akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer...so macam mana dengan hari cuti nie? seronok? happy tak? apa program uolss nie? erm bagi yang bersekolah, esok dah kena pi sekolah yer..jangan pulak kau orang pose pose kat umah pulak esok...dah cukup seminggu cuti kan? so apa lagi..pi lah sekolah ek...
oklah uols dah tengok tajuk entry akak kali ini? oh yes, buat pengetahun uols semua, akak dan kenkawan telah pergi menghabiskan masa dengan bercuti di genting highlands uolss..pi genting katanya...sebenarnya kami semua tak planning pi sana yer...hanya ini merupakan planning mengejut sahaja....
dalam pukul 11 lebih, akak yang tengah pose pose di bilik kerana demam lite lite telah menerima sms dari kasandra yang mengajak pi genting, pada awalnya akak malas nak pi uols, sebab rasa tak sihat dan sedikit masalah kewangan yer ....namun apabila kenkawan lain pun pergi, akak pun ikut serta . rasa macam rugi pulak tak pergi kan, sebab yang last akak pi genting 10 tahun yang lepas kot..haha bayangkan dah lama uolss sepuluh tahun yer..itu pun dengan akiko dan jugak dengan bekas ex akak iaitu zulfaizal...
oklah, apabila semua orang dah setuju, akak, daylan , firdee dan hamie ( geng pangkorina) pun bertolak ke genting, tak dapat digambarkan perasaan masa tu, sebab seronok pulak rasanya, rasa demam tu dah hilang yer..gitteww kan ...apatah lagi dah 2 hari tak jumpa firdee dan daylan sebab akak demam, so rasa rindu pulak dengan diaorang, dalam keta lagi kami dah mula sessi lahar melahar dengan gembira sekali yer...bukan lahar sentap menyentap ek..
oleh kerana , akak , daylan dan hamie belum makan lagi, firdee mengajak kami makan di hentian genting sempah kot..opss sorry lah kalau akak salah eja nama tempat nie sebab akak pun tak ingat ..makan makan nasik campur di sana...malangnya, minuman di sana sangat hampeh...sakit hati kami, tapi tak kisah lah, asalkan hajat kami ke genting kesampaian giteww....
kami meneruskan perjalanan, sepanjang perjalanan firdee tak berhenti henti menerangkan satu demi satu tempat yang menarik di kawasan tersebut, akak dan yang lain hanya mendengar dan sekali sekala bertanya yer, ala ala pemandu pelancong ajer firdee itu yer....heheh sian firdee yang terpaksa melayan pertanyaan dari pelancong pelancong asing nie kan...banyak jugak tempat menarik yang akak dan hamie serta daylan belum pergi...
kamsi sampai di stesen kabel , cepat cepat kami pi beli tiket, dan masa tu ramai pulak pelancong dari luar negara datang ke genting jugak, setelah kami mendapatkan tiket pergi balik, kami semua beratur untuk menaiki kabel ke genting, omak aii ramai sekali orang yer...bila sampai giliran, satu gundala itu hanya mampu memuatkan 8 orang sahaja, so kami berempat berkongsi dengan seorang pakcik melayu dan seorang lelaki cina kot..so kami hanya diam sahaja, maklumlah takkkan kau nak pecah lubang dalam gundala itu kan,
firdee seperti biasanya menceritakan kisah pengalamannya bekerja di genting kepada akak yer, dan yang hairan pakcik yang berbangsa melayu tu seolah olah ingin turut serta berbual dengan kami katanya...hehehehe...sebaik sahaja kami sampai di genting, masa tu hari dah mula mendung, hujan pulak, so kami bercadang untuk berjalan jalan di bahagian dalam sahaja yer, satu demi satu tempat firdee tunjukkan pada kami bertiga, oh yes jangan lupa yer, kalau bawak hami dan daylan , mesti ada sessi tangkap gambar yer...
kami pun berjalan satu demi satu bahagaian di genting sambil mengambil gambar, kalau nak tengok gambar, sila ke blog firdee yer, sambil tengok gambar atau entry pasal genting, jangan lupa untuk membaca novel terhangat dari kasandra yer ....akak rasa lapar dan haus pulak , kami singgah di tempat makan ..mamak rasanya....pergh best lah mi rojak mamak tu. selepas itu, kami terus berjalan dan bergambar...
hamie pulak terasa nak pi rumah hantu katanya, firde pun macam teruja, hanya akak dan daylan yang macam berbelah bahagi sahaja lah....namun setelah diracun , akhirnya akak pun setuju lah...hanya teringat rumah hantu di bukit merah sahaja..hehehehe..so kami pun beli tiket, ada seorang mamat yang berpakaian seperti hantu ( warna hitam) agak over yer...ada ker dia sergah akak mas anak serahkan tiket....hanjing..terkejut lah akak kan...'
masuk sahaja ke rumah hantu, kami berempat berdebar debar, masing masing tak mahu menjadi orang yang paling hadapan sekali ..maka bertolak tolakkan lah kami antara satu sama lain..kelakar sungguh....belum masuk dah takut, tapi bila mengenangkan dah bayar, rugi pulak kalau tak masuk kan, kami pun beranikan diri, akak seperti biasa, akak memegang tangan atau pun lengan kawan sambil tunduk ke bawah..tak pandang pun ke depan uolss...kelakar kan...pandang ke bawah sambil menjerit seolah olah untuk menjiwai watak yer....hehehe'
aiyoo..uolsss memang akak dah penat di dalam rumah hantu yer, yang kelakarnya, ada ker kami mengadu kat "hantu " tu yang kawasan tu gelap..aiyoo hantu tu tak layan, dia terus mendekati kami sambil memukul dinding, mungkin dia mahu kami meneruskan perjalanan walaupun dalam keadaan gelap yer....kami mengadu lagi pada hantu tu , " ada tak lampu suluh bang?"
kelas tak kami, mintak lampu suluh kat hantu tu...dan yang penting panggil hantu itu "abang " katanya..mana kau tahu hantu tu lelaki ke perempuan kan? ....
setelah penat melontar vokal, kami pun keluar dari rumah hantu itteww..dengan perasaan yang ceria sekali...tadi kami takut, lepas tu ceria pulak...si daylan nak pi main satu permainan yang melibatkan laser..kami pun pi lah tgk tgk, macam tak mencabar..so kami beralih ke roller coaster dalam tu, alal tak lah mencabar sangat kot........kami beli tiket, dan beratur untuk naik, tak ramai sangat orang lah naik roller tu, akak dok sebelah firdee, bila bergerak akak dah mula tutup mata ( hanjing kan akak nie). tapi seperti biasa akak akan melontarkan vokal akak di atas roller coster tersebut yer.....
heheheeh, nak jatuh gak jantung nie walaupun tak lah mencabar, oklah uolss best dan last sekali kami pi tengok satu cerita pendek sambil memakai cermin mata hitam, 3 D katanya..wowo best lah uolss....akak tak pernah tengok benda macam nie, sambil tengok movie tu, akak menjerit jerit lite lite lah..kisah seorang budak yang tertinggal bas sekolah, dan terpaksa menggunakan satu benda khas yang boleh membuatkan dia terbang untuk sampai ke sekolahnya, namun semasa dalam perjalanannya itu, dia terpaksa menempuh pelbagai halangan gitteww....heheheheh, bila dia masuk dalam terowong, akak pun dapat rasakan akak akan masuk dalam terowong jugak uolsss...
sebaik sahaja kami keluar, kami bercadang untuk balik ke cheras lah, tambahan esok masing masing dah kena kerja kan..kami singgah makan di sebuah restoran ....erm servis sangat teruk....lepas kami makan, kami terus kan perjalanan.....daylan tertido di bangku belakang..akak dan kasandra bergelak ketawa mendengar satu stesen radio yang jiwang yer..hamie kadang kadang mencelah perbualan kami..akak sampai di pandanjaya dalam pukul 11 30 malam..memang letih..dan mula terasa nak demam pulak kan......namum dengan gigih terus menaip entry untuk percutian di genting ini....
inilah satu pengalaman yang tak kan akak lupakan yer..nantikan gambar gambar di blog firdee yer....
0 comments:
Post a Comment