akum semua ...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat disamping keluarga yang tersayang yer.....akak disini pun sihat sahaja...tapi sekarang nie agak sibuk dengan pusat tuisyen yer..maklumlah macam macam yang harus dilakukan di sana...nasib baik jugak firdee turut membantu dari aspek memberi nasihat kepada cikgu..maklumlah mungkin kami bekerja dibidang yang berlainan...
bekerja dengan firdee bukanlah sesuatu yang mudah ...itu yang akak nak bagitau kepada pembaca..maklumlah seorang pegawai WHO sudah pasti mempunyai cara bekerja yang tersendiri jika nak dibandingkan dengan akak nie iaitu seorang guru tuisyen biasa sahaja...jadi mula mula akak kekok jugak bekerja dengan firdee. maklumlah kerja yang ditunjukkan akak sistematik, dari aspek penyediaan borang, resit bayaran pusat tuisyen, sehinggalah kepada penyusunan jadual , sistem fail dan macam macam lagi yer...jadi mula mula banyak jugak teguran yang diberikan kepada cikgu, agar kerja cikgu menjadi sisitematik dan bertambah baik...
banyak pengalaman yang akak kutip dari bekerja dengan firdee nie, kadang kala ada jugak terasa hati dengan teguran yang diberikan, namun satu sahaja yang perlu akak faham ialah, akak bekerja dengan dia, so dengan kata lain setiap teguran yang diberikan itu secara langsung atau tidak harus diambil iktibar.....harus diambil peringatan, dan akak perlu jugak ingat, walaupun kami berkawan, dalam soal kerja, kami mesti ada gap...beberapa kali firdee nasihatkan akak supaya , akak macam biasa, tak perlu sangat kecikguan nya semasa bercakap dengan dia..
maklumlah menjadi guru sekolah sekolah 3 tahun, 6 tahun guru tuisyen sedikit sebanyak sikap cikgu cikgi itu terbawa bawa..misalnya firdee sangat menyampah cikgu bercakap "baik lah...baiklah....."katanya macam orang dungu sahaja layaknya..ambik hati? no lah...dah paham perangai firdee yang lebih suka berterus terang sahaja....berkawan denganya pun banyak mengubah gaya hidup akak jugak serta perangai..kadang kala terikut ikut cara dia bercakap jugak...kadang kadang dia marah bila akak merenung muka nya..opsss bukan apa yer ...jangan salah paham....bukan apa...suka tengok gaya dia sahaja...kalau dia tak tegur akak pasal bilik tidue, mesti bilik tidur akak ditakuk lama lagikan ( terima kasih adik beradik 69 yang memberi teguran...), cara berpakaian dan macam macam lagi kecuali revlon yer...itu bukan dia yang nasihat, itu adalah akiko ...tapi akiko ajar saja cara penggunaannya.....
namun sekarang nie kenkawan mula perasan yang akak nie mcm dah lain..muka macam ada masalah ajer layaknya....nie yang usah nie..perlukah akak menjadi plastik uolsss...masa susah pun nak pura pura ceria...tak boleh.....apa pulak masalah yang akak hadapi yer?
1. dah lama tak jumpa my baby, hairul...
nie masalah yang paling utama dalam hidup akak. dah seminggu tak jumpa dengan my baby, katanya di bz dengan kuliah, maklumlah tahun akhir, namun kadang kala di hati kecil terasa macam dia berbuat "nakal" di luar kot..entah ..lah malas nak pikir..tu lah kadang kala emosi agak terganggu yer....tentang hairul pulak, semakin hari dah menyepikan diri...kalau dulu ada masa gak lepak , datang tengok bola, tapi sekarang dah kurang..mungkin bertemu jodoh dengan awek awek kat luar sana..tahniah hairul arsenal. melihat kebahagian kapel kapel lain, contohnya ej dan shah yang dah masuk setahun, kadang kala terasa cemburu sedikit dihati...apa apa pun akak doakan kan bahagia.....begitu jugak dengan mat, semakin hari semakin kekwat dan menjauhkan diri ...entah lah...rasanya dah 33 nie..macam sesuatu sangatkan
2. darah tinggi dan kolestrol
ini yang paling menakutkan dalam hidup ini, terpaksa makan dan control makan jugak, kadang kala rasa macam nikmat makanan itu ditarik pulak....bila melihat kenkawan makan makanan yang sedap sedap, kita pulak makan nasi putih dan sayur campur, erm rasa muak asyik menu yang sama ajer setiap hari yer.....dalam usia 33 tahun, akak dah kena darah tinggi ..opsss erm masih muda lagi...yang penting hari isnin nanti, akak akan check semula kat klinik idzham yer...kolestrol pun banyak dalam badan agak nie, telah ditegur oleh doktor..meminta akak bersenam yer....nasihat daylan mudah sahaja..."catwalk sahaja dari blok L 39 ke kedai pandanjaya tomyam...." sambil melaser akak katanya....
3. adik nak tunang dan kahwin
apabila adik lelaki akak yang berusia 29 tahun mengambil keptusan nak bertunang awal, maka kami adik beradik menjadi huru hara katanya....tup tup nak tunang masa tahun baru cina dan akan berkahwin dalam bulan mei, maka setiap minggu lah adik beradik berkumpul dan bertemu dengan ibu dan ayah di kuala lumpur...maka hari sabtu dan ahad , masa akak dipenuhi dengan perjumpaan family..dan ini menjadikan adik beradik 69 lain macam....seolah olah mereka ingat akak tak heppi dengan adik beradik 69 lah..nak jauhkan diri dari adik beradik 69 lah...bukan lah macam tu....tak baik tau ( ikut nada kak farah yer)...akak sayang uolsss semua..tak kan lupa jasa baik uolsss...masa susah pun uolss yang tolongkan..so buat apa nak jauhkan diri pada orang yang pernah membantu kita kan?
jadi apabila masalah ketiga tiga nie bergabung dan ditambah dengan masalah masalh lain, maka akak pun jadi tak ceria sangat lah..senantiasa monyok, kadang kala terpaksa buat buat heppi dengan uolssss...ta;pi kadang kadang bila dah over dose, macam semalam , rancangan bersama kak misha dan pengusaha citra ayu....memang lawak giler katanya....sakit perut akak, dah lama tak gelak macam tu yer....jadi bagi adik beradik 69, jangan lah buat spekluasi yang bukan bukan pada akak yer.....
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
2 comments:
takde sape pun yg buat spekulasi... cikgu yg salah faham kat adik beradik kot. kitorg tau cikgu byk perkara yg difikirkan, tp sbg kwn dan juga adik2 cikgu, kami nak meringkankan beban cikgu... bkn menambahkan tekanan lg. jd cikgu jgn fikir kami ni salah satu problem utk cikgu pulak ye... tak baaaaeeeekkkk (kak farah trademark ye)
btw, thanks for the wish. cikgu mmg care bear!!! hehehehe...
apa pun tugasan, masalah atau tanggungjawab yg perlu cikgu selesaikan... uruskanlah satu persatu. bkn semua benda boley kita buat dlm satu masa... dan yg penting, jgn la terlalu memikirkan sgt. nnti lepak2 ngan keluarga pun cikgu nmpk tak ceria. kami rindukan cikgu yg dulu... yg selalu buat kami ketawa dan ceria.
love u kak long!!!!
terima kasih atas komen yang diberikan oleh ej yer..sangat panjang lebar katanya...cikgu sangat terharu tau..tetiba pulak rasa macam nak menangis pulak...emo sangat nie kan...
yup , cikgu akui sekarang ini macam banyak yang perlu diselesaikan...dan cikgu harap semua berjalan dengan klancar ( dah mula dah dengan bahasa cikgu cikgi)..memang cikgu rindukan adik beradik lain yer..insya allah bila dah ok, nanti boleh lah cikgu menjadi pengacara yer...dah lama tak jadi pengacara tau....
Post a Comment