akum semua...apa khabar? sihat alhamdulillah yer, kalau semua orang sihat dan bergembira disamping teman, sahabat malahan keluarga yang tersayang..akak disini sihat sahaja. alhamdulilah sekarang tengah rehat dari mengajar, so bosan bosan larik kejap ke cyber cafe yang terletak dekat dengan pusat tuiyen....


so macamana kerja hari ini? biasalah hari isnin, kita akan rasa macam malas nak pi kerja, maklumlah semalam kan mesti ramai yang tertonggok depan tibi tengok anugerah juara lagu ...best tak? bagi akak best jugak lah terutama penyanyi tahun nie nampak bersungguh sungguh lah..vokal pun mantap jugak kan terutama faizal tahir...gittewwkan?yang paling tak paham ialah konsep farah wahida...ala ala nak sambut tahun baru cina katanya kan...tup tup menang kategori etnik kreatif ..mesti sentap kak ani kan....


opss terlajak pulak akak katanya...dah tengok tajuk entry..alah takkan konsep cinta lagi..bosan lah...buatlah kisah kisah lawak ker..baru best......pada sesiapa nak kisah lawak, boleh terus jumpa akak terus ...face to face pastu akak ajak lagi sorang adik adik.... namanya erry malik, housemate baru am....memang lawak giler minah tu..pastu kau ketawalah macam nak pecah perut..belum lagi artis undangan kita kak misha omar katanya.....


sorrylah pembaca yang dihormati...blog nie dah jadi blog kisah kisah cinta giteew...nantilah mungkin musim berduka sedang melanda akak yer..tunggulah bila akak dah ok..baru akak akan menulis semula kisah kisah kelakar atau lawak lawak banggang akak yer.....insya allah yer...


malam semalam, seperti biasa teman "lesbian" opssss sorry gurau ajer, kak misha menghatar sms untuk berjumpa di kedai makan katanya..lapar katanya..so akak pun dengan gagahnya pi lah kedai makan nak jumpa kak misha omar...lagipun nak tgk muka mat tomyam..opsssss..tiap tiap hari akak mesti lepak kedai mat tomyam semata mata nak tengok mat tomyam bekerja..dapat? dapat tak? ( kak misha selalu cakap macam tu )..so terkeluarlah cerita pasal akak dah clash dengan my baby..


kak misha macam tak terkejut sangat sebab dia tahu akak nie cinta lite lite dengan my baby sebab akak selalu mengadu pada kak misha agar memberi sedikit ruang lelaki lekai yang selalu kak msiha dapat kepada akak nie opssss..maklumlah kak misha kan chantek..selalu sangat pelawaan buat konsert dirumahnya....akak pun menerangkan pada kak misha faktor faktor dan punca punca serta sebab sebab mengapa penceraian itu berlaku katanya.....


akak misha nampak bersetuju dengan keputusan yang akak ambil...dan akak pun terus menerangkan konsep berkawan...begini yer..akak berharap akak dan acap akan dapat jadi kawan semula...tapi bukan kekasih..dan akak selalu menyuarakan ketidakpuasan hati akak mengapa kalau seseorang itu telah putus..maka kita akan automatik menjadi musuh kepadanya..itulah selalu yang akak selalu katakan.......


kak misha perlahan lahan menghirup air soya sambil memakan pil hormon ( opssss kak misha )dan berkata " kak maria..mana boleh kapel kita jadi kawan kita pulak..sah sah apa yang kita lalui bersama akan terpahat dalam ingatan ok( kelas kan kak misha omar..menggunakan bahasa novel..ala ala kasandra gitteww..) kalau dia jadi kawan kak maria boleh, tapi kak maria sanggup kah melihat dia bermanja manja dengan kawan kawan kak maria ? sanggup ? dapat? dapat tak? ( tetap dengan konsep dapat tak ittew)..kak maria tak cemburu kah tengok dia bawak chekki ker..tak pun skandal dengan pondan lain...sanggup kah kak maria ? sanggup? dapat?


akak hanya mendiamkan diri sahaja...tertampar dengan kata kata yang diberikan ittew membuatkan akak terdiam seketika yer.....tak tahu nak cakap apa lagi..kalau di kelas, akak akan cuba membidas apa yang diperkatakan oleh anak anak muird ( dengan cara yang baiklah) tapi kali ini akan diam sahaja..tetiba teringat wajah ej yang putih dan munggil akibat dari campuran nastaha @natasya ittew katanya..


"cikgu...kalau seseorang itu masih lagi tak mahu menjadi kawan kita, bermaksud dalam hatinya masih sayang kat kita lagi...sekiranya dah habis atau dah hilang sayangnya kat kita, mungkin dia boleh menerima kita sebagai kawan kita semula.." kata kata ej sambil memegang tongkat ala ala miss komet katanya...( ala cerita jepun yang lama lama lah kan? tak hengat ker?)


akak hanya diam sahaja sambil kak misha meneguk air soya nya..wah wah,,,air soya menjadi kawan baik kak misha katanya..meneguk air soya tu macam ala ala minum arak katanya kan opsss kak misha.....akak melahar lagi katanya......


"biasanya pondan nie akan putus sebab 3 faktor iaitu 1. lelaki tadi menyusahkan hidup kita...kak maria faham maksudnya..mungkin dari aspek kewangan ker...2. sebab lelaki itu menyakiti hati kita, maka kita akan minta cerai kan...maksudnya, walaupun kita sayang kat dia bagai nak rak, tapi sebab ada perbuatan dia yang menyakitkan hati maka kita akan rasa tak mampu nak tahan dan bersabar 3. sebab laki tersebut tak mampu nak berikan apa yang kita hendak sebab pondan nie selalu meminta lebih dari apa yang diberikan oleh lelaki"


kelas kak misha kita berhujah, ala ala memberi kuliah kepada 1000 orang pelajar yang mengambil kurus cinta..walaupun kak misha masih lagi muda 23 tahun beranding dengan akak yang usia 33 tahun sahaja, namun setiap kata katanya akak telan satu persatu yer...


"so apa yang cikgu buat itu mungkin yang terbaik buat cikgu, hanya misha harap jangan pulak berpatah semula sebab biasanya pepondan nie mula mula semangat tun fatimah tu kuat sangat..pastu sehari dua merayu bagai kat jantan..so cikgu jangan pandang belakang ( ala ala cerita hantu gitteww kan) teruskan kehidupan cikgu, mungkin ada cinta yang lain..yang terbaik buat cikgu "


kata kata kak misha memang menusuk kalbu..ketika ittewlah akak memandang pada mat tomyam yang dari tadi memandang ke arah akak yer ( berangan sangat ) sah sah mat tomyam duduk depan meja kitaorang yer....so kami pun memberi signal antara satu sama lain...akak dah pesan jangan menghantar memo lagi yer....tolong sms atau signal ajer....


jadi apa yang akak pelajari ialah mungkin agak susah seeeorang yang pernah kita kasihi menjadi kawan kita semula, mungkin kedua dua pihak akan merasa tidak selesa bukan..so apa pendapat pembaca sekalian...silalah hantar komen anda..komen yang terbaik akan menjadi tajuk blog aka k nanti..gitewww ( tgk tgk takder sapa yang nak komen)