangnya..yang penting bukan warga malaysia yer, warga asing katanya.....aku beratur dan beli tiket, selepas 3 train terlepas, akhirnya train yang keempat aku berjaya naik walaupun terpaksa berdiri dari seremban ke bandar tasik selatan..apa apa pun semuanya dah setel ..alhamdulillah....tapi ada lagi yer, kemungkinan besar adik lelaki yang bongsu pulak akan bertunang bulan depan..aiyooooooo
2 comments:
Salam saudara,jika perlukan perkhidmatan cat kereta silalah ke
http://bengkelcatkereta.blogspot.com
terima kasih,wasallam.
wow tetiba ajer orang buat promote cat kereta yer..ok cikgu pulak, sesiapa yang nak tuisyen boleh ke pusat tuisyen dinamis yer...
Post a Comment