akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau sihat dan bergembira di samping orang yang tersayang..so macam mana dengan kerja hari ini? ok tak? erm sekarang dah masuk hari rabu...cepatnya masa berlalu bukan? esok dah khamis pastu jumaat ...dan dalam sekelip mata kita akan masuk ke bulan april...
ini bermakna tak lama lagi semua umat islam akan menyambut bulan ramadhan...amboi kak maria awalnya nak menyambut ramadhan..puasa kah kak maria? heheheeheh..puasalah uols...napa akak maria sangat teruja nak puasa yer..entahlah rasa macam seronok bila berpuasa uuolsss...
oklah uols....dah tengok ker tajuk entry kali ini? ceh pendeknya tajuk entry....dah ler pendek pastu ada nama jantan pulak...aiyooo macam mana tu? ala sajer ajer akak nak tulis entry ini pasal pian...pian mana? pian cecupak kah? alah bukan glamer mana pun pian nie, hanyalah seorang pekerja di jaya tomyam...erm jaya tomyam lagi kah? aiyoooo tak boring kah tulis pasal jaya tomyam?
oklah kenapa agak nak tulis pasal pian yer? sebab pian akan meninggalkan bumi pandanjaya yang tercinta, akan pulang terus ke kampung di narathiwat uosl..sob sob sob..sedih lah kami uols..siapakah kami itu? ramai sangat kah yang akan sedih? yup..antara yang akan sedih ialah amy, apis dan akak..itu belum lagi termasuk pondan pondan lain atau chekki checkki yang menyukai pian secara diam atau pun tidak...
bagi geng geng akak yang agak berani , menyatakan perasaan dan suka kepada pian yer....aiyooo hanya akak sahaja yang tak cakap lah uolsss..oklah lupakan kes itu sekarang nak citer pasal pian sedikit, pian ini baru ajer berusia 21 tahun, berasal dari narathiwat, telah kematian ayah dan sekarang hanya ada dua adik dan seorang ibu, sejak kematian ayahnya, pian lah bertanggung jawab di atas keluarganya....
pian telah menamatkan zaman persekolahan sebaik sahaja menduduki peperiksaan STPM di malaysia. buat pengetahuan anda semua, pian tinggal di thai, tapi bersekolah di malaysia ..pian akan berulang alik dari kampung ke kelantan ...erm kelas tak..tiap tiap hari merentasi dua buah negara bukan?
keputusan peperiksaan spm bukan bukannya teruk sangat...pian ada dapat 3 A dan yang penting subjek sains nya A uolsss kelas kan...dan tak der langsung yang gagal...hanya subjek bi sahaja yang lulus yang lain adalah kredit....so ini bermakna dia bukanlah seorang yang tak pandai, bak kata miss miss ada "brain" lah katanya..namun atas kesempitan hidup, pian hanya mampu meneruskan pengajian di peringkat stpm
dalam peperiksaan stpm, pian lulus dengan keputusan yang akak rasa ok jugak...lepas sahaja menamatkan zaman persekolahan, dia terus memperjudikan diri ke pandanjaya untuk bekerja. kedatangan pian masa itu mendapat sambutan yang hangat terutama pada amy dan apis..amy terus terang menyukai pian( sorry lah amy) namun pian masa tu agak takut dengan kami semua..agaknya terkejut budaya kot..tetiba pepondan ingin berkenalan dengannya ...
pian seorang yang sangat pendiam, hanya bercakap apabila perlu sahaja dan agak manja dengan kak pah. teringat masa dulu, kalau tido kat umah diaorang, pian akan tido dengan kak pah di luar, manakala akak pulak hanya tido di dalam bilik sensorang...masa berjalan dengan begitu pantas, begitu jugak dengan pian mula berubah dari semasa ke semasa...dari seorang yang pendiam kepada seorang yang boleh diajak berbual...
banyak jugak yang akak bualkan dengan pian, pasal ibunya, pasal keluarga, pasal aweknya, dan kisah hidupnya, tapi pian agak sensitif dengan bab bab "seks" ..mungkin dia tak suka, hanya dia akan berdiam sahaja..akak pulak tak pernah citer bab bab itu dengan pian lah....macam rude ajerkan....
oklah dalam minggu depan, tak silap akak pian akan balik ke thailand semula, menghadapi sessi pemilihan untuk menjadi askar dan berkhidmat di tanah air sendiri...aiyooo kesian kan? semua lelaki di thailand harus menjalani sessi pemilihan askar setelah berusia 21 tahun, mahu tak mahu semua wajib, kalau tak nak, siaplah...susah nanti kalau nak berurusan dengan kerajaan.
sekiranya pian terpilih, dia akan berkhidmat selama 2 tahun , dan bebas seperti biasa selepas itu...hatinya berat sekali untuk pergi ke pemilihan tersebut...dan selalu pian selalu berdoa agar dia tidak terpilih..apa apa pun akak doakan pian senantiasa sihat dan bergembira di sana.,..sama ada terpilih atau pun tidak....pian berjanji untuk pulang semula ke pandanjaya.....
2 comments:
bila lak mat nak balik?? dia tak masuk askar ker??
owh buat pengetahuan kak farah..mat dah lepas......tapi dia tak pi pun, dia bayar rm 5 ribu, so tak perlu pergi.....kalau kak farah banyak duit, tolong lah bayarkan untuk pian yer.......hehehhee gurau jer
Post a Comment