akum semua...apa khabar? sihat ? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer...akak disini sihat sahaja..alhamdulillah hanya penat sedikit lah yer, maklumlah sekarang ini di rumah uncle di kuala pilah..
buat pengetahuan pembaca yang tersayang akak minta maaf lah sebab dah lama tak up date blog akak nie...ya allah sangat busy lah uolsss...betul....ini baru ada kesempatan untuk up dated yer..opss tersasar pulak yer...oklah, sebenarnya akak baru sahaja balik ke kuala pilah sebab ayah akak ditahan wad di hospital kuala pilah ..
dalam pukul 12 tengahari semasa kaka nak bersiap siap pi kerja, akak terima panggilan dari ibu di kampung, menyatakan ayah di wad kuala pilah, kalau ikutkan ayah, dia tak mahu anak anaknya tahu sebab nanti akan menganggu kerja masing masing. namun mak pulak fikir, lebih baik anak anaknya tahu dari mendiamkan diri atau merahsiakan perkara ini..
terus akak menghanatr sms kepada majikan akak heheheh iaitu firdee untuk meminta cuti dan berjanji akan mengantikan semula kelas yang dibatalkan hari ini. akak jugak sempat menghantar sms kepada akiko memberitahu hal yang sama. tanpa membuang masa terus pi lrt pandanjaya , ke bts, ambik komuter dari sana dan terus ke seremban...
dari seremban ambik pulak bas ke kuala pilah pulak, perjalanan ke pilah memang agak jauh sedikit kerana terpaksa merentas bukit putus, berpinar pinar kepala akak masa tu yer..sampai sahaja di hospital kuala pilah terus pi tanya kaunter pertanyaan untuk mendapatkan no bilik ayah akak yer...
samapi ajer di katil ayah, nampaknya ayah sedang tidur, tidak mahu mengggangunya, akak duduk diam diam disisi ayah yer..ketika itu air mata mulai mengalir, bila melihat jalur jalur tua dimukanya, menggambarkan kepayahan dan kesusahannya membesar kan kami 6 adik beradik ..masa itu tergambar segala kenangan akak bersama dengan ayah yer....ayah seorang bekas askar yang sangat tegas ketika dulu.
kami adik beradik sangat hormat dengan ayah, walaupun jarang bersuara , namun apabila dia bersuara sekali, sudah cukup membuatkan kami terdiam, namun dalam ketegasan yang ada di dalam dirinya, ayah seorang yang mementingkan pendidikan anak anaknya....akak terus memandang ke arah mukanya ...entah mengapa air mata terus mengalir....tak tahu apa silapnya....hanya berasa sangat sedih sebab itulah ayah yang akak ada dalam dunia ini..dalam usia yang semakin lanjut, hanya hanya menunggu panggilan dari tuhan sahaja ( jauhkan lah...panjangkan lah umur ayah )
terkenang semasa menghantar firdee dan keluarganya di klia, ayah firdee juga seorang yang sangat mengambil berat tentang anak anak nya, setiap masa dia bertanya kepada firdee sama ada mengantuk atau tidak semasa memandu, maklumlah masa tu pukul 4 lebih rasanya, namun demi kasih sayang sayang seorang anak, firdee menyatakan dia ok sahaja..terasa sedikit cemburu melihat ayah firdee yang mengambil berat pada firdee..untung dapat ayah begitu bukan..
tiba tiba ayah membuka mata, cepat cepat, akak menyeka air mata , dan berpura pura tersenyum agak terkejut dengan kehadiran akak, namun dari raut mukanya akak tahu dia sangat gembira denga kehadiran akak masa itu...akak berbual bual dengan ayah dan ayah kelihatan ceria sekali .....apabila jururawat menghulurkan dulang yang berisi makanan, akak terus menyuapkan makanan pada ayah..masa itulah kami berdua masing masing terdiam...akak dah mula mengalir air mata ( masa menaip pun nie pun tengah menangis nie)
kami diam sahaja, ayah mengunyah makanan perlahan lahan sambil mengalihkan matanya ke tempat lain mungkin tak mahu tengok akak menangis yer....namun, akak tak leh tahan lagi...kasih sayang ayah tak mampu akak membalas nya..hanya tuhan sahaja yang tahu.....selepas makan, ayah pun makan ubat ..dalam beberapa minit dia pun terlena.....akak terus memandang wajah ayah yang sayu itu....hanya berharap agar tuhan memanjang kan umur dan dimurahkan rezeki untuk ayah yang tercinta......sesungguhnya ....kasih ibu bawa ke syurga , kasih ayah sepanjang hayat......
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
0 comments:
Post a Comment