akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira di samping orang yang tersayang yer....akak disini sihat sahaja .so macam mana dengan cuti hari sabtu nie? heheheh ..seronok? dan apa pula planning pulak kan? sekarang ini asyik hujan sahaja, mesti best kan duduk di rumah sahaja, lepak lepak dan menonton televisyen ker....



oklah dah tengok tajuk entry kali ini? yup kali ini akak nak tulis satu isu yang biasanya berlaku dalam kehidupan kita. oklah akak berikan satu senario lah yer, begini..katakan anda mempunyai seorang kawan, tak kisah lah lelaki atau perempuan, namun dalam kes yang akak nak cerita nie ialah lelaki lah yek...mula mula anda menganggap lelaki itu hanya sebagai kawan sahaja, namun lama kelamaan pulak anda terasa macam dah jatuh hati dengan dia pulak..apa kes nie...



tambah rumit lagi kalau kawan anda itu seorang yang straight ...perghhhh... ini memang mencabar bukan? apa yang perlu anda lakukan? berterus terang kepadanya yang anda suka dengannya? kalau dia terima ok lah kan...tahniah uols..beruntung anda...tapi kalau dia menolak bagaimana? apa pulak yang terjadi dengan hubungan anda nanti? masih jadi kawan kah? atau dia akan menjauhkan diri? ini risiko yang pasti akan terjadi...



andaikan anda hanya menyimpan perasan sahaja, memang suka dengan dia, tapi anda takut nak luahkan perasaan anda kerana takut akan kehilangannya terus dalam hidup anda...mungkin langkah anda sangat tepat, namun ini soal perasaan lah uols..mampukah anda mengawal perasaan cemburu melihat dia bersama dengan awek? mampukah anda menahan perasaan marah apabila matanya meliar melihat pompuan yang seksi?



lebih menyakitkan hati bila ada pulak pondan cuba mengurat dia secara terang terangan di depan anda? adakah anda akan memariekan diri depan nya sambil menghayun beg tangan atau beg kerja ke arah pondan ittew? hehehehe..kelas kan? jadi persoalan demi persoalan terus bermain di minda kita bukan? mungkin ada yang bertanya bagaimana pulak kalau gay dengan gay yer? adakah anda pernah jatuh cinhta dengan kawan gay anda? biasanya kita akan mencebik muka sambil berkata "mak bukan lesbian yer" katanya kan.....



berbalik semula dengan kes tadi....kalau katakan pulak, anda dengan gentle meluahkan perasaan anda kepada kawan straight anda yang anda sangat sayang kepadanya...erm kalau dia menjauhkan diri bagaimana? anda dah hilang seorang kawan bukan? mesti anda akan bertambah perit melihat dia menjauhkan diri dari anda...tak mahu bertegur sapa dengan anda lagi...yup itu pun sakit jugak bukan? di tempat kerja atau di mana mana , anda pasti akan mencuri tengok tengok dia dari jauhkan? sakit bukan? apatah lagi tetiba dia pulak sengaja tunjuk kan dia dah ada awek..pergh terbakar sial .....



bila kita sms dia tak mahu reply, bila di telefon tak angkat pulak kan? mesti lah sakit, kalau dulu, macam biasa sahaja, sekarang dah lain..macam mana anda nak hadapi situasi begitu? terus kan berhubung dengan dia? atau menjauhkan diri darinya? so macam mana? apa yang perlu dilakukan ? dulu kawan? sekarang lawan ? seronok kah macam tu? asyik teringat sahaja dengan dia.....sakit bukan...



jadi, akak hanya nak luahkan isu ini kerana ia pernah berlaku dalam hidup akak, hanya tiba tiba dapat idea nak tulis isu ini. ia tidak berkaitan dengan sesiapa..malahan idea itu timbul setelah akak melihat blog ej yang ada membincangkan mengenai isu ini ....oklah . apa apa pun entry ini bukan lah menarik sangat, hanya untuk tatapan dan bacaan ringan sahaja ok....