akum semua apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang..akak disni pun sihat sahaja, hanya letih letih sikit lah..aiyoo dah masuk 3 hari masih lagi letihkah? yup uolss letih lite lite sahaja nie....oklah so macam mana dengan kerja? ok kah? baguslah kalau ok kan..


oklah uols dah tengok tajuk entry kali ini? yup kali ini akak nak berkongsi mengenai keputusan peperiksaan spm 2008 yang diumumkan hari ini serentak diseluruh negara, pelajar spm yang tuisyen dengan akak tahun lepas ialah seramai 5 orang, 3 orang tuisyen sepanjang tahun, manakala 2 orang lagi hanya akan tuisyen di musim cuti sekolah sahaja..


sejak malam tadi akak dah mula berdebar debar sehingga terbangun dari tidur dalam pukul 3 pagi, pergh kita pulak yang over kan? budak budak yang menjawab soalan, tapi cikgu yang mengajar pulak rasa takut, ...erm parents mereka apatah lagi..spm merupakan tiket penting bagi pelajar untuk menyambung pelajaran di menara gading, malahan spm menjadi kayu pengukur bagi mereka untuk memilih pekerjaan yang baik jugak


namun di zaman sekarang ini, apalah yang ada pada spm bukan? lulusan ijazah berlambak lambak di pasaran kerja sekarang menjadikan persaingan untuk bekerja semakin kuat...jadi bagi kita yang telah mendapat pekerjaan yang baik, bersyukurlah..tambahan pulak ekonomi sekarang yang semakin lembab menakutkan sekali yer..opss tersasar pulak, akak nak cerita pasal spm yer..tiba tiba menjadi guru ekonomi pulak kan?


dalam pukul 11 pagi, satu demi satu sms dan panggilan masuk ke dalam handphone akak yang berjenama amoi giteew..ala ala "amoi" sangat busy yer hari ini....alhamdulillah, keputusan mereka ok ok sahaja..yang paling baik, dapat 4 A sahaja, 6 B..itu dah kira ok..yang paling mengembirakan dari 5 orang yang tuisyen, 3 daripada mereka mendapat A dalam matapelajaran mathematics dan bm , itulah 2 subjek yang sangat penting bagi peringkat spm...

tak terkata gembiranya apabila mendengar keputusan peperiksaan mereka..namun sekarang nie akak telah berkhidmat di pusat tuisyen dinamis..


secara puratanya, 5 orang pelajar itu tidak gagal dalam mana mana subjek yng akak ajar, bukanlah ingin mendabik dada, hanya ingin berkongsi kejayaan dengan para pembaca semua...penat lelah akak semasa membuat bengkel spm masa hari sabtu dan ahad sangat berbaloi( masa tu tuisyen dari rumah ke rumah yer) walaupun akak mengenakan harga yang murah dan rendah sahaja, namun keikhlasan untuk mengajar mereka sangat penting...


sekarang, hanya perlu tolong bekas anak murid dari memberi nasihat tentang pemilihan kursus dan jugak hala tuju yang mereka harus pergi dengan berbekalkan keputusan yang mereka ada..pemilihan kursus sangat penting, maklumlah , takkan pulak kau amik kelas sastera , tup tup kau nak apply kos perubatan kan....hehehehe..so apa apa pun akak ucapkan tahniah kepada sesiapa yang berjaya di dalam spm tahun 2008..siapakah pelajar terbaik spm yer? 30 A kah beliau? entahlah....kita tgk ajer suratkhabar dan berita nanti yer.....