akum semua...apa khabar? sihat? alhamdulillah kalau semua orang sihat dan bergembira disamping orang yang tersayang yer..so macam mana dengan kerja hari ini? oklah esok kan dah cuti bukan? mesti anda semua seronok dan akan memenuhi cuti anda dengan aktiviti yang berfaedah yer....akak pulak nak balik kampung sahaja, melawat orang tua di sana...
oklah semua dah tengok tajuk entry kali in? aiyooo cinta lagi kah? entahlah akak suka pulak nak tulis pasal cintalah uols..sebab sekarang ini banyak pergolakan yang berlaku disekeliling akak melibat perasaan cinta ini..tetapi sebelum akak meneruskan coretan ini, akak memohon maaf kalau entry kali ini melalut, tidak tepat dan banyak hujah hujah yang boleh dipertikaikan yer.....akak bukan lah macam firdee, yang mana dia akan membuat sedikit kajian dari aspek pembacaan di internet sebelum menulis sesustu entry yang "berat"
tapi akak hanya tulis dari pandangan dan kaca mata akak sahaja lah yer, mungkin berdasarkan pengalaman akak sendiri, berdasarkan pengalaman kawan kawan atau sesiapa sahaja yang boleh kita kongsikan secara bersama..kalau sesiapa yang tak mahu membaca.. silakan ....tak perlulah baca, mungkin entry ini tidak membawa apa apa makna dalam hidup anda bukan...lagipun entry cinta ini sering sekali akak tulis dalam blog akak kan ? so mungkin ada pengulangan isi disini ...
oklah akak terus kepada cinta yer..cinta meruapakan satu perasaan yang sukar diungkap dengan kata kata sebenarnya...semuanya orang memerlukan cinta dalam kehidupan mereka bukan? bagi akak, cinta ini sungguh luas dan dalam definisinya..bergantung kepada orang yang menilainya...cinta sesuatu benda yang sangat indah untuk dialami oleh orang yang sedang dihanyut dengan perasaan cinta....
macam mana cinta boleh hadir, baisanya cinta boleh hadir dari pandangan mata..itulah orang tua tua ada berkata , dari mata turun ke hati bukan? lagu lama pun ada menyatakan "dari pandangan mata, yang mempunyai kuasa..owhh aku tergoda..aku tergoda...terkecewa...." dari matalah terus akan menusuk ke dalam hati kita...setiap orang mempunyai "taste" atau "citarasa " masing masing..so tidak perlulah kita membandingankan citarasa kita dengan citarasa orang lain bukan?ada yang suka badan berisi, ada yang suka berbadan atlit, berkulit cerah, hitam manis, suka yang berwajah comel dan pelbagai ciri yang boleh digunapakai dalam mencari cinta...
apabila kita sudah meminati seseorang, kita akan terus mengatur langkah seterusnya iaitu mengenali orang tersebut secara mendalam, mengetahui asal usul, perangai, tingkah laku dan sekaligus bersedia untuk berkongsi segalanya dengan orang yang kita minat, alangkah bahagianya apabila kita mendapati orang yang kita minat itu tidak bertepuk sebelah tangan..maka disitulah pulak akan timbullah pula bibit bibit cinta....
semasa mula kita bercinta, bagi akak semuanya sangat lah indah..masa berlalu sangat pantas rasanya...sms dihantar menjadi tali penghubung ikatan antara dua hati, dan bagi kita itulah yang paling istimewa sekali..akak pernah mengalami keadaan seperti ini..perghhh pergi kerja pun senyum, naik teksi pun senyum, dan apabila balik rasa macam tak sabar sabar untuk berjumpa dengan orang yang tersayang..apatah lagi orang yang kita cintai senantiasa bersama dengan kita, tinggal bersama, tidur satu bantal dengan kita, berpelukkan sehingga menjelang subuh ..owh itulah perasan yang sukar untuk digambarkan bukan....
setiap saat yang dilalui sangat indah...apatah lagi kenkawan menerima kapel kita seadanya...erm sudah pasti tersenyum lebar kita, namun perlu diingatkan apabila adanya pertemuan , jangan kita lupa mesti ada perpisahan, so apa yang perlu kita tangisi pada perpisahan? ..menjadi hukum alam, sesuatu yang bermula akan berakhir, begitu juga dengan kehidupan kita, esok lusa kita tak tahu di mana kita .....( ada unsur unsur keinsafan disini)
apabila cinta yang kita bina seperti retak menanti belah, itulah yang paling menyakitkan bagi semua yang bercinta yer..itulah saat yang tidak mahu kita lalui seorang diri, kerana amat menyakitkan sekali.....masing masing akan cuba mencari kesalahan masing masing seperti menegakkan benang yang basah....fikiran yang matang ditolak ke tepi kerana masing masing ego dengan diri sendiri..
biasanya putusnya sesuatu hungan itu disebabkan oleh pihak ketiga, ini tidak dapat dinafikan atau istilah yang terkini ialah "meng mei mei kan diri" siapa yang untung disini? siapa lagi kalau pihak yang ketiga , orang yang cuba mengoyangkan rumah tangga kita, namun percayalah..orang yang ketiga pun tak akan lama dengan kapel kita pun..so biarkan sahaja....lihat sejauh mana perhubungan itu akan kekal yer..apatah lagi hubungan seperti kita ini, perghhh banyak sangat dugaan dan cabaran nya bukan?
apabila meneliti hubungan antara lelaki dengan lelaki ini, sudah pasti banyak sangat konflik akan melanda..pelbagai masalah akan timbul dan sudah pasti emosi akan terganggu bukan? kalau emosi kita terganggu ini amat menyakitkan .....semua pekerjaan yang dilakukan tidak menunjukkan hasil yang baik...lebih banyak masa dihabiskan dengan termenung sahaja....fikiran melayang jauh dan akhirnya kita yang akan menderita.....
akak pernah alami perasaan begini..tiba tiba rasa macam nak menangis, setiap malam sebelum tidur, bertemankan air mata sahaja..owhhh sakitnya, tuhan ajer yang tahu betapa peritnya perasaan begini..kadang kadang masa nak pi mengajar pun menangis..pernah satu ketika, sedang menulis di papan putih, air mata keluar secara tiba tiba kerana teringat orang yang dirindui....itulah hebatnya penangan cinta itu tadi bukan...?
bagaimana pulak kalau cinta bertepuk sebelah tangan? perghhi ini akan menimbulkan pelbagai pandangan dari pelbagai sudut, mungkin ada orang mengatakan baik mengundurkan diri sahaja, dari membuang masa dan waktu , apatah lagi kalau melibatkan wang ringgit bukan? apa pihak pulak mungkin menyatakan baik kita tunggu dan lihat sahaja...disini kita kena melihat situasi yang berlaku.....menilai dengan cara yang halus sebelum kita mengambil keputusan untuk beredar sahaja......
akak jugak pernah mengalami cinta seperti ini, kita bukan main suka dengan dia, minat dengan dia..pelbagai taktik akak lakukan untuk memastikan dia terpikat dengan akak, akhirnya akak rasa macam sia sia sahaja...ada respon, tapi lite lite ajer...banyak sms di hantar, langsung tak dibalasnya pulak....so apa lagi...akhirnya akak mengundur diri dalam hidupnya..tak mahu menganggunya lagi, mungkin itu yang terbaik bukan..namun sangat perit ketika itu yer, bukan senang nak melupakan orang yang kita minat dalam sekelip mata......
oklah akak rasa macam dah mula melalut sedikit ...macam tak der kena mengena dengan tajuk entry kali ini, so akak pun rasa nak berhentilah menaip....apa apa pun sesiapa yang tengah hangat bercinta, tak kiralah sesama jenis kah..atau tak sama jenis kah..teruskan uolss...jagalah perhubungan uolss tu baik baik yer.....kepada yang masih single dan rasa memerlukan cinta, bersabarlah...insya allah cinta itu pasti akan hadir dalam hidup anda....
1 comments:
konsep...1 pergi..sekali aku petik 10 yang datang tauuuuuuu -3 abdul-
Post a Comment