akum semua....apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer...so macam mana dengan kerja hari ini? ok ker? hujan lagi kan hari ini? agak lebat jugak....akak disini sihat sahaja yer..alhamdulillah....





sekarang ini akak di sebuah cafe yang terletak tidak jauh dengan Q bistro..namanya cafe KOLEK yer..bersama dengan firdee dan akiko disini yer...kami sampai dalam pukul 10 lebih tadi...terus order makan. wow makanan disini sedap jugak lah ...dan inilah first time akak makan habis uolss..selalu nya tak makan habis pun.....kali ini alhamdulillah makan habis....erm tak lama lagi naiklah semula badan akak nie yer...





oklah akak nak cerita satu kisah nie yang berlaku pada petang tadi sebelum akak pi ke dinamis..dalam pukul 1 ptg, tengah siap siap nak pi dinamis, akak dapat panggilan dari rumah shahril.mulanya macam malas nak angkat, macam tak penting ajerkan, tapi bila fikirkan semula, macam tak elok pulak kan..so akak pun angkat. dai corong telefon terdengar suara lelaki, eh tak kan shahril pulak kan? dulu bukan main lagi dia marah marah melalui sms...so akak terkejut jugak....bila akak cakap "hello", aka terdengar bunyi sore shahril yang berkata "oh sorry lah, salah nombor"



erm tak perlah kalau dia cakap macam tu..tapi yang hairan mengapa pulak boleh salah dail kan? sedangkan masa nak dail tu takkan tak perasan nombor akak tu....lagi pun dia menggunakan telefon rumah, bukan handset yer...sekali lagi amoi akak berdering, nombor yang sama..takkan salah lagi kot?



akhirnya terdengar jugak sore shahril di talian, sore yang pernah akak rindui dahulu,,dengan sopannya dia bertanya khabar ...akak pulak tidak menyimpan dendam di hati, menjawab dengan baik dan ceria sekali...kami berbual bual tentang diri sendiri yer...masing masing bersungguh sungguh bercerita ...seronok pulak..



shahril bercerita tentng saudara maranya, pak ajie pi pulau pinang melawat menantu yang sudah bersalin, pak dang pulak bagitau yang uncle salleh telah kemalangan, pak ngah pulak dikampung dah tak bukak kedai makan lagi, mak induk pulak masih lagi sakit akibat kemalangan tempoh hari...akak pulak bercerita tentang kisah bekerja di dinamis, tinggal di pandan jaya sensorang, kisah dah putus dengan acap...macam macam lagilah kami bertukar cerita antara satu sama lain....



tapi at last, shahril berterus terang yang dia bercadang nak berenti kerja kerana dah tak sanggup kerja di maxvalue. maklumlah dengan keadaan ekonomi yang merundum , kebanyakkan pasaraya tidak mahu mengambil pekerja lagi kerana tidak mahu menanggung kos yang terlalu tinggi nanti....jadi ini menyebabkan pekerja pekerja lama akan membuat kerja lebih @ tambahan dari biasa . ini menjadikan shahril tertekan pulak..secara bergurau dia bertanya mengenai pekerjaan di opis dinamis..itu kena tanya pada my big boss, mr firdee yer...



semasa berbual , akak kalau boleh tak mahu bercerita tentang kisah lama kami, sebab dulu melalui sms dia dah sound akak , yang lepas lepas lah katanya..so dengan penuh berhati hati, akak berfikir dahulu sebelum berkata..tak mahu pulak nanti shahril menjauhkan diri...



namun, timbul jugak persoalan, adakah dia telefon semasa dia dah terdesak atau mengalmi kesusahan ? mengapa masa susah nak kol akak pulak, mengapa dulu shahril begitu sombong sekali? entah lah.persoalan itulah yang selalu bermain di minda akak yer...namun, kita kena fikir secara positif lah kan.....namun langkah berjaga jaga haruslah diambil agar akak tidak terjerat lagi.....