akum semua..apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang...akak disini pun agak sihat lite lite sahaja nie, nie baru pulang dari dinamis, rasa macam nak demam terus pi klinik idzham...ambik ubat sahaja. akak beli ajer ubat demam kat klinik tu, dan mintak ubat selsema serta sakit tekak. takut melarat. kalau tak ok jugak, kenalah pi check takut denggi uolss kan...
lepas akak pi klinik, akak pi lah lepak kedai kak lahar yer...tak ramai orang sangat, dan akak menjadi badut kat situ yer, aiyooo kalau lepak sensorang agak mencabar bukan...mesti ada orang yang memandang..motif memandangkan..selepas akak order air, seperti biasa bos kedai kak lahar , encik mat datang berbual dengan akak. akak on ajer..memang best gak layan cerita bos kak lahar nie
tetiba dia ajak pi maybank, nak minta tolong masukkan duit , oh kesian pulak kat encik mat nie...dia memang baik uolsss, soa akan pun setuju, selepas makan sikit, terus kami ke maybank yer...akak seperti baisa catwalk ..hish sian pulak kat encik mat, nanti dia difitnah berskandal dengan akak nie pulak kan..so akak pun maintan jantan lah jalan..cayer kah jantan ? selepas masukkan duit kat maybank, kami balik semula ke kedai ..encik mat akak busy sikit, so akak mengambil keputusan untuk balik ajer kat umah..
tup tup rasa nak taip entry pulak kan..dok umah mesti tido kan, lagipun dah masuk magrib nie. orang tua tua kata tak elok tido masa maghrib uolss. nanti mimpi hantu katanya..pernah jugak akak test tido maghrib uols..kadang kadang akak mimpi ngeri, kadang kadang akak mimpi bertemu dengan jantan uolsss, motifkan..itulah bila akak mimpi jantan, esoknya akak akan paksa tidur masa maghrib agar bertemu dengan jantan yang akak mimpi semalam uolss...hazab tak akak? sedih tak idup akak nie..sanggup paksa diri tido masa maghrib untuk bertemu dengan jantan..aiyoo apa ayang akak dah merepek nie...
dah tengok tajuk entry kali ini? yup uolss inilah kisah benar yang berlaku baru baru nie yer, sebenarnya dah lama akak nak post kan cerita ini didalam blog, namun kesibukkan akak sehingga tak der masa nak updated blog atau cerita ini yer....oklah akak mulakan dengan...
pada 24 januari 2009, bersamaan dengan hari sabtu, pagi pagi lagi akak dah hantar sms untuk menjemput adik beradik 69 datang ke rumah uncle di kampung pandan . uncle akan mengadakan kenduri kesyukuran dan cukur jambul . malangnya tak ramai yang respon pun..hanya yang confirm nak pergi ialah ej, shah , hans dan kak farah yer..oklah tak kisahlah asalakan kami semua tak jadi dayak yer...
so dalam pukul 4 petrang kami pulak dikejutkan dengan berita yang si am, miss egypt telah ditahan wad kerana di suspek demam dengi yer, apa lagi , masa tu akiko, hamie, akak, ej, shah, hans dan kak farah pun bergegas melawat am yang ditahan di wad hukm, samapi disana, am kelihatan lemah, tetapi macam terkejut dan terharu dengan kedatangan kami ketika ittew..
lepas tu kami semua berpecah, sebab nak siap siap ke majlis kenduri tersebut yer, kak farah lepak umah akak , manakala ej dan shah balik ke lumayan, dalam pukul 8 30 kami berlima bergerak ke rumah uncle, sampai sahaja di rumah uncle, punyalah terkejut bila akak tengok takder orang pun kat ruang tamu, hanya yang ada sepupu sepapat akak, dan jugak saudara mara serta mak shahril dan ain sahaja, kami bersalaman, dan terus masuk ke rumah...
oleh kerana tak tahu nak buat apa, kami semua lepak kat luar rumah yang ada dipasang khemah, uncle rupanya dah tempah khemah untuk majlis tersebut, makanan pun dari catering katanya..seperti biasa kami semua mendapat layanan istimewa dari keluarga uncle. Si Ain sibuk menghidangkan air dan jugak kuih untuk kami yer..kelas tak? orang lain tak makan lagi, kami semua dah dapat makanan yer..diingatkan kami bukannya lapar yer, tapi bila dah makanan depan mata, kami pun makan dengan sopan sekali..
tup tup hujan lah pulak. kami terpaksa tukar port pulak, berangkutlah kami dengan makanan dan minuman itu sekali...ain pulak offer nak buat teh tarik..pergh elok sangatlah tu, sekarang kan ujan, kena pulak teh tarik panas, yummy, bukan sahaja teh tarik yang dihidangkan, malahan dengan kuih tambahan yer...aiyoo ain..malaulah akak macam nie. sedang kami berbual bual, datang lah beberapa rombongan pakcik pakcik dari masjid, oleh kerana bilangan tetamu sangat ramai,. maka ada yang terpaksa duduk di luar yer..dinilah pakcik pakcik tu memandang kami berlima, yang pakai baju melayu masa tu akak dan shah sahaja, yang lain ala ala nak pi parti besday ajer lagaknya....amponnn..
"eh napa diaorang dapat makan yer ?" tanya seorang pakcik tua yang tiada gigi. dari tadi pakcik ittew memang memasang hasad dengkinya dalam hatinya yer..asyik memandang dengan jaki ajer...kami mendengar apa yang dicakapkan oleh pakcik ittew yer, tapi buat buat bodoh ajer, malas nak memariekan diri...
memang betul lah, pakcik tu memang tak puas hati asyik memandangg kami dan kadang kadang dia berbisik dengan groupnya, mungkin komplen pasal pakaian pulak kot, akak pulak rasa serba salah sebab tak masuk ke dalam rumah sebab majlis bermula, akhirnya akak mengambil keptusan untuk masuk dan menyertai majlis tersebut, hampeh, bila semua tempat dah penoh, terpaksalah akak keluar semula....
pakcik pakcik tu masih ada lagi, uncle pulak bz sampai takder masa nak tegor akak nie, tak per akak paham.... selepas majlis tu dah setel, kami pun pi ambik makanan yer, maklumlah meja kami sangat dekat dengan tempat makanan, kami mendahului para jemputan lain, disini lah pakcik itu mula melaser nya..
buat pengetahuan pembaca, geng geng akak nie ada membeli handbag ala ala datin datin gittew, tapi jangan salah anggap handbag mereka bukan jenis makcik makcik yer, diulangi bukan macam makcik makcik, nampak smart bila mereka pakai..... yang penting berjenama yer, ada macam macam warna yer, yang penting senang bawak handbag boleh letak macam macam yer. orang yang menjadi perintis handbag ini ialah mr firdee yer, dialah yang memulakan segalanya..dan akhirnya berjangkit kepada adik beradik yang lain yer...
so kak farah dan ej nie nak pi ambik makanan, tak kan nak tinggalkan handbag itteww sahaja di atas mejakan sebab kami berlima sekaligus ambik makanan yer...so ej dan kak farah mengepit handbag itteww di ketiak mereka, ala ala women gitewwkan..akak tak dengar apa yang pakcik tu laser, sebaik sahaja kami sampai dimeja makan, dan makan, si ej dan kak farah membuka cerita
" uuuuu ( tarik panjang macam kak farah cakap yer ) dengar tak pakcik yang takder gigi tu cakap? "zaman sekarang nie bukan ajer pompuan bawak handbag, lelaki pun bawak handbag..berkali kali pakcik tu cakap..ingat kan dia nak sound sapa, tapi rasanya kita berdua sahaja yang bawak handbang kan......" terang kak farah dengan panjang lebar sambil mengunyah makanan yer..sangat women kak farah masa ittewww
akak bukan main terkejut lagi, ej pun mengiyakan kenyataan kak farah itteww yer...hish hish....tak sangka pakcik itteww masih berdendam yer..sangat hanjing yer....sampai ke tempat makan tu pun melaser lagi katanya..maklumlah kami nie group group chantek, diaorang group group miss miss yang tak akan menang, nak jejak top 10 tak akan yer.....opsss berangan pulak..
dan kes handbag ini telah menjadi buah mulut dimajlis ittew, namun pakcik akak telah membidas kenyataan kenyataan yang berunsur fitnah ittew yer...nantikan ....dan yang penting kak farah dan ej sangat glamer malam itu, mengalahkan baby yang cukur jambul yer...tahniah uolsss
1 comments:
teringat dkt mak ayam besar azwan ali mlm juara lagu bwk handbag...for god sake...
Post a Comment