akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira di samping orang yang tersayang ..akak disini sihat sahaja, hanya menanti untuk bertolak pulang ke kampung halaman..biasalah berjanji dengan adik beradik nie, kenalah bersabar, dah ler akak nie menumpang kereta adik yang lain, so nak tak nak, kena ikut program diaorang...
oklah dah tengok tajuk entry kali ini? yup, ada beberapa kenalan blog telah bertanyakan kepada akak maria mengenai statement yang akak nie anak bekas tentera...ada diantara mereka tidak begitu percaya yang akak nie anak askar..mengapa uolss tak percaya yang akak nie anak askar? apa u olss ingat akak nie yang jalan lenggok sebatu dari jauh merupakan anak kepada supermodel tyra banks kah? aiyooo kelas macam tu kan...?hehehe jangan lah marah uolssss akak gurau ajer..lahar lite lite yer..
akak tak nafikan yang akak berjalan agak catwalk ..bukan agak lagi memang dah terlebih catwalk ..tak leh buat apa lagi dah..skru kat lutut dan kaki ini dah longgar kot..itulah kadang kadang kalau berjalan dengan skandal yang straight, mungkin mereka malu kot sebab akak akan catwalk sebatu seolah olah ingin bertanding jalan kaki lagaknya ..perghhh...itu belum lagi catwalk sambil mendengar lagu lady gaga yang bertajuk "just dance" terasa macam akak nie dah jadi dayana mendoza ...
ayah akak merupakan seorang bekas askar, ala ala pangkat sarjan aje kot, tak silap akak, bukan besar sangat pangkat ayah akak tu pun, namun dulu sudah cukup gentar askar askar yang mula masuk..ayah akak merupakan seorang askar yang sangat garang sekali ....ramai askar yang baru masuk menggelarkan ayah akak sebagai sarjan misai kerana masa itu ayah akak menyimpan misai yang sangat tebal..tapi bukan macam datuk k lah uols...
menjadi anak askar sangat lah mencabar uols..kami tengah di berek askar yang sangat sempit di pekan port dickson...masa tu mak akak menjual kuih muih di berek askar, jadi akak dan jugak kakak kakak yang lain telah berkecimpung dalam business menjual kuih sejak kecil lagi..apa kau hengat ct nurhaliza saja kah yang mampu menjual kuih uolsss....betul kah akak dengar yang sore ct nurhaliza itu merdu sebab dia selalu menjerit semasa menjual kuih? tapi napa sore akak macam katak puru ajer masa menyanyi karaoke uolss? adakah akak tidak mendapat guru vokal yang betul semasa menjerit menjual kuih kah?
entahlah kita tinggalkan bab pasal sore itu yer....bergaul dengan anak anak askar memang satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan, kami akan pergi ke sekolah dengan trak askar..wah kelas kan..ramai sekali dalam satu trak ittew..masa itu akak mana ada perasaan suka lelaki..kecik lagi uolss..ala ala umo 7 tahun, manalah ada perasaan dengan abang abang askar yang berbadan kekar gittewkan..tak tahulah kalau pembaca diluar sana?adakah umur anda setahun jagung dah mula menyukai lelaki uols? kelas kan kalau begitu...
semasa nak menaiki trak itu, kita kena panjat tangga yang agak tinggi jugak, so mahu tak mahu kena guna kudrat yang ada uolss..kalau uols tengok kakak kakak cikgu, pergh badan mereka besar dan sasa macam lelaki, akak tak malu dengan badan akak yang agak besar rangka yer....dulu akak ada sixpack uolsss..ala ala seksi sekali badan akak masa tu, sekarang dah jadi 1 pack ajer uolss.makan tidur , makan tidur ajer..tak jaga baik baik kan......
ayah akak seoarang yang sangat garang yer, pernah sekali dia melibas kami adik beradik dengan tali pinggang askar sebab kami selalu bergaduh, tapi itu hanya sekali ajerlah dalam hidup akak, pastu ayah tak pernah pukul kami lagi.....ayah jugak menekankan cara cara hidup yang lasak, pernah akak masa remaja dulu, setiap pagi, ( masa cuti sekolah ) akan berlari dalam 5 batu ( sekarang dah pakai kilometer ) bersama sama dengan kakak kakak yang lain. bukan itu sahaja, aktiviti berenang , berkayak jugak merupakan aktiviti yang wajib kami lalui kalau ada masa lapang...
namun, semuanya kuasa allah yang maha kuasa, walaupun akak mendapat latihan yang yang keras, namun akak tetap lembut uols..bukan sahaaja seorang lelaki lembut, malahan jalan pun lembut, hati yang yang lembut dan semuanya lembut..mungkin pada mulanya emak dan ayah akak macam tak leh terima sangat dengan kelembutan akak, lama lama...mereka akur sahajalah ...nak buat macam mana kan? memang dah lembut..pernah disuruh akak bermain dengan budak budak laki di padang bola....namun akak tetap main masak masak dengan budak pompuan...kelas kan?
disuruh bergaul dengan budak budak laki yang remaja, tapi akak tetap bergaul sambil pose pose pandang anak anak askar yang yang handsome ( hah masa tu dah mula ada perasaan dengan lelaki, tapi masih keliru lite lite lah kot), namun kemahiran yang pernah ayah ajar dulu tak pernahlah akak lupakan sehingga sekarang yer...berkayak ker..berkhemah ker...mempertahankan diri ker....ingat lah sikit sikit yer....
mungkin pembaca diluar dibesarkan dengan suasana dan persekitaran yang berbeda bukan? bagi parents yang menjadi cikgu, mungkin anda beruntung mendapat ibu atau ayah seorang pendidik kan? mesti kat sekolah anda glamer? bijak dalam bahasa inggeris kan ?heheheh kadang kadang benda ini bergantung jugak pada persekitaran kan...tapi tak tahulah sesiapa pepondan yang suka masuk bertanding miss pepondan ini, adakah ibu mereka dahulu bekas ratu cantik kah? aiyoooo kelas kan macam tu ........
oklah uolsss..apa apa pun pekerjaan ayah atau ibu anda sedikit sebanyak akan memberi kesan jugak pada kehidupan anda, bagi akak, akak bangga dengan pekerjaan ayah akak yang menjadi askar yer.....ibu yang gigih menjual kuih muih di berek askar, dan akak tak kan lupakan pengalaman akak yang menjadi anak askar sehingga akhir hayat...tapi bila pulak akak nak kahwin dan mendapat zuriat pulak? adesssss
0 comments:
Post a Comment