akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira di samping orang yang tersayang..akak disini pun sihat..agak kesejukkan disini yer, maklumlah musim hujan sekarang nie..asyik mengantok sahaja ..persoalan yang timbul adakah air hujan sekarang mengandungi dadah...atau pil tido? sebab akak kena hujan mesti rasa nak mengantok uols...
oklah uolss semua dah tengok kah tajuk entry kali ini..wah wah kisah cinta kah lagi ? aiyooo udah udah lah tu, dalam usia 33 nie masih lagi nak cerita pasal cinta kah ? bukan lah uolsss ..bukan kisah cinta..nie kisah cik arnab akak ....sebagaimana yang uolss tahu cik arnab akak sekarang ini telah dipelihara oleh anak buah akak di flat sri melaka ...dan nama cik arnab akak di tukar, dari fareeza natasya rabiatul azwa kepada nama yang pendek sahaja iaitu Fiona....hah kelas tak nama baru cik arnab akak?
uolss semua tahu kan bagaimana perih jerih akak menjaga arnab akak? yup uolss dah rasa macam oshin pulak bila menjaga arnab ittew yer, maklumlah, balik ajer dari kerja mesti "mengoshinkan diri" membersihkan bilik yang penuh dengan tahi arnab yer....oh ye ..ada perkataan baru yang akak nak perkenalkan iaitu "mengoshinkan diri" bermaksud membuat kerja terlebih masa dengan sukarela atau pun paksa rela..kira macam overtime lah...tapi kalau uolss boring boring pastu terus buat kerja, itu jugak boleh dikategorikan "mengoshin kan diri "
contoh ayat yer.." ermm mak boring lah uols..baik mak mengoshin kan diri mak " sambil pose pose membasuh pinggan mangkuk yer...tak pun begini " erm , uolss lapar tak, biar mak mengoshin kan diri dengan masak cekodok dan teh tarik yer, " hah itulah contoh ayat yang boleh anda gunakan ..asyik marie ajer yang glamer..tak adil lah..baik kita glamer kan oshin yer....dah dah dah..aku dah mula dah melalut yer....
oklah sebenarnya begini, semasa nak bertolak balik tadi, akak terdengar perbualan antara nabiela dengan ibunya di dapur ..
ibu nabiela : eh , nanti kita kasi fiona kat nenek dan atuk lah yer..biar atuk dan nenek jaga ...
nabiela: eh napa pulak..biar fiona duduk kat umah kita
ibu nabiela: ala ibu tak larat nak jaga lah...berak dia banyak, pastu berbau pulak ..nanti umah kita macam bau pet shop pulak...
nabiela: alah sian fiona lah ibu..nanti dia menangis lah ibu..
ibu nabiela: mana kau tahu dia menangis....biela ibu arnab kah ( omak oiiii laharnya )
nabiela: eh mana ada...biela bukan ibu dia lah.....mana boleh biela lahirkan arnab bu...tapi tanyalah pak lang dulu...nanti apa kata pak lang
ibu nabiela: alah..pak lang kau tak kisah kot....tapi kau pi tanya pak lang kau .....
erm itu lah tadi sedutan perbualan diantara nabiela iaitu anak buah akak dengan
ibunya...yang mana mereka berdua merancang untuk mengeksport cik arnab akak ke kampung..sian pulak akak dengan cik arnab akak tu yer..nanti jadi gadis kampung...mesti akan makan kangkung sahaja sedangkan di bandar beliau selalu memakan lobak yer....( apa bezanya lobak dan kangkung itteww)
adakah cik arnab akak mampu tinggal di kampung? mungkin cik arnab akan sihat dan montel kerana menyedut uadara yang segar, mampukah cik arnab bergaul dengan cik ayam , cik itik, cik kucing dan macam macam binatang yang ada di kampung akak nanti? mampukah mereka wujudkan satu tali persahabatan? ontah lah..namun pada hemat akak tak perlulah hantar ke kampung
cik arnab tu tak salah apa apa pun , hanya disini akak salahkan diri akak, mula mula nak jaga, pastu kasi nabiela pulak..sepatutnya akak tak perlulah kasi kat nabiela sebab itu adalah pemberian orang yang perlu dijaga dengan baik bukan ?...nantilah akak akan bincang semula..kalau nak hantar ke kampung, baik hantar semula ke pandan jaya lah sebab jangan pisahkan akak dan cik arnab akak yer....gittew....