akum semua ...apa khabar? sihat ? alhamdulillah kalau semua pembaca yang disayangi sihat sahaja disamping teman atau ahli keluarga yang tersayang..cikgu di sini pun sihat sahaja...alhamdulillah ...tapi agak penat sikit ajer..maklumlah dah mula bertugas dipusat tuisyen yer....biasanya bila dah lama tak bekerja..rasa pelik, tapi dah masuk hari ke 3 nie, semuanya ok....
oklah dah tengok tajuk entry kali ini? yup mungkin agak pelik jugak tajuknya...tentang darah tinggi katanya....darah tinggi ini penyakit yang dipanggil tiga serangkai, iaitu darah tinggi, kencing manis dan lagi satu sakit jantung, jadi tiga serangkai ini amat bahaya dalam kehidupan manusia yer...
minggu lepas, sejak 1 jan 2009 lagi akak rasa macam tak sihat sangat, apatah lagi sakit dibelakang leher dan tengkuk, memang dah agak mesti darah tinggi kot, apatah lagi akak tak jaga pemakanan akak yer, makan ajer...main balun ajer..kaedahnya...hah pastu terasa macam lain macam ajer..mula mula ingatkan sakit tengkuk atau demam demam biasa..
tiba tiba teringat yang akak pernah kena darah tinggi yer, masa tu 4 tahun yang lepas, dalam tahun 2005 akak pernah check kat hospital, punyalah terkejut bila doktor kata akak ada darah tinggi.....memang tak percaya masa tu muda lagi...tapi memandangkan dalam ahli keluarga mak dan ayah ada darah tinggi, maka tidak mustahil akak pun mesti ada darah tinggi jugak kan...so masa tu buat buat tak tahu ajer...
hari jumaat minggu lepas, akak pun mengambil keputusan untuk pergi chekc kat farmasi yang berdekatan dengan pejabat fahmi, pasaraya bintang kot..tak ingat sangat lah...kalau gadis dari bintang ingat lah kot.....pastu punyalah terkejut bila bacaan nya 153/100...aiyoooo...cepat cepat dia suruh pi check kat klinik swasta pulak.....
selepas abis waktu kerja, firdee hantar ke pandanjaya , terus akak pergi ke klinik idzham....masa daftar tu, nurse minta akak dok rehat dalam masa 20 minit seblum berjumpa dengan doktor, selepas berehat dalam 20, maka akak dengan hati yang berdebar debarina pi lah jumpa doktor ...check punya check..ya allah bacaan masih lagi tak jatuh...150/100..puas lah dokor tu mintak akak tarik nafas agar kadar darah tinggi tu boleh turun katanya...tak jugak...
doktor hanya mampu mengeleng kepala yer....diberikan sedikit nasihat tentang cara pemakanan...gaya hidup yang sihat dan sebagainya...umpama seorang murid yang mendengar kata gurunya..akak hanya mengangguk kan kepala sahaja....dan akak ada temu janji pada 10 haribulan nanti....berdebar jugak nie....
mari kita lihat informasi yang akak dapat dalam internet
S: Bagaimana untuk mengesahkan seseorang itu menghidap tekanan darah tinggi?
J: Seseorang itu tidak akan di kategorikan sebagai penghidap tekanan darah tinggi melalui satu bacaan tekanan darah sahaja. Pengesahan hanya akan dilakukan sekiranya tekanan darahnya melebihi 140/90 mmHg sekurang-kurangnya dua kali pemeriksaan pada masa yang berlainan, melainkan tekanan darah sistoliknya melebihi 210mmHg atau tekanan darah diastolik melebihi 120mmHg satu bacaan sahaja sudah mencukupi untuk mengesahkan seseorang itu menghidap darah tinggi.
S: Berapa kerap perlu saya lakukan pemeriksaan tekanan darah?
J: Sekiranya umur anda melebihi 30 tahun, anda perlu membuat pemeriksaan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Jika umur anda di bawah 30 tahun, pemeriksaan hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun.
S: Sekiranya ada dikalangan ahli keluarga saya yang mempunyai sejarah menghidap penyakit darah tinggi, adakah saya berkemungkinan untuk turut mendapat penyakit ini?
J: Ya, kerana ia adalah salah satu faktor risiko utama yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit darah tinggi.
jadi para pembaca di sana..sayangilah diri anda yer..jagalah diri anda...jangan jadik macam akak, dalam usia muda dah ada darah tinggi, apa apa pun kita tengok 10 jan nanti, last check..kalau ok. alhamdulillah..kalau tak ermmmmm.....tak dapek nak tolong yer
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
0 comments:
Post a Comment