akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping dengan orang yang tersayang..akak disni pun sihat sahaja, hanya tersangatlah penat uolss...aiyooo uoloss sangat penuta panuti ( maksudnya sangat penat yer )mengapakah akak terlalu penat uols?



heheh oklah akak malas nak dolak dalik, sebenarnya pada tanggal 7 mac 2009, akak dan bersama dengan wanita wanita tercantik di asia iaitu firdalina kasandra, akiko tomsen sunade dan jugak fatimah wong telah bertolak dari kuala lumpur ke lumut tepat pukul 8 30 pagi. akak punyalah bersemangat nak pi ke sana, maklumlah akak tak pernah pi pangkor uols...yelah akak nie manalah mampu nak bercutirina uolss..sedihkan kehidupan akak kan? ala ala busy dengan kerjaya sahaja....gittewwkan..



oklah kali ini akak akan tulis mengikut beberapa tema yer..lebih mudah untuk difahami rasanya..kalau nak cerita satu demi satu tak ingat lah pulakkan .so apa kata akak mulakan dengan dengan tema

tema: perjalanan pergi

oklah tema yang pertama tentang perjalanan yer, sebagaimana yang anda semua tahu, akiko dengan gigihnya telah membeli tiket bas untuk pergi ke lumut yer...so kami memang pergi dengan menaiki bas sahaja, malas nak bawak kereta firdee kan, so perjalanan menaiki bas ke pekan lumut mengambil masa dalam 4 jam lebih lah, akak duduk di sebelah firdee manakala akiko pulak duduk di sebelah hamie....anda boleh tengok gambar perjalanan ke pekan lumut di blog firdee nanti ..nantikan sebab firdee tengah busy mengedit gambar tersebut. memang memenatkan perjalanan di dalam bas yer..rasa kejung pulak ....tapi first time pi lumut, akak tak tido dalam perjalanan ke sana...rasa macam rugi pulak nak tidokan.....

sampai di sana , kami pulak menaiki feri pulak uols......wah gitteww.. kami membeli tiket pergi dan balik, senang nanti ...bila naik feri nie rasa macam filem taitenok pulak gak...tetap ada sesi bergambar di atas feri yer, kami duduk di bahagian luar feri sambil membayangkan rambut kami yang panjang mengurai nie di tiup angin .....gittewkan.....

sampai ajer di pulau pangkor, kami meneruskan perjalanan menaiki teksi pulak, ala besar sekali teksinya ala, ala van gittewkan ..yang penting warna merah jambu gittew....tak mahal sangat , satu teksi rm 12 sahaja...so kami tong tong bayar dengan kata lain seorang kena bayar rm 3 sahaja..oklah ..itu pun kena berebut dengan miss miss negara lain katanya....gitteww.kasandra memang tere mendapatkan teksi dengan keperamahan yang dia ada, senang sekali kami mendapatkan teksirina di situ kan..terima kasih kasandra yer....

tema : penginapan miss miss

oklah sekarang akak nak cerita pasal tempat penginapan akak yer pulak, sampai sahaja di pangkorina kami bergegas mencari tempat penginapan yer, satu demi satu chalet kami singgah untuk bertanyakan harga tempat penginapan yer....namun semua agak mahal sekali maklumlah musim tu adalah musin cuti, so harganya tempat penginapan jauh sekali berbeda dengan harga biasanyer.... ...tapi kami dengan kekwatnya telah menyewa satu chalet yang sangat cantik, dan harganya amat berpatutan lah kot , dalam chalet tu ada 2 katil besar, dan 1 katil double decker..ada dua bilik tido dan satu bilik mandi serta tandas sekali..oklah amat berpuas hati sekali dengan tempat penginapan....kalau nak tengok keadaan dia dalam bilik tersebut boleh pi kat lap top akiko atau nantikan sahaja gambar di blog kenkawan lain yer ( mr firdee)...tempat penginapan kami dekat dengan pantai..so senanglah kami catwalk sahaja ke pantai yer....

tema : makanan dan minuman di sana

aiyoo nie yang akak sangat haid nie yer..rasa macam nak bawak makanan dari rumah sahaja yer..kenapa yer kak maria tengku sabri marah sangat nie..sepanjang akak menjadi pengacara jalan jalan cari makan dan jantan nie, inilah pertama sekali akak rasa makanan yang tak sedap sangatlah..sedih sangat.....bila order tomyam, tup tup tak ada katanya..sedangkan dalam menu , sebesar alam ada tulis tomyamrina yer....wah wah kelas kan.....kalau ada tomyam pun rasa macam makan sup pulak, tak ada rasa tomyam..maklumlah kak maria kan ada skandal yang bernama "tomyam" dibelakang nye..sudah pastui akak akan menilai rasa tomyam di setiap kedai ok..

nasib baik makanan laut oklah..so sepanjang kami disana kami banyak makan makanan laut terutama makan sotong yer, sian pulak kak maria yer sebab mesti sotong di sana menderita asyik dicandat untuk dihidangkan menjadi makanan, jadi akak menyeru sesiapa yang spesis sotong, pandai pandailah menjaga diri anda agar tidak dicandat ok..kalau dicandat oleh jantan handsome dan berkerjaya ..baguslah tahniah akak ucapkan yer....akiko sangat suka makan sotong yer..gigih sekali beliau mengorder sotong bakar lah..sotong masak tiga rasa lah....firdee seperti biasa akan mengorder kerang bakar yer..

tapi ada satu kedai yang bolehlah tahan ....teh ais dia sedap lah jugak..ala ala firdee dan kak hah yang yang buat teh ais itttew yer.....nama yang buat teh ais kat sana ialah kak nyah ..wah wah kelas nama kau kan..ala ala mak nyah gitteww..dan seorang pekerja pulak namanya kak nok..ala alal nananya nonok kot.....entah lah...akak sampai lima bungkus order teh ais di kedai tersebut dalam masa 1 hari yer..sebab sangat susah nak jumpa minuman yang sedap disana....

tema : aktiviti

wah kalau pasal aktiviti ini sudah pasti tak cukup ruang nak cerita yer....tapi akak cerita sikit sikit, kalau di dalam pulau apa aktiviti yang uols rasa sesuai untuk dilakukan? heheheheh...sudah pasti mandi laut lah kan..si akiko dan hamieko sangat lah suka mandi laut uolsss..asyik diaorang sahaja yang menguasi pentas laut tersebut..kejap kejap mesti nak ajak pi mandi laut yer......akak dan firdee lite lite ajer mandi laut, bagi akak, takut contact lense akak hilang, tup tup contact lense akak dipakai oleh sotong di sana pulak, melekat contact lense tu kat mata sotong, siapa nak jawab..si firdee pulak berangan jadi ikan duyung yang terdampar di tepi pantai...kelas sekali lakonan beliau yer......siap bergolek golek ....yang penting tetiba ikan duyung itu bertukar menjadi manusia setelah sarungnya hilang..tup tup ada tumbuh kaki pulak....posisi kaki sangat vogue, ala ala segitiga bersudut tegak katanya....

selain mandi laut , kami jugak berkayak uols..hah jangan kau hengat miss miss nie tak reti berkayak yer, akak satu kayak dengan kasandra yer, hamie dan daylan satu kayak....kami berkayak dari satu pulau ke satu pulau uolss..tapi pergerakan kayak tu sangat slow lah maklumlah mis miss yang berkayak, tak mahu over sangat nanti keluar pulak otot otot uolss takut pulak orang tengok kan..seronok jugak uols berkayak, kami tak mahu berpisah jauh sangat..nanti susah pulak..so kayak kami berdekatan antara satu sama lain...tapi masa nak balik tu berpisah jugak dengan kayak akiko .....dah lah panas, berkayak pulak ...... terus akak dari miss colombia menjadi miss aruba tak pun miss bhutan uolsssss...

kami jugak pi snorkling uolss..konon konon nak pi tengok ikan ikan di dasar laut, mula mula sangat bersemangat uolss.maklumlah bagi akak ini merupakan pengalaman kali pertama yer..so jangan lepaskan peluang untuk mencuba yer....abang kat sana mengajar kami menggunakan peralatan tersebut yer.....mula mula akak rasa ok, pastu penat lah uols...ikan adalah nampak...tapi penat sangat...pastu kaki luka luka lah...sebab batu karang kat sana sangat tajam.... kesian pada firdee dan akiko yang banyak mengalami kecederaan semasa melakukan aktiviti itu...yang paling bersemangat ialah amy ketika ittew ....masing masing bila dalam air, macam kucing dalam air akak tengok..huru hara ..kelakar pun ada jugak......akak rasa dah macam separuh nyawa dah kat air ......

kami jugak naik banana bot..katanya..bayaran murah ajer rm 15 seorang yer.....kami naik dalam tujuh orang, lima orang bapok, dan 2 orang lelaki tulen...tulen kah...abang yang membawa bot mengajar kami cara cara untuk menjaga muka semasa kami akan dijatuhkan nanti...punyalah kami seronok, kasandara yang duduk dibahagian depan menjerit jerit kegirangan sekali yer..kami pun pecah lobang lah semasa bot itu bergerak, ala ala orang tepi pantai pun terdengar sore kami nie menjerit ketakutan lite lite....bila nak diterbalikkan..kami pun pose pose tutup muka ..tapi semuanya ok..hanya akak banyak terminum air laut kot..banyak sekali. ala ala 1 liter kot...gitteww kan

malam terakhir kami ada photoshoot di tepai pantai, temanya melompat sambil pose yer.....juru kamera akan mengambil gambar semasa miss miss ini melompat .....mula mula hamie dan daylan yang mulakan konsep ini , terus berjangkit kepada kami semua.....so dengan girangnya..kami semua melompat dan akan diambil gambar..macam macam aksi yang kami buat...tapi aksi yang paling buruk ialah dari akak lah kot..sebab akak selalu menggangga ajer mulot akak nie...tak elok langsung lah akak rasa macam tu...sangat burok sekali lah uolssss....tapi yang penting kami sangat seronok ketika ittewlah...

tema : keramahan penduduk pangkor

ramahkah penduduk pangkor uols? entahlah..akak tengok diaorang nie hanya ramah untuk menarik pelanggan sahaja yer..namun ada jugak yang terlebih kurang sopan dengan group group kami ini..mungkin cara mereka begitu kot...ada satu kes, seorang mamat nie, bertindak keterlaluan dengan menarik pareo kasandara yer..namun kasandra dengan sopan, menolak dengan cara yang baik yer.....kebanyakkan mereka nie, mungkin mabuk kot..opsss tak tahulah...takut nak keluarkan statement yer....tapi yang penting, hamie telah dingurat oleh seorang abang nelayan katanya......

akak jugak ada pakai baju yang ada lambang bendera thailand..so orang disana ingat akak asal dari thailand kot..apatah lagi kawan kawan akak nie boleh dikatakan chantek chantek tak pun dikatakan handsome handsomelah jugak, jadi akak telah mengatakan kami dari thailand..pelakon thailand katanya..sah sah muka akak nie muka minangkabau kan?


oklah uolsss..itu sahaja yang akak nak cerita pasal percutian akak kali ini, mungkin banyak lagi nak cerita..insya allah nantilah akak ceritakan yer..nie pun nak pi temankan kak misha makan yer.....jumpa lagi di lain entry.....