akum semua....ini merupakan entry yang ke 2 buat bulan januari yer..maklumlah dah lama tak menulis entry untuk blog yang tercinta nie...ala ala macam 6 hari dah tak tulis, so tulislah sikit demi sikit yer ...oklah tak mahu cakap panjang panjang..dah tengok tajuk entry kali ini..ala takkan entry sedih lagi kot.....takper...akak pun bukan lah sangat pandai nak tulis pasal soal hati nie sangat...
kalau ada masalah cinta akak lebih suka refer pada kenkawan sahaja..minta pendapat daripada akiko tomsen sunade, atau minta pada kak lang iaitu erry..dan sekarang nie banyak mintak pendapat pada kak teh 2 , mr firdee...berkongsi masalah katanya..bagi akak setiap orang mempunyai pendapat masing masing, pendapat yang diberikan adalah bergantung kepada pengalaman masing masing , tak pun dari cerita kenkawan...tak pun dari pembacaan...apa apa pun pendapat , kita kena dengar..bukan kena bayar pun kan, so dengar dan ambik iktibar dari apa yang diperkatakan...
apa itu cinta? entah lah..masing masing akan memberikan pelbagai pandangan mengenai cinta..kalau miss miss yang masuk pertandingan ratu chantek, mesti akan cakap cinta tu luas lah, cinta pada diri sendiri lah, alam sekitar lah, cinta pada flora dan fauna lah dan sebagainya...tapi bagi akak cinta ini satu perasaan yang susah nak diungkapkan....dia kadang kadang hadir tanpa kita duga bukan? apatah lagi percintaan yang melibatkan pasangan lelaki dengan lelaki ini yang begitu pelik sekali..
pernah akak ajukan kepada kenakwan..perlu ker cinta? ada yang kata perlu dan ada yang kata tidak perlu...bagi yang berkata tidak perlu, mereka memberi alasan bahawa tidak perlu bercinta kerana takut akan menganggu prestasi kerja, tak mahu buang masa, tak mahu buang duit, mahu tumpukan diri sendiri dan pelbagai alasan lain yang diberikan....jenuh jugak akak menilai yang masa satu betul atau yang mana satu salah
apabila bercinta, wowo itulah saat yang paling indah...yang paling kekal dalam ingatan kita bukan, apatah lagi saat saat mula berputiknya cinta itu, semuanya terasa indah sahaja....setiap saat kita akan teringatkan orang yang tersayang, ini lebih bermakna apabila orang yang kita cinta itu pun sayang kat kita....tapi yang takut apabila kita bertepuk sebelah tangan..itu amat menyakitkan..kalau itu yang berlaku..baik kita angkat kaki yang tunggu yang lain
ramai yang kata tak perlu kita mencari cinta, sebab cinta itu akan hadir dalam hidup kita..yup itu mungkin satu anggapan yang betul yer....apa apa pun bergantung pada kita..kadang kadang cinta ini tak boleh diduga..dia datang secara tetiba..kadang kadang kita terlanggar di bus stop pun boleh berjumpa dengan orang yang kita cintai...itu belum lagi berjumpa secara secara online yer kak lang...tak pun satu tempat kerja..sapakah ittewww...tak pun jumpa di jaya jusco maluri ...tak pun jumpa dikedai makan? atau berjumpa di parti buih katanya..masing masing dah bertemu jodoh ditempat yang tidak disangkakan....
namun apabila tiba musin yang dingin, cinta itu pun akan layu secara perlahan lahan dan itulah saat yang paling ditakuti oleh setaip insan yang bercinta....apabila masing masing cuba mempertahankan ego masing masing...dan akhirnya cinta itu akan berlalu pergi.....masing masing tidak cuba mempertahankan rasa cinta itu...
emosi bertukar..dari ceria menjadi sedih...dari aktif menjadi pasif.....makan dan minum pun tidak dihiraukan..kepada yang mengalami perasaan ini, bangkitlah dari dunia khayalan kita nie.....menangislah puas puas....ceritalah dan berkongsi masalah dengan kenkawan anda....insyallah anda akan rasa lega..memang yang mendengar hanya mampu berkata kata memberi nasihat, namun yang menanggung beban adalah kita sendiri.......
sekarang ini akak cuba melawan kesepian....cuba melawan cinta agar dapat menstabilkan diri ini..namun gagal juga yer....akak nak tulis entry ini...tapi tak kesampaian sebab akak malu nak cerita apa masalah akak sebenarnya....nantilah akak citer...dan lagi satu entry ini bukan ditujukan kepada sesiapa, ini adalah entry untuk akak, apa yang ditulis ini baru permulaan sahaja yer....isi yang tak mampu akak nak tulistakut uolss semua muntah .....nanti lah
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
1 comments:
tak baik tau kaklong... i jumpa hans kat bas stop jer...opsss! ehhehhe
Post a Comment