akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping keluarga, teman dan orang yang tersayang yer....akak disini pun sihat sahaja, alhamdulillah, rasa penat dan mengantok sikit nie.tapi demi blog yang terchenta, akak gagahkan untuk menaipnya yer..tambahan pula hari dah semakin gelap. so akak pun tak mahu keluar awal dari cc dan taip entry nie...
akak telah ditagged oleh kawan akak iaitu mr firdee yer, firdee lah orang yang pertama mengajar dan memperkenalkan akak di dalam dunia blog, masa tu tahun lepas , dalam bulan febuari rasanya, dia mengajar akak secara online untuk membuat blog katanya...alhamdulillah atas tunjuk ajar beliau, akhirnya akak berjaya mempunyai blog yang amat akak sayangi yer...mengenali diri firdee ini agak sukar untuk ditafsirkan secara luaran kerana firdee ini kadang kadang ok, kadang kadang dia suka melahar akak , namun dah kenal siapa dia, akak ok sahaja...dah lama jugak kami berkawan dan sekarang ini akak sedang mengusahakan pusat tuisyen yang di buka oleh firdee. mendoakan agar pusat tuisyen atau lebih dikenali institut dinamis menjadi satu percubaan pertama firdee untuk melangkah dalam dunia perniagaan, dan dia mengamanahkan akak untuk menjalankanya.....terima kasih firdee...tak perlulah bercerita secara panjang lebar mengenai firdee, baca sahaja entry entry lama , mesti anda mengetahui sedikit sebanyak mengenai firdee nie..
berbalik semula pada tugasan yang diberikan, akak akan menceritakan pasal diri ini
1. seorang yang sangat suka buat lawak..selalu menjadi pengacara di dalam keluarga 69 dan selalu menjadi pelawak walaupun ketika ituu melawat am di hospital yer..tetap melawak
2.dulu seorang yang panas baran yer..suka sangat bergadoh, pukul orang, pukul pondan, sekarang alhamdulillah,selepas menjadi seorang guru dan pendidik bangsa, panas baran tu dah ok sedikit, lebih bersifat penyayang lah konon kononnya..
3. sangat suka dengan budak budak lah..yup. tak nafikan suka dengan budak budak terutama baby . ada seorang baby yang comel di kedai jaya tomyam yang sangat comel, akak sangat sayang. kalau mengajar tuisyen lebih suka mengajar budak sekolah rendah daripada menengah...tapi kalau yang menengah tu handsome, boleh ajer
4.tidak percaya dengan cinta sejati sebab pernah putus cinta setelah bercinta 6 tahun, masih lagi mengharap menemui cinta yang akan kekal ..atleast bertahun tahun lah..tak reti sangat bercinta kejap kejap..yang terpaling cepat, dengan my baby, 4 bulan ..sangat kelas...
5.sekarang ada adik beradik 69 yang banyak membantu diantara satu sama lain..sangat sayang dengan adik beradik ini walaupun bukan sedarah sedaging katanya..ketulusan hati uolss semua amat dihargai yer...
6.sangat takut dengan kucing, tapi baru baru nie sayang pulak dengan snowie dan buffy yer..erm oklah, rasa macam nak bela kucing pulak nanti..nantilah kalau dah berani, boleh lah bela, masa kecik kecik dulu pernah kena cakar kat muka,sejak tu memang sangat takut dengan kucing ok
7.kalau firdee tak suka orang memandang, akak suka memandang orang yer terutama yang chantek atau yang handsome..sangat suka memandang sampaikan sangat obvious perbuatan akak itu, selalu ditegur oleh kenkawan yer...tapi nak buat macam mana, suka memandang pada naratiwat terutamanya....
8.suka main boling..yup..kalau baca dalam blog semua orang dah tahu yer..
9.terasa nak bercinta dengan pompuan pulak...pewittttt( hanya firdee yang tahu , sebab kes ini dalam kete dia) entah lah kadang kadang terdetik dalam hati nak bercinta dengan pompuan..entah macam mana rasanyakan....nak coba lah dulu..katanya...walaupun melenggang sebatu dari jauh.
10.suka bercakap dan suka mengajar...dulu cita cita nak jadi peguam katanya..tapi sejarah adusss hancur c 6 katanya dalam spm..so kuburkan sahaja niat tu, sekarang nie jadi cikgu tuisyen pun ok gak, asalkan dapat bercakap ......
itu sahaja lah yang akak nak tulis kan..tapi masalahnya...tak tahu nak tasg sapa pulak sebab semuanya telah di tagged oleh firdee..aiyooo mateilah akak, tak leh buat business mlm katanya..sebab tak pandai cari tapak katanya..paham kah?
1 comments:
Giro, panjang blog. masukla gambar . baru la macam blog pompuan vogue. ni macam orang tiap2 hari datang PMS jeh. u ols..
Post a Comment