akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang..so macam mana dengan aktiviti hari ini? seronok? bagi yang pelajar sekolah, perghhh cuti dah bermula kan? apa lagi...mesti nak lepak dan rehat kat umah kan....


akak disini sihat sahaja, sekarang berada di rumah kakak, di flat sri melaka, nak tunggu makan malam bersama dengan adik beradik ( bukan adik beradik 69 yer) adik beradik kandung. kami baru sahaja balik dari negeri sembilan dan malam ini kami ingin berbincang mengenai beberapa perkara yang melibatkan urusan keluarga....


antaranya kami akan berbincang mengenai jadual untuk menjaga atau pun menjengok ayah dikampung kerana selama ini kami terlalu sibuk dengan kerja masing masing, kadang kadang terlupa dengan ayah dan ibu di kampung..so oleh kerana cuti sekolah, maka kakak cikgu menawarkan diri untuk menjaga ayah selama 3 atau 4 hari, maklumlah kakak cikgu masih lagi menyambung pelajaran di open university,


akak pulak akan menawarkan diri menjaga untuk sabtu dan ahad, itu pun kalau tak der apa apa aktiviti lah, begitu jugak dengan adik adik yang lain. bukan kami nak lepas tangan dalam hal ini, hanya masing masing kena duduk semeja berbincang dengan baik mengenai perkara ini. penat jugak kami memujuk ayah dan mak tinggal sahaja di kuala lumpur bersama kami, namun mereka berdegil. macam macam alasan yang mereka berikan..


ayah dan mak tak biasa duduk di rumah flat, yang terpaksa mendaki tangga yang sangat banyak, apatah lagi rumah kakak di flat sri melaka, tingkat 4 yer..hazab sekali, lainlah umah akak, tingkat satu, namun mak dan ayah tak mahu jugak, bila dok umah akak, dia rasa macam duduk disangkar burung katanya..terkurung sahaja..aiyoooo..hehehe nak buat macam mana..dah diaorang memang tak biasa, kalau duduk pun , tak sampai 4 hari, dah sibuk nak balik...risau ayamn lah..risau itik lah..macam macam lagi yer...


lagi satu perkara yang ingin dibincangkan ialah mengenai majlis perkahwinan adik akak nie, ayah pulak sibuk nak tambah bilik rumah dikampung yer, so ayah meinta kami adik beradik menyumbnag sedikit wang untuk membuat bilik..maklumlah takut nanti tak cukup pulak bilik bila saudara mara datang, walaupun majlis itu akan berlangsung dalam 5 bulan namun ayah dah mula membuat persiapan satu demi satu yer....baguslah macam tu kan..akak ikut sahaja.


dalam sakit sakit tu pun , ayah tetap nak menjalankan tanggung jawabnya sebagai ketua keluarga, namun tadi sebelum bertolak, ayah ada memanggil akak dan memberitahu " sekiranya ayah dah tak der nanti, kau lah akan menjadi ketua keluarga, apa apa kau jagalah adik beradik kau ini, walaupun kau masih ada kak long dan kak ngah ...." lepas ajer ayah cakap, akak terus menjadi sebak...


persoalan berlegar, mampukah akak menjadi ketua keluarga sedangkan kehidupan ini masih lagi tak terurus sangat? mampukah ? erm satu tanggungjawab yang besar, itu belum lagi masuk bab kahwin..kalau dah kahwin mesti pening kepala dengan tanggungjawab keluarga dan jugak tanggungjawab sebagai seorang anak kan?tapi kalau fikir balik, sampai bila akak nak hidup happy ajer ? mestilah ada rasa bertanggungjawab sedikit kepada adik beradik kan? hehehee..gittewkan..oklah akak tak tahu kenapa akak tulis benda nie dalam blog


sebab bagi akak, bila akak tulis dalam blog, sedikit sebanyak beban yang akak tanggung tu dah ringan sedikit, akak rasa happy sedikit, dengan kata lain blog akak nie merupakan tempat untuk meluahkan rasa apa yang terpendam lah....sama ada rasa gembira atau duka....