akum semua..apa khabar semua? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer..akak disini sihat sahaja ..alhamdulilah sekarang akak di cafe kolek bersama dengan akiko dan kassandra yer....so macam mana dengan kerja hari ini? ya allah masa berjalan dengan pantas bukan? sekarang dah masuk hari khamis bukan? esok jumaat pastu dah masuk hujung minggu..memang berjalan dengan begitu pantas sekali...
oklah anda semua dah tengok tajuk entry kali ini? yup kali ini akak nak cerita pasal 3 orang tenaga pengajar yang bertugas di pusat tuisyen dinamis yer..apa lagi kalau bukan cikgu maria , cikgu farah dan cikgu kassandra...heheh tiga orang ini lah yang menjadi tonggak kepada pusat tuisyen dinamis...
diberikan dan diagihka tugas mengajar subjek yang berbeda menjadikan kami dapat menumpukan sesuatu pengkhususan subjek bukan? akak ditugaskan mengajar subjek bahasa bagi semua peringkat, mengajar beberapa subjek pmr seperti sejarah, geografi mathematics dan sebagainya....kassandra pula akan fokus kepada subjek yang paling sukar dan ramai pelajar melayu kita lemah iaitu bahasa inggeris..manakala cikgu farah pulak diberikan tugas untuk mengajar subjek yang berteraskan sains .....
apabila membaca entry yang ditulis oleh kak farah mengenai tuisyen, akak terpanggil untuk menulis pulak, bukan berniat untuk mencedok idea yang dibuat oleh kak farah, bukan yer, hanya menjadikan entry kak farah sebagai satu idea sahaja ....thanks kak farah kerana mencetuskan idea untuk akak menulis dalam blog akak .
kalau nak cakap segi pengajaran, org yg paling layak semestinye Cikgu MARIA iye. dengan suara yg lantang dan tegas, cikgu maria mmg tak kasi ruang utk student2 nie nak main2. tapi lain pulak cara ( blog dari kak farah)
petikan ini diambil dar blog kak farah ye....oklah sebenarnya setiap orang mempunyai cara pengajaran dan pembelajaran yang berbeza bukan, mungkin setiap orang mempunyai pendekatan yang pelbagai bagi menjadikan proses pembelajaran dan pengajaran itu menjadi lebih menarik bukan? kalau akak pulak, mungkin telah terbiasa dengan cara mengajar di sekolah lah uols...memang sore akak sangat lantang mengajar sehingga terdengar ke bilik sebelah mas a mengajar yer.hahah ala ala seorang komander memberi arahan kepada anak buahnya...
akak memang sangat tegas masa mengajar, namun bukan lah bermakna akak garang atau apa uols..tak pernah lah memariekan diri semasa mengajar uols....kadang kadang akak buat lawak jugak....tapi akak pujilah cara kawan kawan akak mengajar yer...contohnya, kalau kassandra mengajar, akak suka dengan cara dia menarik perhatian anak anak muridnya...kadang kadang di wajah nya terpapar wajah keletihan penat bekerja , namun apabila memulakan kelas, segera dia menjadikan wajahnya ceria dan murid muid dapat mengikuti kelas denagn baik sekali..
akak jugak respek dengan cara kak farah mengjar yer....penuh dengan kelembutan dan contoh contoh yang diberikan kepada anak murid muridnya..pendekatan yang dibuat oleh cikgu farah menjadikan anak murid semakin rapat dan gembira dengan cikgu farah..bukan bermaksud kami bersaing untuk menjadi guru yang terbaik ker..atau nak kumpulkan hadiah sempena hari guru nanti ye, bukan...hanya setiap dari kami mempunyai teknik dan cara yang tersendiri.....ini menjadikan murid murid bertambah sayang dengan kami semua..
di kelas cikgu kassandra, terdengar murid murid melibatkan diri secara aktif di dalam sessi pembelajaran dan pengajaran yer..masing masing berlumba lumba untuk memberikan pendapat dan idea masing masing..kadang kadang terdengar jugak ketawa kecil anak anak murid .....seronok jugak bebudak tu..di kelas kak farah pulak anak anak murid tekun mendengar apa yang di ajar, cara kak farah lebih kepada pendekatan menerangkan sesuatu isi sambil bercerita yer..... mungkin pelajar akan lebih mudah paham..
apa apapun, akak berpegang pada satu konsep..teringat semasa di sekolah dahulu, nasihat guru besar " cikgu...kita semua ini di amanahkan untuk mendidik anak murid agar menjadi insan yang berguna...anggaplah apa yang kita lakukan ini sebagai satu pekerjaan yang mulia, mendapat keredhaan dari allah s.w.t" terus akak pose pose waheeda dan berlari memakai tudung
Pengeluaran Akaun 1 KWSP melalui i-Sinar.
4 years ago
0 comments:
Post a Comment