08 november 2009
Pukul 5 45 pagi…..
“ kau dah ada kat umah?” satu sms masuk ke dalam hanset ku…
Aku masa tu baru sahaja sampai di rumah selepas lepak dengan keluarga 69…aku segera membaca text yang dihantar
“yup dah lama jugalah aku sampai …” balas ku..
aku segera menumpukan semula perhatian ku kearah rancangan di televisyen..agak menarik juga….rancangan live, love and laugh membawa satu topik yang menarik iaitu mengenai visi dalam hidup..aku amatinya dengan sebaik mungkin sebab ia membawa satu tajuk yang sangat menarik..
“lagi 15 minit aku sampai..siap siap..kita pi makan …” seperti satu arahan yang aku perlu patuhi…..
“erm jap aku nak mandi…tapi aku tak nak makan…dah makan kat q bistro dengan adik beradik tadi..” balas ku sambil mencapai tuala mandi…
Aku segera menuju ke bilik air…dingin air di waktu pagi benar benar menyegarkan aku ketika itu….segera aku terdengar bunyi sms masuk ke dalam handset…aku terus membaca…
“aku dah sampai di bawah…turun lah.. jangan lama lama sangat bersiap…tak payah pakai Revlon…” aku tersenyum apabila membaca sms tersebut. Aku mengenakan pakaian yang simple sahaja
Segera aku mematikan semua lampu dan kipas, aku segera mengatur langkah menuju ke tempat letak kereta, mata ku meliar mencari keretanya
Aku terdengar bunyi hon, segera mataku mencari arah bunyi hon tesebut..aku berlari lari anak menuju ke arah kereta tersebut….
“erm lamanya bersiap….” rungutnya
Aku malas nak melayan rungutannya, segera menutup pintu kereta….
“nak pi makan mana?” tanya ku semula…
“entah tak tahu…nak ajak u breakfast “ ujarnya sambil memandu
aku hanya mendiamkan diri. Aku tahu perangainya….tak perlu tanya kat mana…nanti last last dia yang decide nak pi makan mana…
Kereta meluncur laju….terdengar lagu lady gaga berkumandang di radio..aku menguatkan bunyi…
“seronok ke pi disko?” tanyanya…
“erm biasalah ..lagi pun dah lama aku tak pi
“eh n9 menang bola
“aha….negeri kau menang…3-1 …tetapi ada gaduh “
“oh ye ker…teruk ker?”
“erm entah..masa tu aku dah nak balik…tapi biasalah ada baling benda dalam
“eh kita nak pi mana nie?” tanya ku kembali….macam dah masuk area bukit bintang
“kita breakfast kat mc d?” cadangnya
“again?” aku melahar
“so u nak makan mana?” dia bertanya. Mukanya berkerut..aku tahu dia tengah marah bila aku tidak bersetuju dengan cadangannya.
“aku tak kisah …” aku malas nak layan
“kita pi pandanjaya balik…” tegasnya
aku mendiamkan diri. Sekarang nie bukan masa untuk aku bertengkar atau apa sahaja yang mencetuskan rasa tidak puas hati …lebih baik berdiam atau mengalihkan topic.itu jalan yang terbaik
Kereta terus meluncur laju ke arah pandanjaya. Aku banyak memerhatikan suasana pada waktu pagi…tak lama lagi akan terbit sang matahari yang akan memberi 1000 sinar harapan kepada semua makhluk di muka bumi ini.
Kami singgah di kedai mamak kaya. Diam….sunyi…..Hanya kedengaran bunyi kipas di atas yang berpusing.
“nak order apa?” tanya mamak
“erm kasi saya Nescafe panas…dan telor separuh masa 2 biji dan dia pulak kasi Nescafe ais “
Aku hanya mendiamkan diri lagi. Argh biarlah dia sahaja yang decide nak makan apa pun…yang penting dia tahu air kegemaran aku ialah Nescafe ais.
“macam mana dengan rumah sri rampai?” aku memulakan topik perbualan .Takkan pulak aku nak berdiamkan diri . Macam rude pulak
“erm dah semua ok….barang barang kat bilik pun dah penuh…dah complete..” jelasnya. Perlahan lahan dia menghirup air Nescafe yang panas tu.
“oh ye ker…ok tak u dok situ….rumah kat damansara?
“aku ok ajer dok sri rampai….umah damansara tu biarlah….”
“aku dah ajak kau dok sekitar pandan, kau tak nak…lagi dekat dengan tempat kerja kau” aku memberi cadangan
‘eh tak per…aku rasa kat sri rampai lagi selesa kot….” Dia memberi alasan
“kau jadi ke pindah ke sri rampai? Dia bertanya. Matanya memandang tepat kearah ku. Aku mengalihkan pandangan ku ke arah lain
“erm tak tahu lagi…lagi pun aku rasa sayang nak tinggalkan pandanjaya nie….” Jelas ku
“atau kau rasa sayang nak tinggalkan jantan jantan kau kat sini….” Dia senyum mengejek. Sedikit kepanasan timbul dalam hati ku…..dah lah semalam aku tak cukup tidur, pastu nak kuiz lahar pulak
“sorry…erm napa tak nak tinggal sri rampai?
“mcm nie lah…aku rasa macam jauh dengan tempat kerja. Pastu nanti adik beradik nak jumpa pun susah.aku tak der kenderaan . so nak keluar ke mana pun susah. So aku rasa lebih baik aku dok pandanjaya aje. Lagi pun bukan kita tak boleh jumpa
“aku tak mahu ambik risiko…nanti kau kahwin aku nak dok mana? Nak dok dengan kau lagi ker? Kau pun dah tak lama nak kahwin
“kau buat macam nie sebab kau marah ke yang aku tak jadi pindah dan duduk umah uncle kau ke?” dia bertanya.
Aku menggelengkan kepala. Bagi ku itu kes dah lama aku lupakan. Yup memang aku akui, aku pernah bercadang duduk dengan hairul di rumah sewa uncle . namun di akhir keputusan, kami tak jadi pulak atas sebab sebab tertentu.
“ok kalau macam tu…aku kasi kau masa fikir, kalau kau rasa nak dok dengan aku..aku alu alu
“yup jadi…lepas dia balik dari
Perbualan terhenti. Dia sedang berselera menghirup telor separuh masa tu.sedangkan aku terasa seperti nak muntah pula. Dia menghisap rokok malboro . asap berkepul kepul keluar dari bibirnya..aku hanya memandang ke arahnya…dia segera merenung kearah ku…aku tunduk.
Kami diam sahaja. Keadaan menjadi bungkam. Hanya kami sahaja di kedai mamak kaya.
Dari jauh kelihatan mamu dan geng gengnya berlenggang balik. ,mereka tersenyum
“aku nak balik dulu lah…aku penat nie…: ujarnya. Dia segera membayar harga makanan tersebut.
Aku hanya tersenyum dan mengangguk….
“aku tak nak balik, nak lepak dengan mamu jap….” Aku menerangkan padanya. Dia mengangguk dan tersenyum. Dia mengatur langkah. Aku memandang setiap langkah yang diaturnya
Mamu dan kenkawan sampai di meja……kami berbual…..
Dialah di hati……..
9 comments:
siapa di hati tu uols? mamu ke yang di hati tu? kak tahni uolss....
dear mr firdee
mamu? aiyoooo....matielah mak.....
wah! dah ajak duk serumah....
siok2...
tapi klu duk serumah tak jadi prob besa ke nanti?
dear duke...
tak lah...tak dok pun.....nanti sehelai sepinggang nanti biler kena halau
juz nak ckp...
hairul..
sudi x awk kapel dgn sy plak?
lgpun...
cikgu fareza dah nak manapouse...
sy lmbat lg kot...
hahahhahaha
dear rihanna...
wah wah adik nie...ehsan yang elok bagai tu nak campak mana ? apa yang kurang dengan ehsan tu dik.....handsome...elok...sopan....ish sesuai dengan adik nie...gadis melayu
betol gak ken...
agak bahaya dan memalukan situasi yang sebegitu...
Cekgooo, ehsan tu dia nak kasi kat saya jadi anak patong saya...hahaha
wah3...
buat anak patong katanye...
tp anak patong...
yg basah mlm2 ari..
hahahha
sudah!!
Post a Comment