akum semua..apa khabar? sihat ? alhamdulillah kalau semua sihat dan bergembira disamping dengan keluarga atau teman yang tersayang..akak pun sihat sahaja..alhamdulillah tapi agak penat sedikit..yerlah mana ada kerja yang tak penat kan? sekarang nie jam dah menunjukkan pukul 2 11 pagi, masih belum dapat tidur dan terus menaip satu entry untuk tatapan peminat yang tersayang yer..ada ker peminat nie?heheheh
oklah akak nak cerita pasal kisah akak mengajar hari ini, kelas yang pertama bermula pukul 4 petang apabila seorang budak upsr datang belajar, dia ambik kelas petang sebab malam dia ada hal katanya..walaupun sorang akak tetap ajar sebab budak upsr ada pilihan kelas, sama ada petang atau malam. hari ini semua pelajar upsr akan belajar bm pemahaman , so akak berikan latihan bm pemahaman untuk menguji mereka...dan dengan bersemangat budak ini membuat latihan itu bersungguh sungguh yer....
masa 1 jam yang diberikan memang tak cukup bagi budak itu membuat latihan yer...dan kami akan sambung semak jawapan budak itu esok petang..kemudian datang pulak budak budak pmr. ada 2 orang seorang laki dan seorang perempuan yer..terasa bangga apabila budak budak tuisyen membawa beg institut dinamis..tak sia sia firdee membuat pelaburan yang besar dalam menjayakan pusat tuisyen dinamis ini yer...cantik dan menarik bila budak budak membawa beg dinamis yang berwarna warni ittew yer....alhamdulillah , insya allah esok mungkin ada lagi pelajar yang mendaftar yer....
untuk pelajar pmr, akak mengajar mereka teknik menjawab soalan bahasa melayu kertas 2, iaitu bahagian penulisan, yang penting akak mengajar benda yang keluar dalam peperiksaan dan memberikan teknik dan cara menjawab dengan betul dan yang tidak penting dan mengarut tak perlu diajar kepada mereka....alhamdulillah mereka paham apa yang kita ajar dan happy dengan tuisyen.., mereka berdua nampak happy, walaupun akak tahu mereka agak penat, maklumlah mereka berdua baru balik dari kokurikulum di sekolah, maka pendekatan bercerita dan membuat lawak sangat penting memastikan mereka ceria dan dapat mengikuti kelas dengan baik..maklumlah bila dah penat, mereka tak dapat fokus..cepat cepat akak tukar kepada teknik bercerita kisah lampau, tapi mesti ada kaitan dengan apa yang diajar....
selepas itu, akak ada masa sengang iaitu 1 jam, masa sembahyang maghrib, cepat cepat akak lari ke pasar raya hero, membeli roti..lapura laupun katanya .....pastu naik semula ke pusat tuisyen, tepat pukul 8 malam datang 3 orang budak perempuan yang macam tak sabar sabar nak belajar, sekali lagi rasa kembang dihati membara, bila mereka membawa bag tuisyen pusat dinamis, satu startegi yang berjaya....dalam pukul 8 30 malam, seorang budak lelaki, iaitu bekas anak murid akak yang lama, datang mendaftar..alhamdulillah..harap harap berkembang lah pusat tuisyen ini yer....
belajar 2 jam agak mencabar bagi mereka, bagi memastikan mereka senantiasa cergas dan ceria akak selitkan cerita lagi..lawak lawak...dan games yang menarik untuk mereka, bagi yang mendapat markah tinggi akak berikan rm 1 sebagai token bagi mereka bersaing diantara satu sama lain....akhirnya 2 jam berlalu dengan pantas....mereka semua nak balik ke rumah..sempat akak promote kat anak murid supaya mengajak mereka datang ke pusat tuisyen
firdee datang jugak ke pusat tuisyen walaupun dia agak kepenatan dan kurang sihat, dengan membawa bag laptop nya, firdee cuba berlakon ceria dan segar sedangkan dari matanya akak tahu dia sangat kepenatan..akak dah pesan dengan dia, tak perlu lah datang kalau penat dan tidak sihat, mungkin atas dasar tanggungjawabnya..dia tetap datang walaupun terpaksa meredah jam dikawasan pandanjaya yang seolah olah di pavilion katanya...akak terus memberikan borang pendaftaran kepadanya untuk dia updated dalam komputernya..kami jugak berbincang startegi bagaimana nak tarik lagi budak budak datang ke pusat tuisyen yer..terutama sekolah menengah nie
.
dalam pukul 10 30 kami pun beransur pulang...firdee mengajak akak makan malam di kedai mat tomyam..masa turun dari lif ternampak erry atau lebih dikenali sebagai kak farah yang sedang mencari pusat tuisyen, terkejut lah kami melihat kak farah ittew...dan terus mengajak kak farah pi makan...kami makan bertiga dan tetiba kak misha omar pun datang joint kami bertiga....banyak jugak topik yang dibualkan masa tu...rasa seronok dan ok berbaur dalam perasaan akak nie...kami pun bersurai dalam pukul 11 45 malam, maklumlah kepenatan, apatah lagi erry dan firdee akan bekerja pagi keesokkan harinya, dan akak pulak kena study sebab esok, iaitu hari selasa ada subjek sejarah pmr, so kenalah prepare kan.....
apa apa pun , alhamdulillah sebab hari ini sekurang kurangnya akak dapat melupakan sedikit sebanyak tentang masalah yang dihadapi alhamdulillah sangat ....syukur kepada tuhan sebab diberikan sedikit ketenangan untuk melupakan benda benda yang sering menganggu emosi akak..dan akak senantiasa mengharapkan yang terbaik untuk keesokkan harinya.....
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
0 comments:
Post a Comment