akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua sihat dan bergembiar di samping orang yang tersayang...so macam mana dengan hari ini? seronok dengan aktiviti yang uolss lakukan? yelah esok dah mula kerja kan? masa berjalan dengan pantas bukan? nak masuk hujung bulan kan? so kita akan masuk ke bulan april pulak kan?banyak nya akak tanya soalan ....
oklah uolsss dah tengok tajuk entry akak kali ini? aiyooo macam lain sahaja bunyinya kan?"permintaan terakhir" macam sesuatu sahaja lah..alah uolss bukan apa, ini hanya berkaitan dengan pian lah uols..aiyooo mungkin kenkawan akak dah mula buat muka..hah tengok muka hamie tu kat skrin, mesti macam orang nak muntah bila akak nak cerita pasal pian..alah hamie, pian dah balik kampung lah ek..kalau uolss nak muntah, sila sediakan plastik muntah yer....
oklah uolss. pada hari sabtu, semalam, akak menerima sms dari pian dalam pukul 10 pagi..dia mengajak akak temankan dia membeli tiket balik ke pwtc di hentian putra, pada masa tu, akak dah mula pening dan rasa macam nak demam, namun bila mengenangkan pian yang ajak,dan dia pulak dah nak balik ke thailand, ahaiiiii..akak pun gagahkan diri,...dalam pukul 11 pagi , pian datang kerumah, akak belum bersiap lagi sebab tertido..ampon pian......
dalam pukul 12 tengah hari, kami pun pi lah ke stesen lrt pandanjaya , semasa beli tiket, pian kata " eh tak payah cikgu, biar hari nie saya bayar , " sambil tersenyum. akak pun diam sahaja sambil menyimpan duit akak semula, ok jugak kalau dia nak bayar...pian menerangkan yang dia telah mendapat semua gaji dari bos, dalam 2 ribu lebih jugak, wow kaya katanya...dan dia jugak meminta akak mengajar dia masukkan duit dalam cash deposit di maybank nanti..
dalam lrt, kami duduk bersebelahan sambil berbual bual, pian nampak seperti sedih sahaja, so akak biarkan sahaja dia melayan perasaannya, malas nak tanya, sampai sahaja, di pwtc, kami terus ke hentian putra...berpusing pusing kami mencari bas ke rantau panjang...sebenarnya banyak bas, namun, pian ini agak memilih sedikit ..so dia pergi satu kaunter ke satu kaunter...
dia ingin pulang ke rantau panjang pada hari ahad, kalau boleh pagi, tapi malangnya dah penuh, ..akhirnya, dapat jugak pian satu bas yang akak lupa nama syarikatnya, pukul 9 3o pagi, hari ahad. pergh lega rasanya, cuaca pun panas masa tu, ramai orang pulak, dengan budak budak sekolah yer lagi, pelancong lagi..pergh pening kepala lah uols....
"cikgu, boleh pian buat satu permintaan?" tanya pian sebaik sahaja kami selesai membayar tiket, akak merenung ke arah mata anak muda yang berusia 21 tahun ini...dalam hati bertanya tanya , apakah permintaan pian kali ini....
"erm boleh ker...permintaan terakhir nie " gurau pian sambil tersenyum..akak senyum ajer sambil mengangguk kan kepala..."apa dia pian ?" tanya akak semula sambil berjalan melintas jalan...
"saya nie dah lama nak jalan jalan di sekitar kuala lumpur, duduk sini dah hambir 7 bulan , tapi tak pernah dapat berjalan lah cikgu, nie pun duit ada sikit, so ada pulak masa free, ingat nak jalan jalan, lagi pun saya tak biasa kat kawasan nie..boleh cikgu ?" terang pian ...riak wajahnya mengharapkan permintaan nya akan tertunai
tidak mahu menghampakan permintaan pian, akak mengangguk sahaja, so pian pun tersenyum ceria, lalui bertanya destinasi yang kami nak pergi..akak menyarankan kami lunch sahaja di sogo..pian hanya mengangguk kan kepala..dia tersenyum...terus mengeluarkan duit, menyuruh akak membayar duit tiket ke sogo yer....
kami terus ke sogo, cepat cepat akak bawak pian ke tempat makan, akak makan nasi campur dan pian makan mi kari, kami berbual tentang perancangan pian selepas ini, adakah dia mahu bekerja di jaya tomyam, atau di tempat lain....pian diam sahaja, akak tak mahu tanya apa apa lagi, takut mood dia berubah pulak kan....selepas makan, pian mengajak akak jalan jalan di sogo, dia melihat baju baju yang dijual dengan potongan harga 50 %..wowo seronok tengok dia memilih baju....
"cikgu tak mahu beli satu ker..tak per pian bayar , sebab cikgu pun ada beli untuk pian satu ..." ujar pian
"eh tak per lah pian, tak perlulah..
"eh jangan macam tu cikgu, ambik satu, saya ikhlas..." pujuk nya lagi......
"no thanks pian....." jawab akak...
pian terus memilih baju untuknya...selepas kami ke sogo, dia nak pi tengok pavillion pulak, katanya dia hanya pernah mendegar sahaja nama tenpat tu,akak tak mahu menghampakan permintaan nyer, terus ke pavilion...
sampai disana pian macam terkejut budaya, tengok anak anak muda malayisa yang berpeleseran di pavilion, ada yang sangat sibuk dengan tarian shuffle nyer kot...heheheh kami hanya berjalan jalan...
"eh nie tempat orang kaya kaya lah cikgu..." ujar pian sebaik sahaja kami melintas dari satu paras ke satu paras....
"
takperlah, kita pi tengok tengok lah dulu ....." ujar akak..
kami terus berjalan, namum tempat ini macam tidak menarik perhatian anak muda dari naratiwhat ittew..dan akak mengajak di pi isetan pulak..pian ikut sahaja, kali ini dia macam teruja melhat potongan harga baju yang ditawarkan..sibuk sekali dia memilih baju untuk adik adiknya....
kami terasa penat pulak, pian belanja minum air..kami nak pi klcc pulak..aiyoo pian nie....banyak sangat permintaan terakhirnya..akak bawak lah dia ke klcc..sibuk dia menyuruh akak mengambil gambarnya dengan menggunakan kamera hanset....heheheh dia mengajak akak lepak kat air pancut...
"terima kasih cikgu sebab bawak saya jalan jalan...saya sangat seronok sekali ..." ujar pian..bunyinya akak skema..memang macam tu lah pian ..skema sekali...
" ok jer pian, no hal, lagi pun cikgu cuti hari nie..." balas akak sambil memandang pian..
"saya rindu lah ...." tergantung ayat tu( rindu dengan akak kah? opssss)
"rindu dengan mak ker? heheheh nanti pian balik, pian jumpa lah mak pian kan..alah sabar lah.." pujuk akak pada pian...
kami terdiam apabila mendengar budak budak menjerit ..alah budak budak zaman sekarang nie bukan tahu malu pun....
"so nak pi mana lagi mr pian?" tanya akak...
"rasanya dah tak mahu jalan jalan, dah pukul 4 petang dah nie kan..saya nak solat dulu lah cikgu...." ujar pian
"oklah kita solat kat umah cikgu sahaja?" cadang akak
"
tapi nak masukkan duit dulu dalam maybank leh tak?" tanya pian
"boleh, kat maybank pandan jaya?" ujar akak
"oklah boleh lah cikgu..mana mana pun boleh..tapi pian nak belanja cikgu kfc lah"
eh ye ker..thanks pian...."nanti habis pulak duit pian..." usik akak
"tak per...manalah tahu saya tak balik lagi kat sini...."
kata kata pian itu menjadikan akak terdiam.....kami terus pulang ke pandan jaya, singgah di jaya jusco sekejap...jalan jalan, pi beli kfc dan akhirnya pulang ke pandan jaya..pian bersolat.. akak pulak kemas kemas rumah....
yang penting, akak dah tunaikan permintaan terakhir dari pian..semoga ketemu lagi lagi pian..insya allah....
p/s pian ada berikan akak satu hadiah yang erm boleh kata sentimental value jugak lah..heheheheh
4 comments:
kelas. nak lawan novel sekeping kad seuntai kata lah tu kan?
apapun i suka dengan scene...
"saya rindulah...."
tetapi tetiba scene tu macam tergantung. sebab belum sempat pian memberikan kepastian tentang siapakah yang dirinduinya, perbualan terhenti dek gangguan budak-budak.
di sini penulis seakan-akan mahu meninggalkan tanda tanya di kalangan pembaca...
mungkinkah akan ada sambungan ...permintaan terakhir 2?
"cikgu ingat tak Pian pernah cakap Pian rindu, dan cikgu ingat Pian merindui keluarga?"
"Ingat", kata Cikgu.
"Pian kembali hari ini...sebab Pian nak Cikgu tahu yang orang yang sentiasa Pian rindui itu adalah orang yang berada di hadapan Pian sekarang ini..."
Cikgu tertunduk kelu.
"Sanggupkah Cikgu menjadi suri hati saya?"
"Tapi Pian akan berkhidmat sebagai tentera?"
"Pian dah pun membayar 5000 sebagai mana yang Mat lakukan...Pian buat kerana Cikgu"
"Tapi..."
"Tolong Cikgu, jangan dera lagi rasa ini. Pian tak sanggup nak berpisah dengan Cikgu lagi. Sanggupkah Cikgu menunaikan permintaan terakhir Pian untuk hidup bahagia bersama Cikgu?"
"Pian..."
"Cikgu hanya perlu menjawab sudi atau pun tidak..." Tegas Pian. Dari sinar matanya, terpancar seribu sinar pengharapan.
rasa cam pilu n sedih bila tengok tajuk entry ine...ada cam bunyi lagu sudirman...
hahahahah....aiyoooo kasandra emmang kelas dalam menulis novel....terbahak bahak cikgu tau..namun ada unsur unsur sedih lah jugak.....thanks kasandra...novel u tu memang best giler....
SO SWEET!!!!!!
fewwiitttt!!!!
Post a Comment