akum semua apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer....akak disini pun sihat sahaja ..alhamdulillah .....so uolss macam mana dengan kerja hari ini yer? ok kah? mesti heppi punyakan sebab esok kan dah mula cuti ...
oklah sebagaimana yang kita semua maklum, esok tak silap akak, dalam pukul 8 30 malam, kita semua di galakkan menutup lampu selama 1 jam sehingga pukul 9 30 malam ..so diharap kita semua dapat melaksanakan dengan baik sekali,.....tak kisah lah samada uolss rasa nak tutup ke tak.....
tapi pada pandangan akak, baiklah uolss cari lelaki yang boleh temankan uolss dalam kegelapan nanti, yang dah ada kapel tu, seronoklah boleh berdua dua sambil bergelap gelap kan...yang solo macam akak nie, erm sapalah nak temankan akak esok dalam kegelapan kan? erm nantilah akak nak carik sorang lah kan...best gak, dok berdua sambil bergelap gelapan...
tak pun akak nak lepak pi makan ker, pastu lampu ditutup, akak akan order makanan yang best best dan mahal mahal harganya..pastu bila lampu di tutup, cepat cepat akak akan melarikan diri sambil pose pose tahan teksi dan balik ke rumah ..ok tak idea jahat akak ? pastu esoknya tengok tengok perut dah kena busung , sebab tak bayar harga makanan kan? tak baekkk buat macam tu...
ermm tak pun akak pi lepak pasar raya jaya jusco ker sambil pose pose test revlon dan jugak lip glosss..teringat pulak dengan si ej yang selalu meracun akak supaya test lip gloss kat watson jaya jusco maluri..apabila lampu ditutup cepat cepat akak lari dari watson sambil membawa segengggam revlon dan lip glosss....kelas tak idea akak tu uolss..kalau uolss semua nak ikut, sayugia diingatkan agar uolss jangan pulak tertangkap ek.....
macam mana pulak dengan rancangan uols ssemua....nak lepak sahaja di rumah kah sambil bergelap..mesti hari ini orang cari lilin kan? laku lah lilin hari ini dan jugak esok...akak tak perlu risau, lilin masa hari jadi tahun lepas akak masih simpan lagi...kecil dan kurus ajer lilin tu..ala ala model gitteww kan? so kalau nak tutup elektrik nanti, akak bakar lah lilin....
tapi akak nak ingatkan , jangan pulak masa kau bakar lilin, tiba tiba kau pose pose mengantuk, pastu kau tido..lupa pulak nak padam kan lilin, tup tup rumah kau terbakar..choiii sangatkan macam tu...demi untuk menyahut seruan kerajaan, tup tup banyak pulak umah terbakar..so uolsss, kalau rasa x nak padam elektrik, tu tak payah lah padam...biar umah kau ajer yang menyala api elektrik..kau pose pose kekwat lah dengan jiran tetanga kan?
oklah, kita tengok sahaja apa yang berlaku pada esok malam kan? mesti seronok jugak kalau kita bergelap..pastu lepak dengan kawan kawan buat unggun api kan? mesti best..tapi jangan pulak kau buat unggun api kat q bistro pulak...naya nanti uolss...pi lah buat kat tepi pantai ker apa ker..eh eh sebut pasal pantai teringat pulak kat pulau pangkorina pulak kan.....oklah uolss dah tak der idea nak tulis apa apa .....jumpa di lain entry.......
p/s rasa macam nak tukar nama....maria hulia julia mendoza tu pada nama apa ek? semalam ada daylan kasi idea....lupa lah pulak
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
0 comments:
Post a Comment