akum semua..apa khabar? sihat?alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping teman , keluarga dan orang yang tersayang...so macam mana dengan kerja hari ini? maklumlah hari inikan hari isnin, so pasti semua orang macam malas malas nak pi kerja kan?


oklah dah tengok tajuk entry kali ini? yup kali ini akak nak cerita pasal lawatan muhibbah dari kenkawan yang dah lama tak datang dan tak jumpa iaitu nas dan alem...ceritanya begini yer, dalam pukul 8 lebih firdee menghantar sms dan memberitahu yang dia akan datang ke pusat tuisyen, pada awalnya dia tak dapat datang sebab ada hal..tup tup dia hantar sms nak datang..akak pun tak kisah lah kalau dia nak datang...


lagi 10 minit kelas nak abis, dia antar sms yang berbunyi " kalau budak dah turun, tolong tipon yer " so sebaik sahaja anak anak murid turun dari lif, teruis akak kol firdee ...sambil tu pose pose kemas barang di atas meja lah.....tup tup bila pintu pusat tuisyen dikuak, terpacul 3 orang insan yang dah lama akak tak jumpa iaitu ej, nas dan alem yer...punyalah terkejut sangat...si nas siap dsalam ala ala cium tangan katanya...punyalah heppi dan terkejut beruk akak masa ittewww


rupa rupanya firdee berpakaian santai sahaja, patutlah dia tak mahu naik semasa anak anak murid ada tadi, akak paham..kenalah jaga statusnya bukan ? tiba tiba ada seorang anak murid yang parents belum datang lagi, namanya amin khalili, so amin tu naik semula ke pusat tuisyen , sepanjang amin menunggu ayahnya, maka di interview oleh si nas dan alem. apatah lagi si amin tu sangat handsome dan cute lah....


akak pun menghantar amin turun ke bawah, ayahnya dah sampai ....cupp... sebelum hantar amin ke bawah, akak terserempak dengan hans dan kak farah di muka lif..wah ramai sangat lawatan muhibbah kali ini..ala lala mengejut kan...semoga pusat tuisyen firdee ini menempa kejayaan pada hari yang mendatang yer.....akak pun kemas kemas lah meja dan bersiap untuk pulang. apabila air cond dah ditutup, lampu dah semua di tutup jugak, akak pun menguncilah pusat tuisyen, agak mencabar sebab pusat tuisyen tu banyak sangat pintu keselamatannya....


sambil tu si nas dan alem melahar beg kerja akak...ala ala makcik katanya..wah wah wah....tak perlah tak kisah..dalam lif pulak ....akak dapat call dari si azrun yer...tapi takleh cakap lama lama sangat sebab bz berbual dengan kawan kawan. kami decide nak makan kat pandanjaya tempat biasa, apatah lagi kak misha dan amy serta am dah menunggu di situ yer.....dalam keta, akak sempat bertanya pasal ketiak nas dan alem yang senada warnanya..adalah mereka memakai produk untuk mencantikkan ketiak mereka yer? erm emtah lah...hanya mereka sahaja yang ketawa sahaja....meriah dalam kereta tersebut jugak pasal isu warna ketiak yang senada ittew yer.....


sampai sahaja di pandanjaya, kelihatan, am , amy, kak misha dan erry sedang makan disitu yer..akak agak sentap sebab diaorang tak nak sambung meja..tup tup satu meja sahaja...sedangkan ramai sangat yang makan yer....last last si nas yang gagah itteww dan si rahim (pekerja tomyam) angkat meja dan gabungkan...kami pun order..akak sangat tak puas hati dengan layanan diaorang malam nie..servis sangat lembab yer....bila order tu lambat sangat sampainya..sampai 2 atau 3 kali repeat order tersebut...


bila dah sampai makanan, kami pun makan sambil melahar lahar...tak cukup lengkap kalau pepondan kalau tak berjumpa tak melahar ..macam macam lah laharnya..antaranya ialah kak misha melahar akak supaya minum susu anelene ( opss ejaan tak sure) sekiranya ingin mendaki gunung katanya....sebutan akak salah ditapa sejadah " sebenarnya ditepi sejadah", pasal kak farah yang selalu cakap salah iaitu "masuk ke dalam gunung katanya" , dan macam macam lagi lah....ada masa kami tergelak..ada masa kami mendiam kan diri..tapi topik jantan tetap menjadi hidangan yer


kak misha jugak menceritakan pengalaman dia menjadi pondan kepada kami semua...sambil menunjukkan gambar jantannya kepada kami......kami terpegun dengan perubahan yang berlaku pada kak misha yer..sangat hebat perubahan tersebut bukan? bukan itu sahaja, isu beg tangan kak farah, kak ej dan kak firdee ( ala ala set datin datin) pun menjadi buah mulut yer..masing masing mempunyai kelebihan sendiri bukan....


diaorang jugak menegur akak yang selalu bertanya soalan yang berulang ulang apatah lagi akak farah macam tak suka bila akak tanya pasal tempoh hubungan dia dengan si hans......rasa macam dah lama mereka berkapel..tup tup baru 4 bulan sahaja...sempat jugak akak bertanya kepada si hans sama ada memberi kebenaran pada kak farah menyertai pertandingan supermodel nanti..nampaknya hans tak mahu memberi kata putus...


akak jugak sempat menerangkan mengenai pelanggan yang datang pada malam ittew yer..semuanya muka muka yang lama sahaja..dan akak sangat kenal dengan pelanggan yang datang..maklumlah kami ini datang 2 atau 3 kali ke kedai tersebut yer....oleh kerana ramai esok kerja pagi, kami pun bersurai..terasa rindu dengan nas dan alem yer..maklumlah mereka ini sangat jarang nak jumpa dengan akak....selepas salam salam kami pun bersurai


buat nas dan alem..akak sangat terkejut bila uolss datang secara mengejut yer..terima kasih kerana datang melawat pusat tuisyen kami yer....dan kepada ej pulak, napa sedih ajer nie...tak best lah ej tak ceria tau..selalu ceria ..hari nie macam tak ok...biasalah akak paham sangat yer..kepada hans dan kak farah...semoga ceria selalu...tolong lah update blog yer......