akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping keluarga, teman dan orang yang tersayang yer..akak disini sihat sahaja yer..sekarang nak taip entry kali ke 2..maklumlah takut nanti busy pulak kan..so baik taip terus banyak banyak kan...


oklah dah tengok tajuk entry kita kali ini...sekarang ini akak nak cerita pasal satu port makan yang terdapat di pandanjaya, memandangkan akak nie ala ala kak maria, pengacara jalan jalan cari makan, so akak nak kenalkan satu tempat makan yang popular lah jugak kat pandanjaya.


Jaya tomyam merupakan port adik adik, golongan haluan kiri, atau gaguxion dan akak akak yer, bukan itu sahaja malahan lelaki str8 dan chekki pun ada makan di kawasan itu, Jaya tomyam terletak di depan sekolah saloon rambut iaitu pivot katanya..Jaya tomyam juga terletak ditengah tengah deretan kedai ..sangat startegik sekali.....


Jaya tomyam dimiliki oleh seorang lelaki yang bernama Encik Mat yer, akak memang sangat rapat dengan cik Mat nie, dan mempunyai seorang isteri yang cantik tapi nampak garang dengan pekerja...cik mat dan isterinya dikurniakan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 orang perempuan, keempat empat anak cik mat ini pun boleh lah ngam dengan akak.


jaya tomyam menawarkan pelbagai makanan ala ala thai, tukang masak yang paling popular ialah kak pah katanya..kalau geng geng akak pi makan, kami akan order begini.."erm satu nasik goreng kampung kak pah " hah begitulah bunyi ordernya iaitu menunjukkan kami meminta agar kak pah yang masak..tak kiralah apa apa pun order makanan, mesti dihujngnya ialah kak pah..kak pah memang masak sedap uolsss..best sangat..


lagi satu tukang masak, lelaki namaya lah..tapi dia baru lagi kat jaya tomyam, maka akak tak leh terang pasal dia banyak banyak lah yer, namun lah nie sudah berumahtangga , dia nie pendiam sangat, tak banyak cakap, kadang kadang bila akak lepak umah diorang kat atas, si lah hanya suka mendengar sahaja...


seorang lagi namanya ialah "ya"..muda lagi 19 tahun rasanya...tugas dia "baca bil" katanya..dengan kata lain, setiap orang yang order akan dibaca oleh "ya "di dapur, dan menjadi tugas tukang masak untuk masak apa yang "ya" baca tadi, "ya" nie ting tong gak, kadang kadang buat muka dengan geng geng kami, macam pandang slack ajer..kadang kadang bukan main baik dengan kita, berambut panjang...muka boleh lah...stok geli geli ajer kot....tapi ada jugak dengar dengar pondan minat dengan dia kot


ok..selepas itu ada seoarang wanita yang kami panggil kak lahar..yup napa namaya lahar sebab dia suka melahar pepondan yer..kalau dia tintong kadang kadang dia tak tahu apa yang dia cakap uolss..di laharnya semua ok dapat?..itu yang kami takut, lagi satu perangai dia ialah, bila ajer pepondan nie bercerita, tup tup ada ajer kak lahar memasang telinga gitteww kan..sambil mendengar pondan mengumpat yer..bahayakan...heheheheh..kaka lahar nie paling glamer dikalangan pondan..ramai pondan baik dengan dia yer...dengan kata lain rahsia pepondan banyak ditangan dia ...


kita masuk ke bahagian ambik order yer..nie ada ramai, ada pian, rahim , ramli dan din, semua nya lelaki yang ambik order. antara 4 orang tu yang paling popular ialah pian yer..boleh lah tahan, dengar dengar ramai pondan menaruh hati katanya..takut jugak akak dengar...sebab pian nie diorang kata comel..ye ker..akak tengok boleh lah tahan, comel lagi si rahim ms kot...ramli nie pendiam sangat..kat kedai diam, kat umah pun diam. si rahim pulak, dah berkahwin, badan nampak ok..baik..selalu kasi akak diskaun yer...si din pulak ting tong. suka dengan si am katanya...tapi diaorang nie kalau ramai customer lembab sikit yer


dan yang terakhir, orang paling lama di jaya tomyam iaitu mat..lebih dikenali sebagai mat tomyam yer, membuat western katanya,,selalu memakai baju berwarna hitam, merah atau kuning, dengan kata lain warna baju yang terang terang yer...paling glamer dan malatops..maklumlah ada rupa sikit diantara yang lain ...kadang kadang berangan handsome..pose pose kat tempat memotong buah tu katanya....


itulah serba sedikit pasal jaya tomyam yer...kalau ada masa datang lah ke sana yer....